Wednesday, July 20, 2011
Doa Rasulullah yang tidak popular di zaman ini
Tidak ada orang mahu miskin. Semua mahu kaya, mahu rezekinya murah, mahu hidupnya mewah, mahu urusan duniawinya dipermudahkan. Tidak ada yang mahu miskin, kekurangan, apalagi melarat.
Semua mahu hidup senang di dunia, mewah dan berlebihan tanpa memikirkan apa yang menimpa terhadap dirinya dari kekayaan yang diberikan kepadanya.
Malah sebahagian dari mereka berusaha agar boleh kaya dengan cara apapun. Dengan cara halal atau dengan cara haram. Semua cara dilakukan, yang penting boleh kaya dan mendapat duit.
Banyak sekali do'a-do'a yang diajarkan Nabi kita Muhammad saw agar boleh dapat kekayaan, murah rezeki dan hidup senang, diantaranya yang diriwayatkan oleh Abu Abdullah Muhammad al Qurtubi dalam tafsirnya yang menulis bahawa kebaikan di dunia sangat luas mencakupi diantaranya:
kesihatan, isteri yang soleh, anak dan keturunan, ilmu, ibadah dan pula harta benda dan kekayaan. Ini semua termasuk dalam kategori kenikmatan duniawi.
Di lain ayat Allah berfirman "dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari kenikmatan duniawi". Alqashash 77
Di samping do'a-do'a yang diajarkan untuk rezeki murah, ada pula do'a-do'a yang tidak popular di zaman ini yang diajarkan Rasulullah SAW agar meminta kepada Allah kemiskinan
"Ya Allah, hidupkan aku miskin. Matikan aku miskin. Dan kumpulkan aku kelak di Padang Mahsyar ke dalam kelompok kaum miskin".
Tuesday, July 19, 2011
Kisah kaldai dalam perigi
Memandangkan kaldainya sudah tua dan perigi tersebut
harus ditimbus kerana akan membahayakan haiwan dan juga orang lain yang
melintas. Jadi tidak ada gunanya menolong sang kaldai. Ia pun memanggil jirannya untuk membantu menimbus perigi tersebut. Mereka membawa cangkul dan mula memasukkan tanah ke dalam perigi.
Sang
keledai terkejut menyedari kenyataan yang harus dihadapinya. Dengan
spontan ia terus meronta-ronta ketika tanah dijatuhkan ke atas badannya. Tapi kemudian ia terdiam. Setelah beberapa cangkul tanah
dituangkan ke dalam perigi dan tidak lagi terdengar suara kaldai yang
meronta-ronta, sang petani melihat ke dalam perigi. Namun ia tercengang
dengan apa yang dilihatnya.
Tulahan : 10 'keganasan' orang awam terhadap polis semasa himpunan Bersih 2.0
Timbalan
Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar meminta kerjasama orang ramai agar menyerahkan rakaman video
berkaitan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lepas untuk dijadikan bukti sama
ada terdapat dakwaan polis bertindak ganas semasa menyuraikan
perhimpunan itu.
Mustahil polis tidak mempunyai bukti-bukti keganasan yang dilakukan sehingga perlu meminta kepada orang ramai.
Sedangkan polis boleh sahaja membuka youtube dan gambar-gambar yang diambil oleh orang ramai untuk digunakan sebagai bukti.
Jika polis menuduh video youtube dan gambar-gambar itu palsu, polis boleh sahaja guna khidmat pakar Amerika sebagaimana yang digunakan ke atas video seks ciptaan Dato 'T'.
Apa jaminan polis, orang ramai yang menyerahkan video akan selamat dari ugutan dan ancaman jika menyerahkan video keganasan polis.
Berikut adalah senarai 10 keganasan polis semasa himpunan Bersih 2.0.

1. Allahyarham Baharuddin Ahmad, meninggal dunia
Mengikut laporan awalnya, Baharudin sesak nafas selepas terkena gas pemedih mata yang ditembak polis ke arah orang ramai yang menyertai perhimpunan itu.
Mengikut laporan awalnya, Baharudin sesak nafas selepas terkena gas pemedih mata yang ditembak polis ke arah orang ramai yang menyertai perhimpunan itu.
Namun, cerita lain mula merebak sebaik sahaja jenazah Allahyarham
dikeluarkan dari rumah mayat Hospital Kuala Lumpur
selepas menjalani postmortem.
“Empat tulang dadanya didapati patah manakala tiga batang giginya
juga patah,” kata Azhar Kassim, anak saudara Allahyarham Baharudin.
Laporan postmortem tidak dikeluarkan oleh hospital kepada keluarga mangsa.Ia menjadi tanda tanya keluarga kerana kenapa laporan itu tidak dikeluarkan sedangkan mayat dibenarkan untuk dikebumikan.
Usaha anak Allahyarham yang merupakan seorang doktor di HKL untuk mendapatkan laporan juga dikatakan tidak berjaya.
2. Fayyad Al-Bakri, retak tulang pipi , jalani pembedahan plastik
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata , polis hanya boleh melepaskan tembakan gas pemedih mata pada paras 45 darjah ke arah udara , namun apa yang berlaku di KL Sentral 9 Julai lalu, pihak polis dipercaya sengaja menembak peluru gas pemedih mata ke arah mata Anwar Ibrahim,peluru itu melantun ke pipi pengiring beliau, Fayad Al-Bakri.(Ada Youtube )
Akibatnya pengiring Anwar ini mengalami pendarahan dan kecederaan yang teruk di bahagian tulang pipinya. Beliau dilaporkan terpaksa menjalani
pembedahan plastik.

3. Seorang pemuda, patah kaki kanan
Pemuda ini patah kaki kanannya akibat diterajang oleh beberapa anggota Polis/FRU.
Selepas
ditahan, diikat tangannya dengan cable tight, pemuda ini kemudiannya
ditinggalkan begitu sahaja dibahu jalan oleh anggota polis yang
menahannya selepas menyedari kaki pemuda ini patah. Maklumat mengenai pemuda ini masih belum diperolehi lebih lanjut.
Monday, July 18, 2011
Kelengkapan perang negara Iran yang mengerunkan negara Barat
Pada masa ini Iran menjadi salah sebuah negara dengan kekuatan ketenteraan yang
besar dan ditakuti. Selain isu tuduhan mengembangkan senjata nuklier, Iran juga
mempunyai persenjataan lengkap mulai dari bom, rudal, peluncur roket,
senapang dan lain-lain.
Kendaraan tempur yang dimiliki juga banyak
seperti pesawat, tank, kapal perang, kenderaan pengangkut personel, dan
sebagainya. Inilah yang boleh mengerunkan negara kuasa besar seperti
Amerika yang menjadi fobia terhadap Iran.




IRAN ARTILLERY ROCKETS
Top to bottom:
- 107 mm single barrel rocket launcher
- 107 mm double barrel rocket launcher
- 107 mm 12 barrel rocket launchers
- 122 mm single barrel rocket launcher
- Rocket artillery chart
Top to bottom:
- 107 mm single barrel rocket launcher
- 107 mm double barrel rocket launcher
- 107 mm 12 barrel rocket launchers
- 122 mm single barrel rocket launcher
- Rocket artillery chart
10 spesis haiwan baru hasil kacukan dua haiwan berlainan
Beberapa haiwan hibrid dilahirkan di alam liar, sementara yang lain dibesarkan oleh manusia untuk
keuntungan atau kajian ilmiah.
Apapun alasan untuk kelahiran haiwan ini, spesies baru dan menarik di luar sana kerana campuran spesies.Berikut adalah 10 jenis haiwan hibrid yang relatif baru dalam dunia haiwan.
01-Dzo (Peranakan Lembu + Yak)
Apapun alasan untuk kelahiran haiwan ini, spesies baru dan menarik di luar sana kerana campuran spesies.Berikut adalah 10 jenis haiwan hibrid yang relatif baru dalam dunia haiwan.
01-Dzo (Peranakan Lembu + Yak)
Dikembangbiakkan untuk bekerja di sektor pertanian di kedua negara Nepal dan Mongolia, Dzo (atau Khainag di Mongolia) adalah kacukan jantan dari yak dan betina dari lembu peliharaan.
Haiwan ini 25 hingga 30 peratus lebih berat dari lembu biasa Mongolia. Walaupun Dzo adalah binatang untuk mengangkut barang yang kuat, dagingnya dianggap jauh lebih enak dari kedua induknya.
02-Kucing Bengala (Peranakan Leopard + Kucing Peliharaan)
Kacukan antara Leopard Asia dan kucing rumah tempatan, Kucing Bengala
pertama kali dikembangbiakkan antara akhir abad ke-19 dan awal abad
ke-20 oleh sesiapa yang inginkan haiwan peliharaan dengan penampilan
eksotik tapi dengan perubahan perilaku yang boleh dijinakkan.
Seperti kucing
rumah biasa sehingga besar, Kucing Bengala mempunyai bulu yang berkisar
dari kelabu, coklat atau oren atau putih seperti gading, dengan
tompok-tompok bervariasi warna dari warna kakao sehingga warna arang atau
hitam.
03- Zebroid (Peranakan Zebra + Keldai)
03- Zebroid (Peranakan Zebra + Keldai)

"Zebroid" hasil pencatuman setiap hibrid zebra dan spesies keldai; kacukan gen ini pertama terjadi di awal abad 19. Ia mempunyai nama yang berbeza bergantung campuran ras induknya.
Apabila seekor zebra betina dan seekor
keldai jantan dikacukkan, anaknya disebut zebrinny, sementara zebra
jantan dan keldai betina disebut zedonk-tapi secara umum, keturunan
yang dilahirkan mirip seperti Zebra dewasa dan dengan belang-belang dari zebra pada beberapa (tetapi tidak semua) dari tubuhnya.
Sunday, July 17, 2011
Dendam masa kecil , punca Hitler memerangi Yahudi
Fakta
Unik - "Boleh sahaja saya memusnahkan semua YAHUDI di DUNIA, tapi saya tinggalkan sedikit sahaja yang hidup. agar kamu tahu mengapa alasan saya
membunuh mereka" Ucapan HitlerSeringkali, tabiat, perilaku dan pendirian seseorang adalah hasil dari pengalaman masa lalunya. Semasa kecil Hitler adalah seorang anak yang dibuang, ayahnya sangat membencinya dan menganggap tingkah lakunya yang “antisosial” itu adalah satu kutukan kerana Alois Hitler (Ayah Hitler) mengahwini anak saudaranya sendiri.
Adi (nama kecil Adolf Hitler) dilahirkan pada 20 April
1889 di sebuah bandar kecil di Austria dekat sempadan Jerman. Ayahnya
adalah seorang yang keras dalam mendidik anak sedang ibunya baik
kepadanya.
Ibunya adalah salah seorang dari sedikit orang yang benar-benar disayangi oleh Adolf. Ibunya sangat percaya bahawa anaknya adalah seorang genius, dan selalu menganggap anaknya normal, walaupun sejak kecil sudah menunjukkan gejala destruktif dan antisosial.
Ibunya adalah salah seorang dari sedikit orang yang benar-benar disayangi oleh Adolf. Ibunya sangat percaya bahawa anaknya adalah seorang genius, dan selalu menganggap anaknya normal, walaupun sejak kecil sudah menunjukkan gejala destruktif dan antisosial.
Mengapa kita perlu mandi setiap hari
Ternyata
mandi tidak hanya menyegarkan badan, tapi ada manfaat lain di sebalik
itu. Baru-baru ini ada kajian mengenai mandi dimana selain
untuk membersihkan tubuh badan ternyata mandi juga mempunyai peranan dalam
meningkatkan sistem ketahanan, mencegah penyakit kulit, malah untuk
menyembuhkan masalah perubatan yang serius.
Beberapa hasil kajian yang menunjukkan bahawa mandi itu berkhasiat antara lain:
1. Pengidap Diabetes
Untuk pengidap diabetes, dengan setengah jam mandi (berendam) dalam tong air panas (suam) dapat menurunkan kandungan gula dalam darah kira-kira 13%.
2. Kesihatan Jantung
Dengan mandi (berendam) selama 10 minit dalam air panas (suam) dapat memperbaiki kesihatan jantung baik lelaki maupun wanita.
3. Eksema
Eksema adalah radang kronik kulit yang kering dan gatal. Untuk pengidap penyakit kulit seperti eksema, ruam, gatal-gatal dapat menambahkan baking soda(serbuk penaik) ke dalam tong mandi kerana berdasarkan kajian baking soda itu bertindak sebagai antiseptik.
1. Pengidap Diabetes
Untuk pengidap diabetes, dengan setengah jam mandi (berendam) dalam tong air panas (suam) dapat menurunkan kandungan gula dalam darah kira-kira 13%.
2. Kesihatan Jantung
Dengan mandi (berendam) selama 10 minit dalam air panas (suam) dapat memperbaiki kesihatan jantung baik lelaki maupun wanita.
3. Eksema
Eksema adalah radang kronik kulit yang kering dan gatal. Untuk pengidap penyakit kulit seperti eksema, ruam, gatal-gatal dapat menambahkan baking soda(serbuk penaik) ke dalam tong mandi kerana berdasarkan kajian baking soda itu bertindak sebagai antiseptik.
6 sarang binatang yang menakjubkan
Sejak
dahulu manusia berlumba-lumba membina bangunan yang megah yang
memiliki nilai seni bina yang tinggi. Tidak mahu kalah dengan manusia,
binatang pun mempunya nilaiseni bina yang tinggi dalam membina sarangnya, malah keindahannya sering tidak dapat kita bayangkan bagaimana cara binatang ini membinanya.
Berikut
ini adalah senarai sarang binatang yang indah dan menakjubkan.
Antaranya sarang burung, semut, anai-anai, katak, memerang, dan katak
dan sebagainya. Sarang-sarang ini dibina dengan “tangan” mereka
sendiri, tanpa bantuan arkitek mahupun kontraktor.
1. Sarang Burung Penenun
Burung
penenun membina sarang kekal pada pokok dan objek lainnya yang
tinggi. Sarang ini akan cukup besar untuk rumah puluhan keluarga burung,
berisi beberapa generasi sekaligus.
Sarang
yang sangat terstruktur memberikan burung rasa yang lebih nyaman
dibanding keadaan di luar. Pusat bilik tetap panas dan digunakan untuk
malam hari dan mengeram telur. Luar ruangan yang digunakan untuk
berteduh di siang hari.
2. Sarang Semut
Komplek
sarang semut dibina oleh banyak anggota koloni. Sarang semut
dibina di bawah tanah atau di atas pokok. Sarang semut ini dapat
ditemui di dalam tanah, di bawah batu atau kayu dan di dalam batu
berongga.
Bahan yang digunakan untuk pembinaa adalah tanah dan
tanaman.Sarang semut selalu dikawal ketat dari penganggu.
3. Sarang Memerang
Sarang empangan memerang dibuat sebagai perlindungan terhadap pemangsa, seperti Koyot, serigala dan beruang, dan untuk memberikan kemudahan menyimpan
makanan sepanjang musim sejuk.
Saturday, July 16, 2011
Penemuan ilmiah bulan terbelah bukti kebenaran mukjizat Rasulullah S.A.W
Salah satu mukjizat dari Rasulullah
Muhammad SAW, ialah “Membelah Bulan”. Sebagaimana hadis riwayat
Abdullah bin Mas`ud Radhiyallahu’anhu berikut ini, ia berkata :
“Bulan terbelah menjadi dua pada masa Rasulullah SAW lalu Rasulullah SAW bersabda : Saksikanlah oleh kalian.” (Shahih Muslim No. 5010)
Hadis riwayat Anas RA, dia berkata :
“Penduduk Makkah meminta kepada Rasulullah SAW untuk
diperlihatkan kepada mereka satu mukjizat (tanda kenabian), maka
Rasulullah SAW memperlihatkan kepada mereka mukjizat terbelahnya bulan
sebanyak dua kali.” (Shahih Muslim No. 5013)
Dalam wawancara di televisyen bersama pakar Geologi Muslim, Prof.
Dr. Zaghlul Al-Najar, salah seorang warga England mengajukan
pertanyaan kepadanya, apakah ayat dari surat Al-Qamar mempunyai
kandungan mukjizat secara ilmiah?
Maka Prof. Dr. Zaghlul Al-Najar menjawabnya sebagai berikut :
“Tentang ayat ini, saya akan menceritakan sebuah kisah. Sejak
beberapa waktu lalu, saya membentangkan di Univ. Cardif, England, dan para peserta yang hadir bermacam-macam, ada yang
muslim dan ada juga yang bukan muslim. Salah satu tema diskusi waktu
itu adalah berkisar mukjizat ilmiah dari Al-Qur’an.”
Salah seorang pemuda yang beragama Islam berdiri dan
bertanya : “Wahai Tuan, apakah menurut anda ayat yang berbunyi “Telah
dekat hari kiamat dan bulan pun telah terbelah” mengandung mukjizat
secara ilmiah?”
Maka professor pun menjawabnya :
“Tidak, sebab kehebatan ilmiah dapat diterangkan oleh
ilmu pengetahuan, sedangkan mukjizat tidak boleh diterangkan oleh ilmu
pengetahuan, sebab ia tidak boleh menjangkaunya.
Dan tentang terbelahnya bulan, maka itu adalah mukjizat yang
terjadi pada Rasul terakhir Muhammad shallallahu ‘alaihi wassalam
sebagai kebenaran atas kenabian dan kerasulannya, sebagaimana
nabi-nabi sebelumnya.
Dan mukjizat yang kelihatan, maka itu disaksikan dan dibenarkan
oleh setiap orang yang melihatnya. Andai hal itu tidak termaktub di
dalam kitab Allah dan hadis-hadis Rasulullah SAW, maka tentulah kami
para muslimin di zaman ini tidak akan mengimani hal itu.
Akan tetapi, hal itu memang benar termaktub di dalam Al-Qur’an
dan sunnah-sunnah Rasulullah shallallahu alaihi wassalam. Dan memang
Allah ta’ala benar-benar Maha berkuasa atas segala sesuatu”.
Dan setelah selesai Prof. Dr. Zaghlul menyampaikan hadis nabi
tersebut, berdirilah seorang muslim warga England dan memperkenalkan
diri lalu berkata : “Aku Daud Musa Pitkhok, ketua Al-Hizb Al-Islamy England.
Wahai tuan, bolehkah aku menambahkan?”
Prof. Dr. Zaghlul Al-Najar menjawab : “Dipersilakan dengan senang hati.”
6 spesis binatang terkecil di dunia
Mungkin kerana berlainan genetik atau sebab lain yang menjadikannya kecil, namum spesis-spesis ini tetap hidup normal.
1. Anjing terkecil di dunia
Ducky, seekor anjing di Massachusetts, USA, dengan 4,9 inci (12,4
cm), merupakan anjing yang masuk Guinness World Record untuk anjing
terkecil di dunia. Anjing terkecil yang pernah memegang rekod sebelumnya
menurut Guinness, adalah seekor Yorkshire Terrier yang mempunyai tinggi
2.8 inci.
2. Ular terkecil di dunia
3. Ikan terkecil di dunia
Friday, July 15, 2011
Kisah keindahan tangan seorang ibu
Semoga
cerita di bawah ini dapat menjadi renungan buat kita semua. Ketika ibuku berkunjung ke rumah, ibu ingin untuk dibawa ke sebuah pasaraya kerana dia mahu membeli baju baru untuk pakaian di kampung.
Terus
terang, sebenarnya aku sendiri tidak begitu suka pergi ke tempat-tempat tersebut dan aku bukan jenis orang yang sabar, tetapi walaupun
demikian kami pergi juga ke pasaraya tersebut untuk membeli baju ibu.
Kami mengunjungi setiap butik yang menyediakan pakaian wanita dan ibuku mencuba sehelai demi sehelai pakaian lalu mengembalikannya ke tempat semula. katanya tidak ada yang sesuai.
Seiring
waktu yang berlalu, aku mulai letih dan kelihatan jelas kecewa di
wajah tua ibu. Akhirnya pada butik terakhir yang kami kunjungi, ibuku
mencuba sehelai baju yang sangat cantik.
Kerana tidak lagi sabarnya aku, maka kali ini aku ikut masuk dan berdiri bersama ibuku dalam fitting room, aku melihat bagaimana ibu mencuba pakaian tersebut, dan bagaimana dengan susah payah dia mencuba untuk mengenakannya.
Ya
Allah Ya Robb, ternyata tangan-tangannya sudah mulai tidak mampu kerana sakit tuanya dan sebab itulah ibu gagal memakainya dengan baik,
sebab itulah tidak ada yang sesuai menurutnya. Ibu mencari baju yang mudah dia pakai. Perasaan tidak sabarku bertukar menjadi rasa bersalah dan rasa
kasihan yang mendalam terhadapnya.
'Tidur ditindih syaitan'
Sleep Paralysis, pada masa mengalami ini biasanya kita akan sukar sekali bergerak dan
kemudian ada sedikit rasa sejuk menjalar dari hujung kaki ke seluruh
tubuh.
Untuk boleh bangun, satu-satunya cara adalah menggerakkan hujung
kaki, hujung tangan atau kepala secepat-cepatnya hingga seluruh tubuh
boleh digerakkan kembali,biasanya disertai juga dengan munculnya
bayangan kegelapan.
Keadaan inilah yang dikatakankan “ketindihan” makhluk
halus oleh sebahagian besar orang. Berdasarkan fakta perubatan, keadaan ketika orang
akan tidur atau bangun tidur merasa sesak nafas seperti dicekik, sesak dada, badan sukar bergerak dan sukar bersuara disebut sleep paralysis atau tidur lumpuh (kerana tubuh tidak boleh bergerak dan seperti rasa lumpuh).
Hampir setiap orang pernah mengalaminya. Sekurang-kurangnya sekali atau dua
kali dalam hidupnya.
Sleep paralysis boleh terjadi pada siapa sahaja, lelaki atau perempuan, dan umur kebanyakan orang yang pertama kali mengalami gangguan tidur ini adalah 14-17 tahun.
Sleep paralysis atau tindihan ini memang boleh
berlaku dalam kiraan saat hingga minit. Yang menarik, semasa
tindihan terjadi kita sering mengalami halusinasi, seperti melihat
sosok atau bayangan hitam di sekitar tempat tidur. Tidak hairan, fenomena
ini pun sering dikaitkan dengan hal mistik.
5 fakta mengkagumkan tentang azan
Azan adalah media luar biasa untuk mengumandangkan tauhid terhadap
Allah Yang Maha Kuasa dan risalah (kenabian) Nabi Muhammad SAW. Azan
juga merupakan panggilan solat kepada umat Islam, yang terus bergema di
seluruh dunia lima kali setiap hari.
Betapa
mengagumkan suara azan itu, dan bagi umat Islam di seluruh dunia,
azan merupakan sebuah fakta yang telah kukuh.
1 . Kalimat Penyeru Yang Mengandungi “Kekuatan Supranatural”
Ketika azan berkumandang, kaum yang bukan sekadar beragama Islam, tetapi juga beriman, bergegas meninggalkan seluruh aktiviti duniawi dan bersegera menuju masjid untuk menunaikan solat berjamaah.
Simpulan kesedaran
psiko-religius dalam otak mereka mendadak bergetar hebat, berhubung
secara bersama dan dengan sepenuh kesedaran seorang hamba (abdi)
mereka bersimpuh, penuh kesyahduan ibadah solat berjamaah.
2. Asal Mula Yang Menakjubkan:
Pada zaman dulu, Rasulullah Saw. kebingungan untuk memberitahu masa waktu solat telah tiba kepada seluruh umatnya. Maka dicarilah berbagai cara.
Ada yang mencadangkan untuk mengibarkan bendera apabila waktu solat itu
tiba, ada yang cadang untuk menyalakan api di atas bukit, meniup terompet,
dan malah membunyikan lonceng. Tetapi semuanya dianggap kurang sesuai
dan kurang elok.
Adalah Abdullah bin Zaid yang bermimpi bertemu dengan seseorang yang memberitahunya untuk mengumandangkan azan dengan menyerukan lafaz-lafaz azan yang sudah kita ketahui sekarang. Mimpi itu disampaikan Abdullah bin Zaid kepada Rasulullah Saw.
Thursday, July 14, 2011
4 spesis burung penyelam yang handal
1.Burung Loon

Burung loon adalah kumpulan burung akuatik yang ditemui di berbagai tempat di Amerika Utara dan selatan Eurasia. Loon sama besar angsa kecil, yang kadang-kadang kelihatan sama antara kedua jenis binatang itu ketika berenang.
Bulu loon berwarna putih dan
hitam, dengan warna kelabu pada kepala dan leher pada beberapa spesies,
dan bulu bahagian perut yang berwarna putih. Seluruh spesies dari jenis
ini mempunyai paruh berbentuk tombak
Loon adalah perenang yang baik. Menggunakan kaki untuk mendayung dan sayap sebagai bantuan dalam gerakannya. Memandangkan kakinya berada jauh di belakang, loon tidak mampu beradaptasi dengan baik di daratan kerana sukar berjalan dengan bentuk kaki demikian. Loon kebiasaanya tidak lama di daratan, kecuali untuk duduk di sarang.
Loon adalah perenang yang baik. Menggunakan kaki untuk mendayung dan sayap sebagai bantuan dalam gerakannya. Memandangkan kakinya berada jauh di belakang, loon tidak mampu beradaptasi dengan baik di daratan kerana sukar berjalan dengan bentuk kaki demikian. Loon kebiasaanya tidak lama di daratan, kecuali untuk duduk di sarang.
Kisah benar seorang ibu dan karpet kotor
Ada seorang ibu suri rumah tangga yang mempunyai 4 orang anak lelaki. Urusan belanja, mencuci, makan, kebersihan & jemuran; mengemas rumah dapat dilakukannya dengan baik. Rumah nampak selalu kemas, bersih & teratur Suami serta anak-anaknya sangat menghargai pengabdiannya itu.
Cuma ada satu masalah, ibu yang pembersih ini sangat tidak suka kalau karpet di rumahnya kotor. Ia boleh berleter dan marah berpanjangan hanya gara-gara melihat jejak kasut di atas karpet, maka suasana tidak enak akan berterusan seharian.
Sedangkan, dengan 4 prang anak lelaki di rumah,keadaan ini mudah serta berulang ulang kali terjadi dan ini begitu menyiksa ibu ini. Atas saranan keluarganya, ia pergi menemui seorang psikologi bernama Virginia Satir, dan menceritakan masalahnya.
Wednesday, July 13, 2011
8 binatang dengan mata yang unik
Mata gunanya untuk melihat. Tapi tahukah anda bahawa ada binatang yang
sama sekali tidak mempunyai mata dan sebaliknya ada binatang yang
matanya ada sehingga lapan biji?
Tuhan telah mengaturnya. Mata makhluk ciptaannya itu disesuaikan
dengan kegunaannya. Oleh kerana itu kemampuan dan letak mata
disesuaikan dengan keperluannya.
Ada yang diciptakan-Nya untuk malam
hari ada yang untuk siang hari atau untuk kedua-duanya. Ada yang untuk
keperluan menyerang atau sebaliknya ada yang untuk membela diri.
Masing-masing itu mempunyai kekurangan dan kelebihannya.
Tupai
Tupai terdapat di kedua belah kepalanya, dan berada pada
kedua pipi-pipinya yang bentuknya memanjang ke depan dan menyerupai
kerucut. Dengan demikian ia mempunyai pandangan yang tajam ke arah depan.
Akan tetapi letak mata itu cukup hampir dengan pangkal kepalanya sehingga melalui kepalanya itu. Apabila lari memanjat pokok ia dapat melihat melalui punggungnya ,apakah ada yang mengejar atau tidak.
Atau sambil
berlari di atas tanah ia dapat melihat ke atas untuk mengawasi burung helang
yang mengejarnya. Akan tetapi disamping kelebihannya itu ia mempunyai
kelemahan iaitu tidak dapat melihat dengan mudah ke arah sisi.
Burung Helang
Mata burung helang mempunyai ketajaman penglihatan yang luar biasa untuk memburu. Ia dapat melihat seekor arnab yang melompat-lompat di antara semak-semak ribuan kaki di bawahnya.
Arnab
Akan tetapi arnab yang diburu itu mempunyai mata di kedua belah kepalanya yang tempatnya sedemikian rupa sehingga
dapat melihat helang yang memburunya dan yang sedang memerhati untuk
menyambarnya.
Air yang boleh memadamkan api neraka
Dalam sebuah kitab (Bidayatul-Hidayah), diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan Neraka Jahanam dengan
mengeluarkan suaranya, suara nyala api yang sangat dahsyat gemuruhnya,
hingga semua umat menjadi berlutut kerana tak sanggup menahan
ketakutannya.
Allah S.W.T berfirman, “Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan.” (Surah al-Jatsiyah ayat 28)
Allah S.W.T berfirman, “Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan.” (Surah al-Jatsiyah ayat 28)
Ketika
mereka menghampiri neraka, mereka mendengar gemuruh api neraka yang
suaranya sudah dapat mulai didengar sejarak 500 tahun perjalanan. Pada
waktu itu, akan berkata setiap orang, bahkan para nabi sekalipun akan berucap, “Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah), kecuali hanya seorang nabi saja yang akan berkata, “Umatku, umatku.”
Beliau
ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan
keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad
berusaha menghalanginya dengan berkata, “Wahai api! Demi hak orang-orang
yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak
orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya
engkau kembali.”
Walaupun
dikata demikian, api neraka itu tetap tidak segera kembali, lalu
malaikat Jibril berkata, “Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat
Muhammad S.A.W”
Kemudian
Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril
A.S. “Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya.”
Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah
api itu. Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S.
“Wahai Jibril, Apakah air itu?”
Maka
Jibril berkata, “Itulah air mata orang durhaka di kalangan umatmu yang
menangis karena takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan
untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu.” Maka
padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.
Rasulullah
S.A.W pernah bersabda, “Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis
kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat
asalnya.”
Sisa peninggalan senibina Kaum Tsamud
Gunung-gunung
batu ini dibina kaum Tsamud menjadi istana, rumah, dan kubur pembesar kaum. Pahatan ukiran dan hiasan sangat halus, indah
dan menakjubkan.
Wilayah kekuasaan kaum Tsamud terbentang hingga ke wilayah Petra (Jordan). Bezanya, Petra sudah dijadikan kawasan pelancungan Jordan selain Laut Mati.
Sedangkan Mada’en Shaleh masih menjadi perdebatan antara kepentingan pelancongan Arab Saudi yang mulai menjadikan Mada’en Shaleh sebagai kawasan pelancungan, dengan para ulama yang berpendapat bahawa tempat tersebut adalah tempat peninggalan “kaum terlaknat,” sehingga umat Islam diharamkan untuk menziarahinya.
Wilayah kekuasaan kaum Tsamud terbentang hingga ke wilayah Petra (Jordan). Bezanya, Petra sudah dijadikan kawasan pelancungan Jordan selain Laut Mati.
Sedangkan Mada’en Shaleh masih menjadi perdebatan antara kepentingan pelancongan Arab Saudi yang mulai menjadikan Mada’en Shaleh sebagai kawasan pelancungan, dengan para ulama yang berpendapat bahawa tempat tersebut adalah tempat peninggalan “kaum terlaknat,” sehingga umat Islam diharamkan untuk menziarahinya.



Tuesday, July 12, 2011
Cita-cita Almarhum Zainuddin MZ yang belum tercapai
KH Zainuddin MZ
Almarhum
Zainuddin MZ bercita-cita untuk mendirikan pesantren di dekat rumahnya.
Cita-cita itu diawali dengan pembangunan masjid Fajrul Islam, yang kini
berdiri megah.
Fikri Haikal, anak pertama alrmahum, mengatakan ayahandanya sudah lama ingin mendirikan pesantren. Nantinya, pesantren tersebut mengelilingi masjid. “Jadi beliau ingin seperti ulama salafiyah, yang memiliki pesantren, mengajar ditempat itu dan dimakamkan juga disitu,” papar dia.
Fikri Haikal, anak pertama alrmahum, mengatakan ayahandanya sudah lama ingin mendirikan pesantren. Nantinya, pesantren tersebut mengelilingi masjid. “Jadi beliau ingin seperti ulama salafiyah, yang memiliki pesantren, mengajar ditempat itu dan dimakamkan juga disitu,” papar dia.
Tulahan : Himpunan BERSIH 2.0 - Yang berani-berani dan yang takut-takut
Salam,
Penulis rasa amat rugi kerana tidak dapat
bersama dalam Himpunan Bersih 2.0 yang baru berlalu. Himpunan Bersih 2007
penulis dapat hadir , dapat la bau air asid tapi tak kena pun.
Tinggal di bandar negara orang putih , yang masih
tak ramai pelajar dan rakyat Malaysia. Penulis rasa peluang untuk sertai
himpunan Bersih di luar negara tipis.
Sudah dibaca dalam facebook di bandar lain
dalam negara orang putih ini akan ada himpunan Bersih. Ada satu perhimpunan
lain yang dianjur muslim di bandar ini dibuat pada tarikh yang sama.
Penulis bincang dengan seorang kawan lama
satu jamaah di kampus kat Malaysia untuk buat banner kemudian bawa ke himpunan
itu. Orang kata ambil semangat orang ramai, kemudian pegang banner Bersih.
Tiga hari sebelum 9 Julai , baru penulis
dapat tahu melalui Facebook Bersih 2.0. Himpunan Bersih di bandar ini juga
dibuat dan digerakkan oleh rakyat Malaysia PR dan pelajar .
Lega rasanya
dapatlah , berhimpun nyatakan sokongan kepada Bersih 2.0 walaupun tak semanis
di KL.
Memang hanya mencapai ratusan orang tapi
meriah dengan aktiviti tanpa ganguan polis. Cukup hanya dengan makluman akan
mengadakan himpunan kepada polis dengan mengisi borang melalui internet.
Blogger UMNO menuduh himpunan di luar negara
hanya dihadiri orang Cina dan India , kerana dari gambar-gambar memang terpapar
ramai orang Cina dan India.
Sebenarnya , ramai pelajar Melayu yang hadir
tapi tidak mahu bergambar atau berada pada jarak yang jauh. Kenapa begitu?
Kerana takut dengan tekanan dan ugutan
dari kerajaan UMNO/ BN.
Pelajar Cina dan rakyat PR tidak takut kerana
ramai antara mereka belajar dengan menggunakan perbelanjaan sendiri. Sebab
itulah , ramai pelajar Melayu tidak kelihatan dalam gambar. Perasaan takut-takut inilah yang menyebabkan
mereka berada jauh.
Himpunan Bersih kali ini telah mencatatkan
sejarah baru dalam politik Malaysia. Melihat kepada jumlah yang hadir melalui
bukti gambar dan video , tidak ada siapa yang boleh menafikan kecuali mereka
dari jenis suka berbohong.
Blogger UMNO pun tidak mampu menafikannya dan
mereka akan mengunakan kenyataan bertahan yang sama untuk mengelakkan malu UMNO
. Apa kenyataan blogger UMNO dan pencacai UMNO yang memberi komen di blog-blog
? “ 100 000 tidak ramai jika nak
dibandingkan dengan 27 juta rakyat Malaysia”
Monday, July 11, 2011
10 negara dengan pemandangan salji terindah di dunia
Hampir
semua negara yang berada di luar garis 40 darjah garisan lintang selatan
dan 40 darjah garisan lintang utara selalu mengalami hujan sajli pada tempoh
tertentu. Salji yang turun boleh menambah keindahan, tapi juga
boleh memperburuk keindahan.
Banyak negara yang mempunyai pemandangan yang indah kerana salji yang turun. Kira-kira enam puluhan negara yang dapat merasai hujan salji, ada senarai 10 negara yang dianggap sebagai negara salji terindah.
Banyak negara yang mempunyai pemandangan yang indah kerana salji yang turun. Kira-kira enam puluhan negara yang dapat merasai hujan salji, ada senarai 10 negara yang dianggap sebagai negara salji terindah.
Yang dimaksud dengan negara salji terindah ini
adalah negara yang mempunyai pemandangan indah kerana adanya
salji yang turun. Berikut adalah negara tersebut :
1. Switzerland
Switzerland
adalah salah sebuah negara di Eropah Tengah yang mempunyai pemandangan
yang Indah. Negara yang bersempadan dengan Jerman, Perancis,
Itali, dan Austria ini sebahagian besar merupakan wilayah lereng
pegunungan Alpen yang terkenal keindahanya, maka tidak hairan
jika Switzerland mempunyai pemandangan alam salji terindah di dunia.
2. New Zealand
Dari senarai 10 negara salji terindah ini, New Zealand adalah satu-satunya
negara yang berada di sebelah bumi selatan. Negara kepulauan di Barat
daya lautan barat pasifik ini mempunyai keindahan alam pergunungan
yang sangat luar biasa.
3. Alaska (USA Territory)
3. Alaska (USA Territory)
Alaska dianggap sebagai sebuah negeri kerana
Alaska merupakan sebahagian negara Amerika syarikat yang letaknya terpisah
dari negara induknya. Daripada semua negeri di Amerika syarikat,
Alaska adalah negeri yang mempunyai pemandangan alam salji
terindah.
Kisah benar ibu yang berhati mulia
Kisah ini adalah kisah benar sebuah
keluarga yang sangat miskin, yang mempunyai seorang anak laki-laki di sebuah negara.
Ayahnya sudah meninggal dunia, hanya tinggal ibunya yang sudah tua dan
anak lelakinya sahaja tempat menumpah kasih sayang.
Ibunya
bersusah payah membesarkan seorang anaknya, pada masa itu kampung tersebut
belum memiliki elektrik. Semasa membaca buku, anaknya tersebut hanya
diterangi sinar lampu minyak tanah, sedangkan ibunya dengan penuh kasih sayang
menunggu anaknya sambil menjahitkan baju untuk sang anak.
Semasa memasuki musim luruh, adalah waktu bagi anaknya untuk memasuki sekolah
menengah atas. Tetapi pada masa itulah ibunya menderita penyakit radang sendi-sendi atau Rheumatoid Arthritis ( RA ) yang parah sehingga tidak boleh lagi bekerja di sawah.
Di sekolah
itu, setiap bulannya waris murid-murid diwajibkan membawa 30 kg beras untuk
di bawa ke kantin sekolah. Anak ini mengerti bahawa ibunya tidak mungkin
boleh memberikan tiga puluh kg beras tersebut.
Berkatalah
ia kepada ibunya: " Bu, saya mahu berhenti sekolah sahaja dan membantu ibu
bekerja di sawah".
Ibunya mengusap kepala anaknya dan berkata : "Niat
kamu sungguh mulia nak, kamu memiliki niat seperti itu saja ibu sudah
senang, tetapi kamu harus pergi bersekolah. Jangan khuatirkan ibu ya nak.
Cepatlah pergi daftarkan ke sekolah nanti berasnya biar ibu yang akan
mengantarkannya kesana".
Sunday, July 10, 2011
Rahsia tidur Rasulullah
Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadat. Allah swt hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas.
Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang amalkan Sunnah sangat besar.
Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang amalkan Sunnah sangat besar.
Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid,
sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang
untuk masuk syurga. Di dalam tidur sendiri ada banyak Sunnah.
Sebaliknya,
jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi SAW,dia hanya akan
dapat kerehatan.Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat
mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur
basi.
Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.
1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.
2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.
Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.
1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.
2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.
Subscribe to:
Posts (Atom)





