Tuesday, November 10, 2009

Tulahan : Seminar - Harapan tak tertunai

Salam,


Selesai sudah seminar memperkasa jamaah. Penulis hadir dan ada komen kepada kawan2 tentang seminar ini. Ada kawan yang tanya kenapa tak tulis dalam blog? penulis jawab, tak mahu serabutkan pemimpin.

Tapi bila ada yang kata penulis penakut, penulis nafikan. Maka penulis akan bagi tahu sikap penulis terhadap seminar ini.

Bila hadir ke seminar, satu harapan penulis agar seminar ini dapat satu keputusan konsisten dari Presiden sebagai penyelesaian masalah dalam jamaah.

Penulis harap Presiden akan buat pengumuman membuat rombakan kabinet PAS Pusat. Tak kira la rombakan macam mana. Nak tukar SU ka, tukar Bendahari ka, Ketua Penerangan ka, rombak pengerusi lujnah ka atau tukar Pesuruhjaya.

Penulis bukan tidak setuju dengan Cikgu Pa, Dr. Hatta , Ust. Idris atau sapa2 sahaja pimpinan pusat. Sebab penulis pun tak tahu apa cerita yang pemimpin pusat buat, sehingga rakyat mula menurun sokongan kepada jamaah.


Bagi penulis, kalau ada pimpinan pusat yang bermasalah maka pimpinan ini mesti ditukar. Tak kira sapa. Kalau tuduhan kepada pimpinan tertentu tak betul, Presiden boleh ambil tindakan terhadap pimpinan yang buat fitnah.

Yang penting bagi penulis, ada tindakan dari Presiden.Tindakan Presiden perlu kerana ada tuduhan bahawa Presiden macam 'Pak Lah'.

Penulis juga tak setuju dengan tuduhan itu, sebab tu penulis harap ada tindakan Presiden bagi menutup banyak mulut yang mempertikaikan Presiden. Itu harapan Penulis.

Namun, apa yang penulis harapkan tidak berlaku. Penulis tidak salahkan Presiden kerana mungkin belum sampai masanya untuk buat rombakan kabinet PAS Pusat. Mungkin Presiden menunggu laporan siasatan Jawatankuasa Disiplin yang dipengerusi oleh Dato' Tuan.

Jadi, penulis masih letak kepercayaan tinggi kepada Presiden untuk berbuat sesuatu selepas Jawatakuasa Disiplin membentangkan laporan.

Berbalik kepada pengisian seminar. Jangan marah kalau penulis kata ada perwakilan yang bertanya soalan kepada Dr. Aziz Bari tidak berjiwa besar walaupun seminar ini membuktikan jamaah berjiwa besar.

Semua ahli sayangkan Presiden, penulis pun marah bila baca artikel Dr. Aziz Bari. Tapi apakah selesai dengan mengemukakan soalan beremosi semata2 mempertahankan Presiden kepada seorang tetamu yang jamaah jemput.

Soalan yang ditanya seolah-olah Dr. Aziz Bari sama seperti perwakilan yang melalui proses pentarbiyyahan jamaah.

Rasionalkah jika seminar untuk memperkasakan jamaah digunakan untuk menghentam orang luar yang dijemput memberi pandangan terhadap jamaah. Fikirlah sendiri.

Seminar ini juga mendedahkan hasil kajian Dr. Abu Hassan Hasbullah berkaitan persepsi rakyat terhadap jamaah. Ada perwakilan dan mungkin pimpinan tidak dapat terima hasil kajian ini kerana jelas banyak negatif dari positif.

Penulis terima hasil kajian ini kerana dilakukan oleh sekumpulan pengkaji terhadap 2100 responden. Ada juga perwakilan yang kata sampel tu kecil, sepatutnya mesti buat kajian terhadap seluruh rakyat baru kajian tu betul.

Perwakilan yang beranggapan begitu, mungkin tak tahu dan tak pernah belajar apa itu kajian/ penyelidikan. Bagi penulis, 2100 responden tu kira besar la. Penulis pernah buat kajian hanya guna 200 responden sahaja. Itu pun letih nak jumpa responden kemudian nak proses.

Sepatutnya, pimpinan jamaah berterima kasih kepada Dr. Abu Hassan kerana bukan senang nak buat kajian dengan responden seramai itu. Jika, pimpinan jamaah rasa tak percaya disyorkan tubuhkan kumpulan pengkaji untuk buat kajian persepsi rakyat terhadap jamaah.

Penulis berharap pandangan Dr. Aziz dan hasil kajian Dr. Abu Hasan perlu dijadikan titik tolak pimpinan jamaah bermuhasabah diri dan melihat kekurangan yang ada bagi memperbaiki keadaan.

Inilah sikap penulis. Walaupun harapan penulis tidak tertunai dalam seminar, penulis harap kelima resolusi seminar direalisasikan oleh pimpinan jamaah semua peringkat.

Lima resolusi seminar seperti di bawah :

Resolusi pertama adalah, PAS secara lebih proaktif akan memperkukuh Pakatan Rakyat bagi menghadapi pilihanraya umum ke 13.

PAS melalui Dewan Pemuda dan Nisa' juga akan berusaha menarik kembali sokongan pengundi muda yang dilihat sedikit terjejas disebabkan beberapa faktor agar memberi undi mereka kepada PAS.

Selain itu, PAS juga mahu bertindak lebih agresif untuk mengaktifkan kelab penyokong PAS di setiap kawasan terutama di kawasan yang mempunyai pengundi bukan Islam yang ramai.

Rosolusi keempat pula, PAS bersetuju untuk memantapkan pendirian parti berdasarkan maklumat, informasi selain menguatkan parti di peringkat akar umbi.

Manakala resolusi kelima adalah menyediakan satu pelan tindakan untuk menguatkan parti antaranya memperkasakan kempen nasional iaitu PAS For All.

Sebelum tutup. Penulis nak ucap tahniah kepada dua orang sahabat di kampus yang bercakap dalam seminar. Mereka ialah pemunya blog Mutaligat danPenaPerjuangan.

Wassalam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...