Sunday, April 3, 2011

Adakah ini spesis makhluk raksasa yang dijumpai di Sydney......sambungan.....

4. Mongolian Death Worm.


Ciri-ciri:
  • Panjang antara 2-5 kaki.
  • Warna kuning.
  • Berbentuk cacing gemuk.
Makhluk yang tinggal di kawasan gurun gobi ini termasuk dalam golongan makhluk kritozoologi.

Wujudnya berupa seperti cacing gemuk, dengan panjang antara 2-5 kaki (0.6 s/d 1.5 meter), warna kuning adalah warna yang sangat menarik perhatiannya

Di tempat asalnya, dia diberi nama allghoi (atau orghoi) khorkhoi (хорхой) yang bererti “cacing darah”, jolokan itu diberikan kerana pada pertama kali dilihat, makhluk tersebut dilaporkan berbentuk seperti usus lembu besar yang berwarna merah.

Kemampuan mengerikan lainnya adalah, makhluk ini dapat menyemburkan racun berwarna kuning ketika diserang serta kemampuan untuk membunuh dari jarak jauh (sengatan listrik)

Salah seorang penyelidik makhluk ini adalah seorang penulis bernama Ivan Mackerle, mengatakan dalam tulisannya dalam majalah Fate (Jun 1991) bahawa makhluk ini membunuh mangsanya dengan sengatan listrik.

Ahli kaji haiwan dari England bernama Karl Shuker berjaya mendapatkan perhatian dari kerajaan Britain untuk mengkaji makhluk ini lebih lanjut kerana melalui bukunya pada tahun 1996 yang berjudul The Unexplained.

Diikuti oleh pengkaji yang lain setelah tahun - tahun berikutnya, beberapa pelajar menulis penelitian tentang makhluk ini dan tulisan tersebut dic ulang etak dalam bentuk buku berjudul The Beasts That Hide From Man. Manakala Loren coleman menulis mengenai makhluk ini dalam buku berjudul Cryptozoology A to Z

Sebuah ekspedisi bersama dilakukan pada tahun 2005 oleh Centre for Fortean Zoology dan E-Mongol untuk mengkaji dan melaporkan kewujudan makhluk iini. Ekspedisi tersebut tidak menemuI bukti apapun tentang kewujudan makhluk ini.
 

Tapi ada teori kemungkinan tentang kewujudan makhluk ini di dasar tanah wilayah gurun gobi, sepanjang kawasan mongolia / sempadan China.

5. Tsuchinoko.


Ciri-ciri:
  • Berjalan seperti manusia.
  • Mempunyai semacam tempurung di kepalanya.
  • Tinggal di danau atau sungai.
Kappa (anak-sungai), juga biasa disebut Gatarō (ibu-sungai) atau Kawako (anak-sungai) adalah makhluk legenda yang dipercayai sebagai roh sungai dan sering dijumpai dalam cerita rakyat Jepun.

Tetapi sekarang, makhluk ini termasuk dalam golongan “ binatang yang belum ditemui (cryptozoology)”. Ini disebabkan adanya beberapa saksi yang menyaksikan kewujudan makhluk tersebut. Mengikut kepercayaan agama Shinto, makhluk ini termasuk dalam golongan Suijin (dewa air).

Sebahagian besar orang menggambarkan Kappa seperti anak kecil,bentuk tubuhnya separuh manusia separuh katak (sesetengah orang mengatakan monyet), beberapa orang lainnya menggambarkannya seperti seekor kura kura dengan paruh seperti bebek.

Berdasarkan beberapa gambar menunjukan bahawa Kappa mempunyai tempurung tebal dan kulit yang bersisik yang warnanya hijau kekuningan atau biru, habitat kappa adalah sungai atau danau yang berada di Jepun dan tubuhnya dilitupi dengan bentuk tubuh yang mendukung kehidupannya seperti tangan dan kaki yang berselaput, baunya seperti ikan dan pandai berenang seperti ikan.

6. Manticore.


Ciri-ciri:
  • Tubuh menyerupai singa.
  • Mempunyai tiga batang taring.
  • Ekor mirip sengat kalajengking.
  • Mempunyai sengat beracun.
  • Berbunyi seperti terompet.
Mythologi tentang manticore aslinya berasal dari Parsi yang asalnya dikenali “pemakan manusia” (berasal dari bahasa timur tengah kuno iaitu kata Martya yang berarti manusia dan Xwar yang bererti memakan).

Manticore sendiri berasal dari bahasa Inggeris, terminologi dari bahasa latin mantichora. Legenda tentang makhluk ini tersebar di daratan Eropah dan pertama kali diceritakan oleh Ctesias, seorang paranormal dari yunani yang mengabdi pada raja Artaxerxes II.

Buku Description of Greece karya seorang ahli agama dari yunani bernama Pausanias juga menceritakan tentang manticore.

Monster yang digambarkan oleh Ctesias yang disebut martichoras berbentuk seperti harimau, tetapi mempunyai tiga batang taring dan sengat pada ekornya yang digunakan untuk mempertahankan diri.Ketika monster ini luka,makhluk ini boleh memuntahkan racun seperti panah yang terlepas dari busurnya.(Description, xxi, 5)

Sekarang ini, orang orang yang mempercayai kewujudan manticore percaya bahawa makhluk ini tinggal di hutan hutan di asia,terutama Indonesia.

Manticore dipercaya sanggup membunuh mangsanya dengan cepat, secara menggigit atau mencakar kemudian memakan seluruh badan mangsanya sampai ketulang tulangnya.

Alasan beberapa orang mempercayai makhluk ini walaupun belum pernah ada bukti bukti yang memperkuat kewujudannyanya ialah makhluk ini adalah pemburu yang sangat handal, tak terlihat atau terdengar oleh mangsanya.

Ketika ada seseorang yang hilang dalam hutan dan tidak ditemui mayatnya, mungkin itu disebabkan serangan manticore.
Bersambung esok dengan 3 lagi makhluk raksasa yang belum terbukti kewujudannya..........

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...