Monday, November 18, 2013

Tulahan : Facebook penabur fitnah - calon disokong terpalit buruk



Salam,


 
siapa admin facebook ini? 


Semasa PRK Sungai Limau, penulis balik untuk pergi ke Sungai Limau. Bila sampai , ada sahabat bagi tahu , malam tu ada Liqa’ Fikri anjuran Lujnah Tarbiyah Negeri. Penulis tanya dia, bukankah kita sedang berperang, kenapa tak tangguh aje program tu. 

Sahabat bagi tahu, dia pun tak tahu tapi yang pasti Ajk harian wajib hadir. Penulis cakap kepadanya , membantu kempen di Sungai Limau itu patutnya lebih diutamakan. Petang tu, penulis pergi ke Sungai Limau sehingga malam. Ada yang diarah pergi ke Liqa’ Fikri, kerana program tarbiyah tu wajib.

Dua hari selepas itu, penulis bersama YDP, TYDP dan wakil rakyat sebelum ke Sungai Limau pergi dulu ke jemputan kenduri kahwin dalam kawasan. Sebelum keluar dari kenduri kahwin salah satu jemputan, bertembung dengan seorang AJK Kawasan yang baru sampai. 

Setelah bersalam dengan semua, AJK kawasan ni terus ke belakang kereta nak bagi tahu sesuatu kepada penulis. Penulis ingatkan dia nak sembang mengenai cawangan atau keahlian tapi dia nak sebut tak puas hati kerana dalam Liqa’ Fikri , salah seorang pembentang hentam ahli parlimen kawasan penulis.

Penulis tanya dia tahu mana, dia bagi tahu dengar dari seorang AJK kawasan baru dilantik yang pergi ke pergi ke Liqa’ Fikri. Dia pun AJK Kawasan yang baru dilantik. Penulis bagi tahu dia, sabar nanti PAS Kawasan akan ambil tindakan sewajarnya. 

Penulis juga bagi tahu, bukan salah Pesuruhjaya kerana yang anjur program Liqa’ Fikri adalah Lujnah Tarbiyah Negeri. Penulis tak mahu dia pandang serong kepada Pesuruhjaya yang baru jadi wakil rakyat di kawasan.

Penulis sebelum ini dah beberapa kali dengar rungutan AJK Kawasan ke Liqa’ Fikri yang setiap bulan pembentang yang dijemput menghentam beberapa AJK PAS Pusat. Yang terbaru ini lebih keras, siap sebut nama ahli parlimen kawasan penulis.

Bayangkan betapa terkejut dan terkelirunya AJK Kawasan penulis yang baru dilantik pergi ke Liqa ‘ Fikri nak dapat input tarbiyah, tapi didedahkan dengan tuduhan terhadap ahli parlimen kawasannya. 

Jika benar salah ahli parlimen kawasan penulis kenapa tak diadu kepada lembaga tatertib PAS Pusat, mengapa tidak diadu kepada Majlis Syura supaya Majlis Syura panggil ahli parlimen kawasan penulis. Ini tidak, dituduh dan dihukum dalam program lujnah tarbiyah tanpa diberi ruang beliau membela diri.

Habis keliru ahli PAS yang hadir terutama yang masih baru hadir ke Liqa’ Fikri. Selepas itu , tersebarlah kekeliruan yang dibangkitkan pembentang. 


Bayangkan , jika pembentang ini diberi ruang membuat tuduhan ke semua negeri melalui program lujnah tarbiyah dan Dewan ulama.

Penulis juga ada mendengar, bagaimana program lujnah tarbiyah kawasan tertentu digunakan untuk memburuk dan menuduh Timbalan Presiden penganut Syiah. Bila ditanya kepada mereka apa bukti tuduhan mereka itu. Jawapan mereka, maklumat SB.

Kempen memburukkan pimpinan, menabur fitnah kepada pimpinan semakin giat berlaku terutama di laman maya khususnya facebook. Pelbagai nama facebook dicipta dan adminnya menggunakan nama palsu. 

Pelbagai nama facebook yang jika disenaraikan terlalu banyak , dan yang paling teruk facebook yang meletak gambar anjing kepada salah seorang calon Ketua Pemuda serta mengelar anjing kepada Timbalan Presiden .

Kebanyakan facebook nama samaran ini merupakan penyokong kepada pimpinan yang mereka anggap ‘ulama’ . Paling banyak facebook menggunakan nama samaran perempuan seperti latifah omar, zakiah anas, asmidar zainal, syarifah khaulah.

Sesetengah pimpinan mengatakan semua itu adalah macai umno, tapi bagi penulis mereka bukan macai umno kerana mereka banyak tahu tentang dalaman PAS.  

Penulis banyak berinteraksi dengan ramai perwakilan yang penulis kenal bertanya tentang facebook nama samaran ini. Ada antara mereka yang membuat tanggapan bahawa admin facebook nama samaran ini ada yang dikenali oleh pimpinan tertentu dalam PAS. Malah, kata mereka bahawa kemungkinan ada pimpinan tertentu terlibat sama menggunakan facebook nama samaran.

Ada juga yang menyatakan admin kepada facebook penabur fitnah ini adalah dari kumpulan yang ada hubungan baik dengan geng Jalur 3. Hujah mereka, corak kempen admin-admin facebook ini sama dengan perjuangan jalur 3.

Kata mereka lagi, mustahil facebook El-Haraki yang sudah lama beroperasi menabur fitnah kepada pimpinan tertentu dan mengangkat pemimpin ‘ulama’ tertentu tidak dapat dikenalpasti adminnya. Malah, menurut mereka jika benar tidak dapat dikenalpasti adminnya sepatutnya aduan boleh terus dibuat kepada SKMM.

Begitu juga, dengan admin facebook fikrah Islamiah pilihan kami yang meletak gambar anjing pada gambar seorang calon Ketua Pemuda. Facebook itu masih beroperasi walaupun pejabat agung menyatakan akan dibuat siasatan. 

Pemerhati politik , perwakilan sedang menunggu hasil siasatan ini, calon Ketua Pemuda yang difitnah pastinya mahu tahu hasil siasatan kerana beliau diminta tidak membuat laporan polis.

Kumpulan penabur fitnah ini bukan setakat menggunakan facebook, terkini selain blog sedia ada , mereka mencipta satu blog dengan nama paswajahbaru dan meletakkan tulisan-tulisan seolah-olah blog itu kepunyaan pimpinan yang mereka musuhi. Sedang mereka yang mencipta blog berkenaan untuk mengambarkan seolah-olah jahatnya pemimpin yang mereka musuhi.

Penulis tidak setuju kepada mana-mana kempen yang memburukkan pimpinan sama ada oleh admin facebook yang dikenali atau yang menggunakan nama samaran. Namun, penulis lebih tidak setuju kepada admin-admin facebook nama samaran kerana mereka hanya berani kerana berselindung disebalik facebook. 

Penulis tidak dapat terima dengan kempen tidak berakhlak ini. Bukan sahaja penulis, perwakilan yang penulis kenal juga tidak setuju dengan cara berkempen memburukkan pimpinan sendiri. Hairan juga, dengan tindakan sesetengah pimpinan yang menekan ‘like’ kepada hujah dan fitnah yang ditabur admin facebook penabur fitnah ini.

Calon-calon yang disokong admin facebook penabur fitnah ini juga sepatutnya membuat kenyataan terbuka mengutuk admin facebook ini kerana mereka akan terpalit sama dengan kempen fitnah ini. 

Sekiranya, mereka membiarkan sahaja facebook penabur fitnah berkempen untuk mereka dalam masa yang sama menabur fitnah kepada pimpinan lain. 

Percayalah, kesan buruk bukan terkena kepada pemimpin yang difitnah sebaliknya kepada calon yang disokong facebook penabur fitnah ini.

Perwakilan yang sepatutnya mengundi mereka akan beralih undi sekiranya melihat kempen kotor melalui facebook penabur fitnah ini. 

Wassalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...