Salam,
 
 
Prk    Merlimau dan Kerdau akan melabuhkan tirainya pada 6 Mac ini. Inilah    pertama kali penulis menulis mengenai kedua-dua Prk ini. Tidak sama    seperti Prk Tenang, Prk kali ini isunya adalah sama seperti Prk2 lain    sebelum ini.
Semasa    Prk Tenang ada isu bersalam yang dicetuskan oleh Ketua MCA sokongan    Umno, penulis ada keluarkan beberapa entry mengenai isu itu. 
Memandangkan    penulis jauh diperantauan, jadi tak dapat bersama merasakan   'kepanasan'  petugas PAS dan PR berkempen dalam keadaan provokasi   berlebihan dari  Umno BN. Kelebihan yang ada pada petugas PAS adalah   bersabar dan tidak  bertindak balas sesuka hati.
Penulis    juga pernah menghadapi stiuasi yang sama semasa berkempen di kawasan    kubu Umno BN. Tapi sehingga mana tahap kesabaran itu dapat  dipertahankan   bergantung kepada keadaan juga. Tak kan lah sampai tahap  musuh mari   tolak kepala pun nak sabar juga, itu dah melampau.
Isu    bagi barang, bagi duit, bagi basikal , bagi macam-macam sebenarnya    sudah menjadi tradisi Umno BN setiap kali pilihanraya. Dah bertimbun    laporan kepada SPR dibuat tapi langsung tiada tindakan. 
Seronok    dengar PR buat laporan kepada SPR, pemimpin PR jumpa SPR isu rasuah    bila keluar berita Harakahdaily atau portal pro PR. Adakah selesai    masalah ? tak selesai juga, mari pilihanraya Umno Bn sogok lagi,    pemimpin PR buat laporan kepada SPR lagi, SPR buat tak nampak juga.
Isu    provokasi koyak bendera , buang banner, baling batu, kacau ceramah,    pasang karoeke kuat-kuat masa ceramah pun dah biasa berlaku semasa    pilihanraya. Dah beribu laporan polis dibuat, dah ada tangkapan pun tapi    adakah polis bertindak ? dak juga.
Mari    pilihanraya, provokasi lagi malah Umno BN siap bakar bendera sendiri    kemudian tuduh PR bakar. Ada kes polis dah terima laporan petugas BN    bakar bendera sendiri sebab ada bukti , tapi sampai habis pilihanraya    polis tak buat apa-apa pun. Sebab apa ? sebab yang kena petugas BN  kalau   petugas PR lambat siang la depa pi cekup.
Jadi    penulis nak ulas banyak  mengenai isu rasuah dan provokasi Umno BN  pun   rasa dah malas. Sebab, tak selesai-selesai. Itu tak campur media  massa   kerajaan yang berat sebelah, jentera kerajaan diperkuda  semahunya oleh   Umno BN.
Cakap    banyak tak ada Himpunan BERSIH 5000K perlu dibuat segera, rasanya    lambat sangat tunggu sampai bulan Jun. Tak payah tunggu muktamar PAS la,    atur awal sebab jika himpunan BERSIH 5000K itupun SPR masih tak mahu    berubah, boleh atur Himpunan BERSIH 1JUTA rakyat pula. 
Berbalik    kepada PRK Kerdau dan Merlimau, penulis ada dapat mesej dari    rakan-rakan yang bagi tahu penerimaan pengundi di sana tak sama macam    Prk Tenang. Jika di Prk Tenang , sambutan pengundi terutama pengundi    Melayu agak dingin, tapi di Merlimau dan Kerdau sambutannya amat    positif.
Katanya,    sebab itulah provokasi Umno BN sangat berlebihan malah sampai tahap    membahayakan petugas dan pemimpin PR. Umno BN terpaksa jaga pengundi    agar tidak mengundi calon PAS. Sebab itulah juga Umno BN sogok pengundi    setiap hari kerana mereka macam tidak yakin pengundi yang disogok akan    mengundi BN.
Ketakutan    Umno BN ditambah dengan kelebihan yang ada pada kedua-dua calon PAS    yang sangat ramah , ceria dan dikenali pengundi tempatan. Walaupun    pengundi itu orang Umno , mereka kenal calon PAS lebih dari calon Umno. 
Tersebar    juga cerita bahawa undi mesra calon atau undi simpati calon akan    mempengaruhi minda pengundi. Pengundi diberitakan akan mengundi PAS    bukan kerana parti tapi kerana calon. 
Terbaru    penulis ada membaca pendekatan PAS dalam Prk ini amat berlainan  dengan   menekankan undi personal maksudnya terus berjumpa pengundi  secara   personal. Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka Adly Zahari bagi tahu  bukan   tidak pentingkan ceramah, ceramah tetap berjalan namun kempen  individu   ini lebih diberi penekanan.
Penulis    berharap pendekatan ini, akan memikat pengundi di Merlimau dan  Kerdau.   Walaupun , mungkin ada pengundi yang tak layan tapi ramai yang  akan   layan walaupun orang itu Umno. Perlu kita tahu orang Melayu ada  sopan   santunnya, tak kira orang PAS atau orang Umno.  Maka gaya santun  inilah   yang akan mencairkan kepekatan birunya.
Wassalam
 
1 comment:
http://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/188759_10150115281959250_568519249_6235927_2085642_n.jpg
bersila dengar ceramah budaya pas , tapi laa ni cina pun ikut sama... lebih lebih lagi kalu LGE mai , depa pulun makanan jamuan 1Malaysia , pastu pii dengar ceramah guan eng .
Post a Comment