Saturday, April 25, 2020

Tulahan : PPBM dalam dilema, Umno dan Pas ke arah mana


Assalam,

Perikatan Nasional (PN) Dijangka Akan Berpecah Sebaik Saja Menteri ...

Timbalan Presiden Umno menyatakan dengan jelas bahawa Umno tidak menyertai Perikatan Nasional kerana Perikatan Nasional bukan satu entiti politik yang berdaftar. Maksudnya, Perikatan Nasional adalah satu entiti poltik yang cukup rapuh dan bila-bila sahaja akan pecah.

Umno nampaknya lebih selesa mengikat kerjasama politik dengan Pas dalam Maufakat Nasional dalam masa yang sama mempunyai kerjasama politik dengan Mca, Mic dan PBRS dalam Barisan Nasional.

Timbalan Presiden Umno ini juga menegaskan, Umno tidak mempunyai apa-apa perjanjian dengan PPBM dan GPS. Justeru, lihatlah betapa tidak kukuhnya , Perikatan Nasional yang diketuai TS Muhyiddin sekarang.

Walaupun TS Muhyiddin cuba menampakkan kepada rakyat bahawa Kerajaan Perikatan Nasional sebagai sebuah kerajaan yang kukuh. Namun, banyak tindakan sejak bermula ditubuhkan kerajaan Perikatan Nasional menunjukkan TS Muhyiddin cukup tertekan untuk mempertahankan kerajaan ini.

Terbaru , TS Muhyiddin membahagikan-bahagikan GLC kepada Ahli Parlimen parti-parti dalam Perikatan Nasional yang tidak mendapat jawatan Menteri dan Timbalan Menteri bagi mengelakkan beliau tidak mendapat sokongan Ahli Parlimen yang mencukupi.

Umno memang tidak dalam dilema kerana Umno memang tidak terikat dengan Perikatan Nasional . Apabila berlaku PRU 15, Umno hanya akan bersama Pas dan BN dalam menentukan kerusi-kerusi yang akan ditandingi.


PBBM yang sudah keluar dari Pakatan Harapan akan bertanding bersendirian dalam PRU 15 sepertimana Pas bertanding sendirian dalam PRU 14. Keputusan sudah diketahui awal, PPBM akan tewas kerana parti ini menang pada PRU 14 kerana bergabung dalam PH.

Sedangkan Pas pun sudah serik bertanding sendirian, inikan PPBM yang masih baru dan tidak mempunyai kekuatan akar umbi. Inilah persoalan yang bermain dalam pemikiran pemimpin-pemimpin PBBM menjelang pemilihan PPBM pada bulan Jun ini.

Memang PPBM masih memimpin kerajaan peringkat nasional dan dua negeri tetapi kuasa ini akan berakhir apabila berlakunya PRU 15. Sekiranya, TS Muhyiddin yang menang PPBM akan menerima nasib malang ini. Namun jika DS Mukhriz yang menang , PPBM mungkin berpeluang semula bersama PH menghadapi PRU 15.

Kenapa Umno tidak mahu mengikat perjanjian dengan PPBM? Kerana kerusi-kerusi yang ditandingi PPBM adalah kerusi-kerusi yang sama ditandingi Umno dan Pas. Umno sekarang cukup beruntung bersama Pas kerana musuh sebenar Umno sejak dahulu adalah Pas. Malah, dalam PRU 14 banyak kerusi-kerusi yang dimenangi Umno disaingi rapat oleh Pas bukan Pakatan Harapan.

Sekiranya, Pas berjaya dijinakkan oleh Umno. Umno akan bergaya mempertahankan kerusi-kerusi tersebut ,walaupun sebenarnya sekiranya Pas tidak bersama Umno dan mengikat kerjasama dengan PH . Banyak kerusi-kerusi tersebut boleh ditandingi oleh Pas dan Pas boleh memenangi banyak kerusi pada PRU 15.

Malah , jika Pas berkerjasama dengan PH, Pas berpeluang mengetuai 2 buah negeri yang baru iaitu Perak dan Pahang. Selain , mengekalkan Kelantan dan Terengganu dan pasti mudah merampas Kedah.

Merujuk negeri Perak pada PRU 14 , 12 kerusi yang ditandingi Pas berada di kedudukan kedua di belakang Umno. Sekiranya Pas bersama Umno, semua kerusi-kerusi tersebut akan kekal ditandingi Umno kerana Umno memenangi kerusi tersebut pada PRU 14.

Namun, sekiranya Pas bersama PH , Pas berpeluang bertanding di semua kerusi tersebut kerana berada lebih tinggi daripada PH . Umno akan memberi alasan , Pas akan diberi peluang bertanding di kerusi-kerusi yang dimenangi oleh PH pada PRU 14. Perlu diketahui, kerusi yang dimenangi oleh PH adalah kerusi bermajoriti bukan Melayu dan kerusi campuran.

Mustahil Pas akan bertanding di kerusi bukan Melayu yang pastinya menjadi milik Mca dan Mic. Jika Pas dibenarkan bertanding pun, bolehkah Pas menang di kerusi majoriti bukan Melayu. Manakala, kerusi-kerusi campuran pula terutama yang majoriti pengundi Bukan Melayu lebih 35 peratus. Peluang Pas tidak secerah kerusi-kerusi yang parti ini berada di kedudukan kedua di belakang Umno.

Merujuk jadual di bawah, Pas berpeluang cerah memenangi 9 kerusi tersebut. Pas juga berpeluang menang di Dun Temenggor dan Kota Tampan yang BN menang dengan majoriti tipis.

Berbekal 3 kerusi yang Pas menangi pada PRU 14 iaitu Gunung Semanggol, Selama dan Kubu Gajah , ditambah dengan 11 kerusi yang berpeluang cerah untuk menang. Pas akan menjadi parti Melayu paling banyak memenangi kerusi dan pastinya layak dilantik menjadi MB Perak selepas PRU 15.

BIL
DUN
PRU 14
MAJ BN
PARTI BERTANDING PRU 15
MAJ PAS+PH
PARTI BERTANDING PRU 15
1
SELINSING
BN
97
BN
3919
PAS
2
LUBUK MERBAU
BN
409
BN
3770
PAS
3
ALOR PONGSU
BN
1162
BN
3433
PAS
4
BOTA
BN
1822
BN
2248
PAS
5
BATU KURAU
BN
2308
BN
743
PAS
6
TRONG
BN
1898
BN
648
PAS
7
KAMPUNG GAJAH
BN
3345
BN
516
PAS
8
PENGKALAN HULU
BN
2375
BN
336
PAS
9
BELANJA
BN
2729
BN
142
PAS
10
TEMENGOR
BN
3935
BN
-          129
PAS
11
KOTA TAMPAN
BN
2302
BN
-          468
PAS
12
KENERING
BN
3268
BN
-          1436
PAS

Begitu juga di Pahang , terdapat 20 kerusi yang ditandingi Pas berada di kedudukan kedua di belakang Umno. Sekiranya Pas bersama Umno, semua kerusi-kerusi tersebut akan kekal ditandingi Umno kerana Umno memenangi kerusi tersebut pada PRU 14.

Namun, sekiranya Pas bersama PH , Pas berpeluang bertanding di semua kerusi tersebut kerana berada lebih tinggi daripada PH. Pas berpeluang cerah memenangi 6 kerusi tersebut. Pas juga berpeluang menang 7 kerusi yang BN menang dengan majoriti bawah 1000 undi.

Pas sudah mempunyai 8 kerusi yang dimenangi pada PRU 14, ditambah 13 kerusi lagi pastinya Pas menjadi parti terbesar yang layak memerintah negeri Pahang .

BIL
DUN
PRU 14
MAJ BN
PARTI BERTANDING PRU 15
MAJ PAS+PH
PARTI BERTANDING PRU 15
1
KUALA SEMANTAN
BN
474
BN
5621
PAS
2
CEKA
BN
202
BN
2728
PAS
3
TIOMAN
BN
1280
BN
1749
PAS
4
PULAU TAWAR
BN
587
BN
1386
PAS
5
SUNGAI LEMBING
BN
1968
BN
719
PAS
6
PADANG TENGKU
BN
1244
BN
59
PAS
7
JENDERAK
BN
1713
BN
-          91
PAS
8
PULAU MANIS
BN
2334
BN
 -          233
PAS
9
BUKIT IBAM
BN
2478
BN
-          352
PAS
10
INDERAPURA
BN
2165
BN
-          359
PAS
11
KERDAU
BN
1934
BN
-          636
PAS
12
KUALA SENTUL
BN
2039
BN
-          740
PAS
13
GUAI
BN
3295
BN
-          748
PAS
14
DONG
BN
3832
BN
-          1490
PAS
15
BATU TALAM
BN
4320
BN
-          1879
PAS
16
MUADZAM SHAH
BN
4840
BN
-          2059
PAS
17
JELAI
BN
3507
BN
-          2209
PAS
18
CHINI
BN
4622
BN
-          3557
PAS
19
PERAMU JAYA
BN
7182
BN
-          4538
PAS
20
BEBAR
BN
5720
BN
-          4752
PAS

Pas juga mengetahui bahawa musuh sebenar Pas di negeri yang diperintah oleh Pas adalah Umno bukan PH. Semua kerusi yang dimenangi oleh Pas di Terengganu dan Kelantan disaingi rapat oleh Umno bukan PH.

Oleh sebab itu, Umno mempunyai masalah dalam hubungan dengan Pas terutama di negeri yang dikuasai Pas. Umno negeri Terengganu dan Kelantan juga mengidam untuk mengambil semula kedua-dua negeri terutamanya Umno Terengganu.

Umno pasti akan menuntut kerusi yang hampir sama banyak berbanding Pas kerana Umno hanya menang 8 kerusi di Terengganu dan 10 kerusi di Kelantan. Adalah mustahil, Pas akan memberikan kerusi-kerusi yang dimenangi oleh parti itu kepada Umno. Jika diberi pun, mungkin dua, tiga kerusi sahaja dan adakah Umno akan bersetuju?

Sekarang ini pun, Pas tidak memberikan jawatan Exco kepada Adun Umno walaupun kedua-dua parti ini mempunyai kerjasama politik  dalam Maufakat Nasional.

Negeri-negeri lain seperti Selangor, Pulau Pinang, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka adalah negeri yang mempunyai banyak kerusi majoriti bukan Melayu dan campuran. PH mempunyai peluang di negeri-negeri ini lebih dari gabungan Umno dan Pas.

Umno mungkin akan berpeluang menang beberapa kerusi majoriti Melayu tapi tidak cukup untuk membentuk kerajaan. Pas pula lemah di negeri –negeri terutama Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Undi Pas yang digabung dengan Umno tidak cukup untuk mengalahkan PH di banyak kerusi campuran. 

Malah, Pas memenangi satu kerusi di Johor bukan disebabkan kekuatan parti itu tapi kerana calon PPBM ditolak pencalonannya. Pas pernah memenangi beberapa kerusi di Johor dan Negeri Sembilan kerana bergabung dalam Pakatan Rakyat.

Adakah Pas boleh berkerjasama dengan PH? Itu kena tanya pemimpin Pas. Pandangan politik sesebuah parti boleh berubah . Umno yang menjadi musuh Pas sejak sebelum merdeka pun boleh menjadi rakan baik, masakan Pas yang pernah berada dalam Pakatan Rakyat tidak boleh kembali bersama PH.

Pas keluar dari Pakatan Rakyat adalah kerana Dap, namun Pas sekarang bersama Mca yang sama sahaja dengan Dap . Mca juga menentang hudud, Mca juga membantah Ruu 355. Malah , pada waktu memerintah bersama dalam Perikatan Nasional , Mca lantang menentang usaha Pas yang mempertahankan perkahwinan bawah umur.

Mca begitu berani melarang Perikatan Nasional disebut kerajaan Melayu Islam, Timbalan Menteri Mca terus buat kerjasama dengan Dong Zong sebaik memegang jawatan . Banyak lagi yang Pas akan hadapi tentangan Mca terutama selepas tempoh PKP nanti.

Perlu juga diketahui, Dap dan Mca serta Mic ini bertanding di semua kerusi yang majoriti bukan Melayu. Jika Dap tidak menang Mca atau Mic akan menang , jika Mca atau Mic tidak menang Dap akan menang. Memang parti-parti ini akan bertanding di kerusi majoriti bukan Melayu.

Lawanlah setakat mana pun, sebutlah berkali-kali hidup Melayu, hidup Islam . Habis pilihanraya, kerusi majoriti bukan Melayu ini akan diwakili orang bukan Melayu sama ada dari Mca, Mic atau Dap.

Semuanya bergantung kepada Pas, Pas sebuah parti yang sudah lama bertapak di Malaysia . Pas mempunyai pengalaman bertanding bersendirian, Pas mempunyai pengalaman bergabung dengan parti lain dalam CCC, Angkatan Perpaduan Ummah, Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat, Gagasan Sejahtera dan kini Maufakat Nasional. Pas juga pernah menyertai Barisan Nasional yang akhirnya ditendang keluar oleh Umno pada tahun 1978. 

Terpulanglah kepada Pas, sama ada mahu menjadi parti yang memimpin dengan memenangi kerusi yang besar atau sekadar menjadi ‘king maker’ dalam politik Malaysia.

Wassalam


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...