Saturday, November 14, 2009

Tulahan : Al-Fatihah buat Pak Ngah

Salam,


Empat hari lepas, penulis dapat berita sedih dari kampung. Pak Ngah abang kepada ayah telah meninggal dunia. Sedih, sebab tak dapat balik beri penghormatan terakhir.

Sejak pindah jauh dari Perak, dah dua kali kematian keluarga terdekat tak dapat balik. Tahun lepas, bapa saudara belah mak meninggal dunia juga tak dapat balik.

Kali terakhir jumpa Pak Ngah raya lepas, semasa ziarah ke rumahnya. Pak Ngah memang nampak uzur dah 79 tahun, tak boleh nak jalan kalau tak dipimpin.

Penulis suruh dia beli tongkat kaki empat supaya dapat imbang badannya. Mungkin belum sempat dibelinya.

Penulis kagum dengan semangat Pak Ngah semasa PRK Bukit Gantang, walaupun sudah uzur tapi masih tetap pergi mengundi. Demi untuk menangkan Islam, menangkan bulan walau terpaksa dipimpin.


Memang, Pak Ngah adalah penyokong bulan sejak sekian lama. Walaupun tak dapat subsidi, dinafikan bantuan kerana sokong bulan. Pak Ngah tak pernah berganjak untuk terus menyokong bulan.

Walaupun dua anaknya jadi penyokong Kati, dia tetap dengan bulan. Inilah semangat yang ada pada Pak Ngah.

Selepas PRK Bukit Gantang, penulis daftarkan ahli jamaah yang berumur 45 tahun ke atas di kampung sertai skim penyayang sama macam takaful kifalah di Kelantan. Waris Pak Ngahlah yang jadi penerima pertamanya.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Buat pembaca, penulis mohon sedekah bacaan Al-Fatihah buat Allahyarham Mat Ariffin bin Kassim, Pak Ngah penulis.

AL-FATIHAH

Wassalam.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...