Diriwayatkan bahawa pada suatu hari bahawa Rasulullah S.A.W bersabda;
" Islam itu ibarat sebuah kota yang dipagari tembok yang memiliki 
satu pintu. Fitnah tidak akan menimpa Islam selagi pintu itu masih 
tertutup, dan aku khuatir apabila pintu itu terbuka, fitnah akan menimpa
 Islam."
Umar Ibnu al-Khattab bertanyakan apakah pintu itu? Namun baginda tidak 
menjawab. Kemudiannya beliau menemui Ali Ibnu Abi Thalib bagi 
bertanyakan soalan yang sama. Ali Ibnu Abi Thalib kemudiannya menjawab: "
 Wahai Umar, engkaulah pintu itu! Terbukanya pintu itu adalah apabila engkau wafat."
Ternyata hadis baginda Rasulullah S.A.W benar-benar terjadi. Selepas 
Khalifah Umar Ibnu al-Khattab syahid, umat Islam dilanda keresahan dalam
 mencari pengganti sehinggalah Uthman Ibnu Affan dibai'ah sebagai 
khalifah seterusnya.
Kemuncak fitnah berlaku pada enam tahun terakhir 
pemerintahan Khalifah Uthman sehingga membawa kepada pembunuhan beliau. 
Fitnah ini seterusnya menggelapkan sisi sejarah peribadi dua tokoh Bani 
Umayyah iaitu khalifah Muawiyah Bin Abu Sufyan dan Khalifah Yazid Bin 
Muawiyah.
ABU ABDURRAHMAN AL-UMAWI MUAWIYAH IBNU ABU SUFYAN
( 602-680 Masihi)
Khalifah Muawiyah Bin Abu Sufyan Bin Harb Bin Umaiyah Bin Abdul 
Manaf adalah Khalifah pertama Dinasti Umaiyah dan merupakan Khalifah 
kelima bagi umat Islam. Beliau merupakan putera kepada Abu Sufyan Bin 
Harb dan Hindun Binti Utbah. 
Muawiyah diriwayatkan telah memeluk Islam 
sebelum peristiwa Fathul Makkah (Pembukaan Kota Mekah) tetapi 
menyorokkan keislamannya daripada pengetahuan Abu Sufyan.
Sayyidina Muawiyah Bin Abu Sufyan telah dilantik sebagai Gabenor Syiria 
bermula pada zaman Khalifah Umar Ibnu Khattab pada tahun 640M.
Menjelang tahun 647M, beliau telah berjaya membentuk armada laut yang 
mampu menahan serangan tentera Byzantine. Angkatan ini juga berjaya 
menakluk Cyprus (649M), Rhodes (654M) dan berjaya mengalahkan tentera 
Byzantine di Lycia pada tahun 655M.
Muawiyah merupakan pemberontak dan penderhaka, BENARKAH?
Pernahkah kita terfikir, mengapakah Sayyidina Muawiyah enggan membai'ah Sayyidina Ali sebagai khalifah?
1) Muawiyah sebagai Wali Darah.
~ Sayyidina Muawiyah mempunyai hubungan kekeluargaan yang rapat dengan 
Khalifah Uthman Bin Affan R.A. Khalifah Uthman Bin Affan R.A merupakan 
anggota Bani Umaiyah sebagaimana halnya Sayyidina Muawiyah. Selepas 
Khalifah Uthman Bin Affan R.A syahid dibunuh para pemberontak, Muawiyah 
merasakan dirinya bertanggungjawab untuk membela dan menuntut keadilah 
terhadap pembunuhan Khalifah Uthman. 
Hal ini kerana putera-putera 
Khalifah Uthman masih kecil dan Muawiyah sebagai anggota Bani Umaiyah 
yang mempunyai kedudukan yang tinggi dalam pentadbiran Islam 
meletakkannya untuk berada dibarisan hadapan sebagai Wali Darah, iaitu 
penuntut pembelaan terhadap pembunuhan khalifah.
2) Muawiyah menganggap pelantikan khalifah baru tidak boleh dilakukan sebelum hukuman terhadap pembunuh khalifah tidak dilakukan.
~ Sebagai Wali Darah terhadap pembunuhan khalifah, Muawiyah merasakan 
perlunya hukuman dijatuhkan keatas pembunuh khalifah sebelum pengganti 
khalifah dilantik. Pada pandangannya, perkara ini perlu bagi menegakkan 
keadilan terhadap pembunuhan khalifah.
      Namun, bagi pihak Sayyidina Ali, beliau menghadapi masalah dalam 
menjatuhkan hukuman terhadap para pemberontak yang menyerang Khalifah 
Uthman. Hal ini kerana jumlah pemberontak dan identiti mereka yang 
menceroboh dan menyerang Khalifah Uthman adalah samar-samar dan terdapat
 keraguan. 
Hal ini menyukarkan Sayyidina Ali dalam usahanya menyiasat 
dan mencari pembunuh sebenar khalifah. Pada waktu tersebut, beliau 
sendiri menghadapi masalah berhadapan dengan musuh dalam selimut yang 
berpura-pura mentaati beliau. Hal ini menyebabkan beliau sukar untuk 
menjatuhkan hukuman.
Bagi Sayyidina Ali, perpecahan dalam kalangan umat Islam menyukarkan beliau mengadili kes pembunuhan Khalifah Uthman, sebaliknya beliau mengutamakan penyatuan ummah bagi memudahkan beliau mengadili kes tersebut.
Bagi Sayyidina Ali, perpecahan dalam kalangan umat Islam menyukarkan beliau mengadili kes pembunuhan Khalifah Uthman, sebaliknya beliau mengutamakan penyatuan ummah bagi memudahkan beliau mengadili kes tersebut.
         Sayyidina Ali sememangnya terkenal sebagai sahabat Rasulullah 
S.A.W yang cukup berhati-hati dalam mengadili sesuatu masalah. Tindakan 
beliau yang seolah-olah melambatkan hukuman keatas golongan pemberontak 
pada zaman Khalifah Uthman digunakan sebaik-baiknya oleh kaum Munafiqin 
untuk menghasut Sayyidina Muawiyah bagi menentang Sayyidina Ali.
Pada zaman pemerintahan Khalifah Ali, puak Syiah yang memusuhi Islam 
semenjak kejatuhan Kekaisaran Parsi bertindak menjadi batu api 
memecahbelahkan umat Islam. Sebahagian mereka bertindak menjadi pengikut
 Sayyidina Ali dan sebahagian lain menyokong Sayyidina Muawiyah. 
Golongan pendukukung kedua-dua tokoh ini yang sebenarnya mereka-reka 
cerita sehingga membawa kepada peperangan antara kedua-dua sahabat 
Rasulullah S.A.W ini.
3) Muawiyah bukan pemberontak
Pemberontak seharusnya golongan yang bergerak menuju kepada pemimpin dan memerangi pemimpin tersebut.
~ Jika dikatakan bahawa Muawiyah merupakan pemberontak, seharusnya 
Muawiyah bergerak dari Syam menuju ke Kufah bagi memerangi Sayyidina Ali
 R.A. Namun, dalam rekod sejarah, Muawiyah secara jelas tidak memberi 
bai'ah dan tidak pula bergerak menuju ke Kufah bagi memerangi khalifah, 
sebaliknya menetap di Syam dan mendesak Sayyidina Ali untuk menjatuhkan 
hukuman keatas pembunuh Khalifah Uthman.
     Bagaimanapun, dalam kes ini Sayyidina Ali yang berkuasa menjadi 
Amirul Mukminin telah bertindak mempersiapkan pasukan tentera dan 
bergerak menuju ke Syam bagi memerangi Muawiyah sehingga tercetusnya 
Perang Siffin.
    Sejarah juga mencatatkan bahawa, selepas kewafatan Khalifah Ali, 
kekhalifahan beralih kepada puteranya, Hassan Bin Ali. Hanya untuk 
beberapa bulan, Khalifah Hassan Bin Ali telah menyerahkan jawatan 
khalifah kepada Muawiyah dengan syarat Muawiyah perlu memerintah 
berlandaskan Al-Quran dan Sunnah, Ahlul Bait perlulah diberi 
penghormatan yang sepatutnya dan jawatan khalifah perlu diserahkan 
kepada Hassan setelah Muawiyah wafat.
Jika Muawiyah pemberontak, mengapakah Sayyidina Hassan menyerahkan jawatan khalifah kepada Muawiyah?
Perlu diingatkan bahawa pada 
waktu tersebut, perkhabaran yang disampaikan sering mengandungi fitnah 
dan pembohongan. Tindakan Sayyidina Ali ini perlu ditimbang berdasarkan 
faktor luaran dan dalaman yang mendorong berlakunya Perang Siffin.
Perang Siffin berakhir dengan perdamaian iaitu melalui Tahkim. Jika 
Muawiyah dilihat sebagai pemberontak yang menggugat ummah, seharusnya 
Khalifah Ali telah memerangi Muawiyah sehabis-habisnya. Tetapi tindakan 
sebaliknya telah terjadi.
Tindakan Khalifah Ali mengakhiri Perang Siffin melalui Tahkim 
menyaksikan terbentuknya satu golongan yang disebut sebagai Khawarij. 
Mereka terdiri daripada penyokong Khalifah Ali yang menentang Tahkim.
Persoalanya, mengapakah mereka menentang Tahkim sekiranya mereka 
menyokong khalifah? Mengapakah mereka menolak Tahkim yang dilihat 
sebagai langkah terawal menyatupadukan ummah?
Hal ini sudah tentu kerana mereka khuatir ummah akan bersatu setelah 
Khalifah Ali dan Sayyidina Muawiyah berdamai. Kaum Khawarij juga 
direkodkan telah melakukan kekacauan dan pemberontakan sebagai protes 
terhadap majlis Tahkim.
Keutamaan Sayyidina Muawiyah
Rasulullah S.A.W bersabda: " Tentera pertama umatku yang berperang dengan meredah lautan sudah pasti mendapat syurga." 
Hadis Nabi ini berjaya direalisasikan oleh Muawiyah apabila mengetuai 
armada laut pertama umat Islam pada tahun 28H pada zaman pemerintahan 
Khalifah Uthman Ibnu Affan R.A.
Baginda Khatimul Anbiya' juga pernah mendoakan Muawiyah dengan doa
"Ya Allah jadikanlah dia (Muawiyah) sebagai pemimpin yang terpimpin dan pimpinlah (manusia) dengannya."
juga dengan doa ; " Ya Allah ajarlah dia dengan Kitab dan hisab dan jauhilah ia dari azab."
Muawiyah pernah dicela dihadapan Sayyidina Umar Ibnu al-Khattab R.A lantas Umar membelanya. Beliau berkata; " Jangalah
 kamu mencela pemuda Quraisy ini (Muawiyah). Dia adalah seorang yang 
boleh ketawa ketika marah. Janganlah diambil sesuatu padanya selain atas
 persetujuannya dan tidak boleh diambil apa-apa yang ada diatas 
kepalanya melainkan dari bawah kedua tapak kakinya."
Sayyidina Umar Ibnu al-Khattab juga sering berkata jika berjumpa dengan Muawiyah;
Sayyidina Umar Ibnu al-Khattab juga sering berkata jika berjumpa dengan Muawiyah;
" Dialah Kaisar bangsa Arab."
 Sayyidina Ali Bin Abi Thalib pernah berkata;
" Janganlah kalian membenci (pemerintahan) Muawiyah. Seandainya 
kalian kehilangan dia, kalian akan menyaksikan beberapa kepala terlepas 
dari badannya (mati dibunuh)."
Akhirulkalam, biarpun artikel ini cuba membela Muawiyah daripada 
fitnah terhadap dirinya, saya tidak menafikan bahawa tetap ada pada diri
 Muawiyah itu beberapa khilaf sebagaimana layaknya seorang manusia itu 
melakukan kesilapan. 
Namun, harus diingatkan juga betapa beliau telah 
melakukan sumbangan yang besar terhadap peradaban dan Islam itu sendiri.
 Beliau juga berjaya menutup sementara pintu fitnah yang melanda umat 
Islam bermula kewafatan Khalifah Umar Ibnu al-Kattab sepanjang 
pemerintahannya
putegha.blogspot



 
No comments:
Post a Comment