Sunday, December 29, 2019

Tulahan : Melaksanakan Islam dengan kuasa bukan slogan


Image may contain: text


Salam,

Lagi dua hari masuk tahun 2020, penulis ambil masa untuk menulis berkaitan perjuangan. Baru habis program Tanweer , kehadirannya baik walaupun sekarang musim ambil padi.

Kehadiran yang ramai menambah semangat kepada penulis kerana yang hadir selalunya yang aktif,. Bila ramai ahli yang aktif, bermakna parti akan semakin kuat. Dulu penulis yang anjur program Liqa’ parti lama, kehadirannya kurang sedangkan cawangan dah banyak.

Penulis tertarik ucapan SU Kawasan semasa sesi soal jawab yang penulis akan kongsi di sini. Katanya, parti lama hanya bermegah dengan slogan Islam tapi tidak melaksanakannya. Yang ada hanya fitnah yang ditabur ahli parti lama terhadap kerajaan baru. Sedangkan parti baru tidak bermegah dengan  slogan Islam tetapi melaksanakan Islam dalam pemerintahan.

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Barangsiapa yang melapangkan satu kesusahan dunia dari seorang Mukmin, maka Allâh melapangkan darinya satu kesusahan di hari Kiamat. Barangsiapa memudahkan (urusan) orang yang kesulitan (dalam masalah hutang), maka Allâh Azza wa Jalla memudahkan baginya (dari kesulitan) di dunia dan akhirat........(HR. Muslim)

Minggu ini juga baru selesai program back to school. Dulu semasa parti lama dan semasa parti baru belum menjadi kerajaan, jumlah pelajar menerima kelengkapan sekolah paling tinggi 200 orang sahaja. Bila dah memerintah, lebih 2000 pelajar terima manfaat. Bukankah dengan kuasa kita ada telah melapangkan kesusahan 2000 ibu bapa kurang mampu . 


Pelajar bukan sahaja terima kelengkapan sekolah sumbangan agensi kerajaan tetapi ketiga-tiga wakil rakyat ini telah berusaha mencari dana melalui ahli korporat dan dermawan bagi menambah jumlah pelajar kurang mampu menerima kelengkapan sekolah. Dok tengok juga parti lama, tak ada pun program back to school yang dianjur. Tak tahu la , mungkin penulis tak jumpa berita.

Jumlah manfaat yang rakyat terima sejak PH menjadi kerajaan sangat banyak. Namun, parti lama tidak dapat terima hakikat ini. Sebab tu parti lama tuduh parti baru macam-macam, tamak kuasa la, kejar Putrajaya la. Sedangkan parti lama tahu, dengan kuasa yang ada inilah rakyat terima pelbagai manfaat.

Jika kerajaan Ubn masih memerintah, sejarah telah membuktikan setiap kali hujung tahun hanya beberapa orang pelajar terima sumbangan kelengkapan sekolah. Itu pun diberi kepada kroni mereka sahaja.

Setahun 2019, penulis berkhidmat sepenuh masa menyelia peruntukan parlimen. Alhamdulillah, kad laporan peruntukan parlimen pun dah dibentangkan. Ahli Parlimen kawasan penulis adalah Ahli Parlimen kedua yang membentangkan kad laporan ini selain Ahli Parlimen Bakri.   .

Walaupun peruntukan parlimen tidak sebanyak jumlah yang diterima semasa zaman Ubn , peruntukan ini digunakan sepenuhnya untuk manfaat penduduk di parlimen. Hampir 70 % daripada peruntukan Projek Mesra Rakyat digunakan untuk menurap dan membaikpulih jalan-jalan kampung. Semasa Ubn memerintah, jalan-jalan kampung ini berlubang-lubang dan berlopak-lopak sehingga menyukarkan pergerakan penduduk. Penduduk di tebuk-tebuk sendiri dapat merasa perbezaan ini.

Sekolah-sekolah melalui PIBG tidak pernah dikecewakan untuk terima peruntukan yang dipohon. Setiap permohonan pasti ada peruntukan diberi walaupun tidak terima peruntukan penuh seperti dipohon. Guru-guru sendiri memberitahu semasa zaman Ubn,  PIBG tidak mendapat peruntukan seperti yang diterima sekarang.

Tidak ketinggalan masjid dan surau, semua akan terima peruntukan jika membuat permohonan. Hanya sebuah dua surau dan masjid tidak terima peruntukan tahun ini, akan diusahakan terima tahun hadapan. Banyak lagi manfaat yang diterima penduduk sejak PH memerintah , yang jika ditulis terlalu panjang.

Walaupun sibuk dengan tugasan rutin, kerja-kerja membangunkan parti tetap jadi keutamaan terutama kerja-kerja menambah ahli dan cawangan baru. Tahun ini sahaja 12 cawangan baru berjaya ditubuhkan dan kemasukan ahli baru berlaku setiap bulan.

Penubuhan Maufakat Nasional memang memberi kesan kepada penambahan ahli baru. Ahli dan penyokong parti lama peringkat akar umbi tidak dapat menerima kerjasama dengan Ubn. Penulis jumpa ramai ahli parti lama yang menyatakan rasa kecewa mereka kepada parti lama. Sebab itulah setiap kali program Sembang Santai bersama Ahli Parlimen dianjurkan , ramai ahli dan penyokong parti lama hadir untuk mendengar penerangan isu-isu semasa yang biasa mereka dengar sebelum ini.

Parti lama dan Ubn pun ada buat ceramah bersama, tapi jika diperhatikan yang ramai hadir adalah ahli-ahli Ubn dan sangat kurang ahli parti lama yang hadir. Penulis tahu la sebab, penulis kenal muka-muka ahli parti lama.

Penulis ada bersama dalam mesyuarat pimpinan parti baru peringkat negeri. Penulis ada memberi pandangan bahawa kerjasama parti lama dan Ubn perlu dihadapi secara positif dan berstrategi. Hanya dengan penambahan undi Melayu kepada PH akan mengagalkan kerjasama ini dalam Pru 15.

Bagaimana hendak menambah undi Melayu? Salah satu caranya ialah menambah ahli dan cawangan baru. Peranan ini perlu dilaksanakan semua parti dalam PH. Jangan mendabik dada kononnya partinya kuat sedangkan hanya ada dua cawangan didaftarkan.

Tahun 2020, penulis akan teruskan usaha mengembeling semua organisasi parti menambah ahli  dan cawangan baru. Masih ada lima cawangan dalam proses penubuhan , penulis yakin kelima-lima cawangan dapat didaftarkan pada tahun 2020.

Semoga parti baru di kawasan penulis terus berkembang walaupun menerima pelbagai tohmahan dari parti lama. Teruskan perjuangan…..

Wassalam


1 comment:

Abuamir1996 said...

Tahniah admin, teruskan perjuangan membela rakyat. Biarkan parti lama tu mereput sendiri, nak tegakkan Islam konon tetapi siang-malam tabur fitnah dan maki hamun PH. Islam tak ajar pun mcm tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...