Salam, 

Penulis kali ini paparkan tulisan Faris Zaini yang patut dibaca oleh pimpinan PAS Negeri, Kawasan dan Cawangan. Sebelum  ini penulis ada menulis beberapa N3 yang menekankan kepentingan gerakerja penambahan pengundi baru dan ahli PAS. Bacalah tulisan beliau...
PAS dalam fasa pra PRU 13, pada pandangan saya perlu menyorot kembali sejarah perjuangan untuk memperkukuhkan jamaah dan parti. TG Dato’ Hj Fadzil Mohd Noor, Presiden PAS sebelum ini, pernah mengarahkan setiap peringkat dalam PAS menggempur ahli baru untuk memenangkan Islam di Malaysia khususnya.
Ini  penting, kerana tanpa ahli yang ramai dan kompeten, bagaimana PAS mahu  bergerak dan menyampaikan dakwah di semua kawasan tidak kira di bandar  mahupun di kampung-kampung dan taman-taman perumahan. Sasaran dakwah  perlu didekati secara berhemah dan berhikmah.
Dengan  media utama menjadi kuda tunggangan satu pihak sahaja, PAS dan Pakatan  Rakyat perlu ‘berkempen’ melalui ahli-ahlinya, yang mana ‘sentuhan  peribadi’ atau personal touch selalunya lebih membekas di hati pengundi atas pagar misalnya.
 Mengambil ibrah  (pengajaran) dari tokoh gerakan hebat As-Syahid Imam Hassan Al-Banna,  beliau seorang pemimpin yang sangat menyantuni ahli-ahli Ikhwan Muslimin  dan juga masyarakat tanpa mengira latar belakang mereka.
Mengambil ibrah  (pengajaran) dari tokoh gerakan hebat As-Syahid Imam Hassan Al-Banna,  beliau seorang pemimpin yang sangat menyantuni ahli-ahli Ikhwan Muslimin  dan juga masyarakat tanpa mengira latar belakang mereka. Beramah mesra  dan berdakwah di kedai kopi dan di ceruk-ceruk kampung adalah perkara  biasa bagi beliau walaupun beliau seorang pemimpin gerakan terkenal  sewaktu itu.
Jika  kita betul-betul menyusuri sejarah, betapa ramai tokoh-tokoh hebat yang  dicipta Ikhwan Muslimin di Mesir, yang mereka ini asalnya seseorang  yang bukannya dari latar belakang agama, namun setelah menyertai Ikhwan,  mereka mampu memahami agama dan membahaskannya dalam masyarakat,  mendalami isu-isu semasa malah membincangkan isu-isu ekonomi, hasil  terpikat dengan peribadi dan karektor yang ada pada diri Imam Hassan  Al-Banna pada mulanya. 
Betapa luasnya ruang lingkup dakwah dan hasil ledakan tarbiyyah  yang melangkaui batas politik dan latar belakang sasaran dakwahnya,  mampu membawa kefahaman Islam yang sebenar kepada rakyat dan masyarakat  umumnya. 
Akhirnya di Mesir ketika itu, ahli-ahli Ikhwan yang ramai  inilah yang menjadi agen-agen pendakwah di dalam masyarakat dan di  ceruk-ceruk kampung sehingga Ikhwan berjaya menang dalam pilihanraya  Mesir beberapa ketika selepas itu.
PAS Pernah Melalui Kempen Menambah 500,000 Ahli
Diungkap  dari sejarah, setelah menjadi Presiden PAS, TG Dato’ Hj Fadzil Noor  atau lebih mesra di kalangan rakyat Kedah dengan panggilan Ustaz Fadzil  Noor, menyedari bahawa walaupun setelah 40 tahun usia PAS, jumlah  keahliannya baru mencecah 300,000 orang. 
 Pada tahun 1990, Ustaz Fadzil Noor melancarkan kempen menambahkan keahlian PAS kepada 500,000 orang  dalam tempoh lima tahun. Sasaran ini adalah sebelum pilihanraya tahun 1995.
 Dalam  satu Ucapan Dasarnya ketika muktamar, Ustaz Fadzil Noor menyarankan  supaya pemimpin-pemimpin di semua peringkat hendaklah memastikan agar  ada cawangan PAS di setiap kampung, di setiap taman-taman perumahan dan  di setiap lorong.
Dalam  satu Ucapan Dasarnya ketika muktamar, Ustaz Fadzil Noor menyarankan  supaya pemimpin-pemimpin di semua peringkat hendaklah memastikan agar  ada cawangan PAS di setiap kampung, di setiap taman-taman perumahan dan  di setiap lorong.Ustaz Fadzil Noor menegaskan hendaklah ada sekurang-kurangnya seorang ahli PAS dalam setiap rumah. Ustaz Fadzil Noor membuktikan arahannya itu dilaksanakan di kawasannya sendiri di DUN Bukit Raya, Kedah. Di Bukit Raya, cawangan-cawangan PAS jauh melebihi cawangan-cawangan UMNO. 
Pada Jun 1995, keanggotaan PAS telah mencecah 400,000. Walaupun jumlah tersebut tidak memenuhi sasarannya, namun purata penambahan 2,000 orang ahli sebulan telah dapat dicapai. 
Ledakan  pertambahan ahli ini walau bagaimanapun berlaku setelah tercetusnya  Reformasi ekoran pemecatan Anwar Ibrahim. Purata penambahan ahli PAS  untuk beberapa bulan berikutnya adalah antara 10,000 hingga 15,000 orang sebulan.
PRU 13 Semakin Dekat
Dengan  harapan kita letakkan kepada saf kepimpinan PAS yang baru, diharapkan  dengan pimpinan yang berjiwa aktivis dan bersifat massa, mereka juga  perlu gunakan peluang yang ada, dengan masa yang sangat suntuk ini,  untuk memperhebatkan gempur penambahan pengundi muda dan pengundi atas  pagar ke dalam PAS. Daftarkan mereka kepada SPR segera sebelum kita  terlambat.
 Tuan  Guru Dato’ Seri Hj Hadi, yang dibantu pembantu-pembantu yang hebat,  perlu menekan butang kecemasan segera, untuk mengimbangi salahguna pihak  musuh dalam pentas demokrasi negara kini.
Tuan  Guru Dato’ Seri Hj Hadi, yang dibantu pembantu-pembantu yang hebat,  perlu menekan butang kecemasan segera, untuk mengimbangi salahguna pihak  musuh dalam pentas demokrasi negara kini. Tanpa gerak kerja dan kempen  besar-besaran penambahan ahli ini, mungkin sahaja kita akan kalah dek  penambahan besar-besaran pengundi BN sejak kebelakangan ini yang entah  datang dari mana, sedangkan jelas analisis semasa dari penganalisis  politik mahupun pusat kajian politik, golongan anak muda menyokong  Pakatan Rakyat.
Melihat hasil tindakan bijak TG Dato’ Hj Fadzil Noor suatu ketika dahulu, pada pandangan peribadi saya, Ustaz Fadzil Noor telah berjaya menempatkan PAS sebaris dengan gerakan-gerakan Islam dan parti-parti politik Islam di peringkat nusantara mahupun antarabangsa. 
Sebelum saya akhiri penulisan ini, suka saya menukilkan antara amanat beliau buat semua, TG Dato’ Hj Fadzil Noor pernah menegaskan : 
”PAS  sebagai sebuah jamaah Muslimin dan wadah kepada perjuangan umat, adalah  satu daripada mata rantai Gerakan Islam seluruh dunia. Ia bersama-sama  dengan Ikhwan Muslimin di Mesir, Jamaati Islami di benua kecil India,  Refah Party di Turki, FIS di Algeria, HAMAS di Palestin dan lain-lain  harakah Islam di seluruh dunia, mendukung perjuangan Islam dan bangun bersama Islam serta merealisasikan corak hidup Islam”
Baca juga tulisan penulis dalam N3 di bawah :
Wassalam. 
 
No comments:
Post a Comment