Jauh dari kenyataan yang biasa apabila ditemui seekor ular yang biasanya menelan seekor katak sebagai mangsanya. Kisah dalam rakaman foto ini menzahirkan persahabatan dari kedua haiwan di tengah bencana banjir yang melanda Queensland, Australia.
Keduanya    meninggalkan sifat semulajadi masing-masing pada masa lalu, apabila    katak  hijau  mendapatkan menumpang di atas badan seekor ular berwarna     coklat yang  merentasi gelombang air akibat banjir di Queensland,  dekat    Brisbane.
Juruteknik    komputer Armin Gerlach berjaya mengabadikan persahabatan ini semasa    sedang merakam sejumlah gambar kemusnahan harta benda akibat bencana     banjir di Brisbane.
"Biasanya     sejumlah  haiwan akan berkumpul pada masa terjadi kebakaran hutan,    banjir  atau  bencana alam lainnya. Namun, peristiwa yang terakam kali    ini  sungguh  mengagumkan. Saya seperti tidak percaya apabila ini    benar-benar  terjadi,"  kata Armin Gerlach.
Bencana     banjir di Queensland telah menelan 26  korban dan  mengakibatkan    kemusnahan harta benda hingga mencecah 5  milion dollar  Australia.kompas

 
No comments:
Post a Comment