Salam,
PRK    Tenang baru berlabuh dengan catatan kemenangan BN bertambah majoriti.    Kemenangan ini sebenarnya bukanlah boleh dibanggakan kerana hampir 50  %   pengundi Tionghua tidak dapat keluar mengundi akibat bantuan    pengangkutan ke tempat mengundi lebih bertumpu ke kawasan majoriti    pengundi BN.
Walaupun    begitu, majoriti BN tetap gagal melepasi 4000 undi jauh sekali 5000    undi. Positifnya, pengundi Tionghua tetap menolak BN walaupun Presiden    MCA menghina Islam secara terbuka. Maksudnya, masyarakat Tionghua  lebih   memahami budaya Islam sejak DAP berkawan dengan PAS.
Menang    tetap BN menang , PAS perlu membuat bedah siasat faktor-faktor    kekalahan terutama kegagalan menambah undi di kawasan Melayu. 
Walaupun    ada tunding menunding tetapi penulis harap semua itu akan membawa   impak  positif kepada perjuangan PAS menghadapi PRU 13. Penulis tidak   akan  menghalakan tundingan kepada Pengarah Pilihanraya, jentera   pilihanraya  dan calonnya Cikgu Mala.
Penulis    lebih menghalakan tundingan ini kepada PAS Kawasan Labis, bukan untuk    memperkecilkan tetapi lebih kepada penambahbaikan sebagai persediaan    menghadapi PRU 13. Malah , tulisan ini juga sesuai untuk semua PAS    Kawasan yang ada di Malaysia yang teruja untuk bertanding dalam PRU 13.
Apabila    PAS masuk bertanding untuk PRK Tenang, asas pemilihan PAS adalah   kerusi  itu adalah kerusi yang ditandingi PAS semasa PRU 12. Sebagaimana   juga  di Bagan Pinang, Galas, Kuala Terengganu, Manek Urai, Permatang   Pasir  dan Bukit Gantang.
Tahukah    kita mengapa PAS boleh menang di  Permatang Pasir dan Bukit Gantang ?    kerana undi orang Melayu kepada PAS disitu melebihi 40%. Apabila    ditambah undi bukan Melayu , PAS menang.
Bagi    kawasan majoriti Melayu di Kuala Terengganu dan Manek Urai undi yang    PAS terima lebih 50% jadi PAS menang. PAS kalah di Galas kerana undi    orang Melayu kepada PAS kurang 50%.
Berapakah    undi orang Melayu yang diterima oleh PAS di Bagan Pinang dan Tenang ?    kurang 35 % malah di Tenang kurang 25 % . Penulis terima hakikat  bahawa   kawasan ini kubu kuat Umno sejak merdeka tetapi apakah  persediaan dan   usaha yang telah dilakukan PAS Kawasan berkenaan untuk  menembusi kubu   kuat Umno ini.
Cawangan 
Berapa    cawangan PAS di Bagan Pinang ? 3, Berapa cawangan PAS di Tenang ? 6.    Maaf jika angka itu salah. Sejak PRU 12, berapa cawangan yang ditambah    oleh PAS Kawasan. Jika akar umbi tidak kuat bagaimana PAS boleh masuk  ke   kawasan kubu kuat Umno.
Bila    berlaku pilihanraya, sukarnya petugas untuk berkempen kerana tiada    bantuan orang tempatan. Mungkin ada tetapi takut sebab tidak ada    cawangan dan tak biasa bersama dalam aktiviti PAS. 
YDP    PAS di mana-mana kawasan perlu jadikan usaha penambahan cawangan ini    sebagai agenda dalam mesyuarat kawasan. Jangan tunggu bubar parlimen    baru kelam kabut cari orang tempatan di kampung atau felda yang  dikenali   untuk bantu. Sepatutnya , sekaranglah masa kumpulkan orang  tempatan   yang sokong PAS dan usahakan penubuhan cawangan.
Pengundi baru  
Berapa    pengundi baru dikalangan anak ahli dan penyokong PAS yang didaftar    sebagai pengundi di Bagan Pinang dan Tenang? mengecewakan, buktinya    rujuk jumlah pengundi baru yang didaftarkan oleh PAS NS dan Johor.
Tidak    adakah pengundi baru dikalangan anak ahli dan penyokong ? ada tetapi    PAS Kawasan tak ambil berat untuk daftarkan. Bila sampai pilihanraya,    tengoklah betapa ramainya anak ahli dan penyokong yang dah lebih umur  21   tahun tak boleh mengundi.
Sudah    ada arahan supaya agenda penambahan pengundi baru dibincang dalam    mesyuarat kawasan. Malah PAS dah pinda perlembagaan membolehkan seorang    Pengarah Pilihanraya duduk dalam Jawatankuasa Harian Kawasan. Namun ,    sudah berjalankah usaha penambahan pengundi baru?
Kebajikan dan kemasyarakatan
PAS    dah lama menjadikan usaha memasyarakatkan PAS untuk mendekati    masyarakat. Semasa PRU 12, PAS telah menggunakan slogan ke arah negara    berkebajikan bagi membuktikan bahawa PAS benar-benar parti yang    memperjuangkan kebajikan rakyat.
Persoalannya,    adakah PAS Kawasan sudah merealisasikannnya secara bersungguh-sungguh    atau sekadar melepaskan batuk ditangga. Hendak tahu bersungguh atau    tidak, tengok jumlah derma kebajikan yang telah diberikan kepada    penduduk. 
Tengok    berapa kali aktiviti berbentuk kebajikan yang telah di buat kepada    penduduk.Tengok berapa dana kebajikan dalam akaun. Nilailah sendiri    usaha PAS Kawasan dalam bidang kebajikan.
Apabila    tiba pilihanraya, baru turun nak bagi sumbangan sudah terlambat    sebenarnya kerana tak termampu menandingi bantuan musuh. Malah akan    ramai pengundi yang akan berkata, " bila pilihanraya baru nak bagi    bantuan"
PAS    Kawasan perlu menjadikan usaha kebajikan sebagai usaha dakwah dan   bukan  hanya bertujuan untuk pilihanraya. Oleh kerana , kebajikan hanya   semasa  pilihanrayalah kurang usaha menambah dana kebajikan membantu   rakyat. 
Rakyat    perlu didampingi, dibantu dan didekati tidak kira semasa pilihanraya    atau tidak. Jika PAS Kawasan sudah menjalankan usaha kebajikan sebagai    rutin bukan hanya pilihanraya. PAS Kawasan tidak akan merasa hampa    walaupun kalah pilihanraya kerana usaha membantu rakyat tetap    diteruskan.
Jika    PAS Kawasan menang pun, wakil rakyat tidaklah pening kepala membantu    rakyat kerana PAS Kawasan boleh membantu. Malah , PAS Kawasan juga  tidak   pening kepala apabila rakyat tidak puas hati dengan wakil rakyat  PAS   yang tidak membantu rakyat kerana PAS Kawasan tetap ada membantu  rakyat.
Penulis    cuma berikan tiga perkara penting ini untuk diambil perhatian oleh    mana-mana PAS Kawasan di Malaysia. Jika PAS Kawasan dah laksanakan ,    syukur dan tahniah. Bagi yang belum laksana buatlah kerana semua kerja    ini bertujuan untuk menegakkan perjuangan Islam.
PAS    mungkin bertanding di Merlimau, sebelum bertanding PAS Kawasan di  sana   kena tengok tiga perkara penting ini. Jika cawangan banyak,  pengundi   baru ramai, usaha kebajikan aktif . Percayalah PAS ada  harapan besar   menang, namun jika belum laksanakan jangan sekali - kali  mengalah tak   mahu bertanding. Bertanding tetap bertanding kerana itu  kerusi PAS.    
Kesempatan    ini, penulis ucap tahniah kepada seluruh pimpinan dan petugas PAS  yang   menabur bakti di Tenang. PAS Kawasan Labis mempunyai pimpinan  yang   berkualiti seperti Cikgu Mala dan beberapa pimpinan lain. Cikgu  Mala   boleh mulakan dari sekarang usaha mendekati rakyat melalui Pusat  Aduan   Rakyat di Tenang. PAS Kawasan perlu bersama Cikgu Mala  mengaktifkan   Pusat Aduan berkenaan. 
Janganlah    anggap penulis ni hanya boleh berteori, hanya boleh menulis tidak di    medan sebenar. Penulis sudah berada di medan sebab itulah penulis    menulis berdasarkan pengalaman. Penulis dah banyak menulis berkenaan    perkara di atas N3 yang lepas. Boleh baca semula paparan di bawah:
Sebulan terakhir jika PAS nak menang PRU 13
Bukan mudah nak urus cawangan
Wassalam
 
3 comments:
Komen-komen terdahulu :
tungkaran hati.blogspot said...
Saya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....! juga jauh dihati saya.
Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, janganlah diperbodohkan oleh mereka...! kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat keberkatan daripada perjuangan PAS.
Kembalilah kepada perjuangan asal....sebuah negara Islam yang berdaulat!
January 30, 2011 6:00 PM
magn said...
ada lagi mangkak tungkaran,ingat dah hilang.
January 30, 2011 6:57 PM
Kharis Saleh said...
tungkaran ni bukan sokong PAS pun... ketika PAS berseorangan dulu pun bukan dia pernah sokong... sudahlah naik jelak aku dgn org hipokrit mcm ni...
January 30, 2011 7:25 PM
Cikgu Din said...
Kerja kebajikan berterusan. Penguasaan masjid dan surau disamping perbanyak aktiviti masyarakat .Pasti perlu banyak di setiap taman /kampung. Kemudian PAS perlu mesra rakyat.PAS Duta masyaraKAT.Namun tahniah PAS Labis hidup di negeri DARUL UMNO. Minda mereka sudah tertanam undi parti selain UMNO haram.
January 30, 2011 8:06 PM
NUR ALEEYA said...
Tahniah Kepada BEnd atas kemenangan...
Buat PAS / PR Tenang...kemenangan akan tiba sekiranya jentera parti dari awal awal lagi mengerakkan xtvt spt daftar pengundi baru...culaan dsb. Lupakan pasal kemenangan sekiranya jentera akan berfungsi ketika menjelang PRU / PRK...ayuh mulakan dari sekarang..insyaallah
January 30, 2011 8:42 PM
tungkaran hati.blogspot said...
terima kaseh kepada magn , kharis saleh dan yang lainnya kerana respon terhadap luahan hati saya terhadp PAS!
January 30, 2011 9:58 PM
cikgu said...
Assalamualaikum. Nur Aleeya orang Labis ke? Saya setuju dengan pendekatan NA tu, ayuh buat kerja.
Buat cikgu Mala, jika cikgu masih tinggal di Tenang atau dekat-dekat situ, teruskan usaha cikgu. Jalankan jihad, korbankan masa, rancang. Mulai sekarang, cuba buat gerakan bawah tanah, dari rumah ke rumah. Objektif utama ialah menarik minat orang-orang Melayu di Felda dsb tu ke arah mendekati komputer. Jadikan berita internet sebagai alternatif kepada TV. Harus ada kertaskerja kurikulumnya, agar tidak menjadi kejutan buat mereka. Orang2 kg sebelah sana tu, ramai yang tak faham pun, kerajaan tu apa bendanya. Menteri kabinet tu sape, dsb. Tukar kerajaan bagi mereka adalah tidak betul sebab mereka berfikiran jangan lawan kerajaan. Kalau diterangkan bahawa menteri kabinet tu macam ajk yang mentadbir masjid, kampung, persatuan, sampai mereka faham bagaimana mengurus duit negara, mereka akan berubah sedikit. Ini satu contoh je. insyaAllah mereka yang telah faham akan menyambung lidah secara tidak langsung. Mesti ada jalan. Mulakan sekarang. Jihad.
January 31, 2011 12:21 AM
Apa yg perlu dilihat oleh PAS didalam PRK DUN Tenang adalah penerimaan pengundi terutama orang melayu kepada BN, ini menunjukkan bahawa BN telkah berjaya untuk mendekati pengundi.Jgn PAS ambil pusang tentang gula2 yg ditawarkan oleh BN kepada pengundi sebab dlm PRU 12 telah terbukti bahawa gula2 memainkan peranan kecil dapat menarik undi. PAS perlu melihat secara mendalam dari bebera sudut terutama kedudukan PAS didalam Pakatan. Sebenarnya kedudukan PAS dlm Pakatan telah menyebabkan kesedihan yg besar kpd kebanyakan org melayu, persoalannya , Apa keuntungan politik yg diperolehi oleh PAS sepanjang gabungan mereka, orang melayu telah mulai sedih sentiman anti melayu yg disembvunyi oleh semua pemimpin DAP.Org melayu sedar DAP hanya berpura-pura menunjukkan keprihatinan mereka kpd kaum melayu tetapi hakikatnya sekiranya mereka mendpt peluang , baru belangnya akan dipamerkan. Kedua, setiap penceramah seharusnya jgn memain isu yg tidak mendatang feadah kpd calon seperti memaki hamun, menfitnah, mendoakan keburukan kpd sesama Islam sepatutnya penceramah atau pemimpin yg berceramah memberikan penekannan dlm aspek kewangan negara, pelaburan , pembangunan negara dan perancangan jangka panjang untuk menjadi Malaysia sebuah negara yg maju dari segi metarial dan fizikal serta membangunkan modal insan yg labih berkesan untuk di manafaatkan oleh jenarasi semasa dan akan datang. sebaik baiknya jgn sesiapa penceramah termsk musjidul PAS mengeluarkan sebarang fatwa dan sebarang fatwa mesti dikeluarkan secara kolektif setelah perbahasan dijalankan.ini tidak bermacam fatwa dikeluarkan seperti yg diucapkan oleh Nizar Derhaka dan Pok Najis. Ini semua melahirkan kemarahan kpd orang Islam iaitu org Melayu. Sebaik baik , PAS balik ke pangkal jln di mana perjuangan asal diteruskan. Sekarang PAS menjadi parti Islam yg amat dibenci oleh 75% penduduk Melayu yg berugama Islam. Fikir-fikirlah
Kalau nak cari orang/parti yg benci orang melayu kenapa tuduh DAP saja habis selama ini MCA/MIC/BN/PPP memuja orang melayu hoii..bangun la.itu saja kah isu korang DAP benci orang melayu.MCA hina islam korang tuduh DAP,MIC komplen orang melayu korang tuduh DAP ,UMNO/BN hina islam/melayu/Raja2 melayu korang masih tuduh DAP.bilalah fanatik UMNO/APCO ni akan sedar.
"Sekarang PAS menjadi parti Islam yg amat dibenci oleh 75% penduduk Melayu yg berugama Islam. Fikir-fikirlah" 75% ni ISLAM kah atau islam UMNO kalau islam kenapa diam ja masa MCA hina ISLAM di Tenang ,PAS dah cuba perlihatkan amalan wanita Islam menjaga auratnya MCA boleh persendakan pula, mana tu 75% islam melayu pegi.patut korang dah halau/bantah tindakan MCA tu ni tidak masih salahkan PAS &DAP &PKR...ni tengah tunggu MIC pula hina melayu/islam pastu salahkan DAP/PAS/PKR lagi..orang bukan islam pun hormat/sokong perjuangan islam TG Nik Aziz (PAS) cuma UMNO ja yg dengki.
Post a Comment