Friday, October 12, 2012

Tulahan : Di sini menanti, di sana menunggu

Salam,

Masa dua minggu penulis di Malaysia sememangnya tidak cukup. Hanya sempat siapkan dokumen 20 cawangan untuk hantar ke pertubuhan . Hanya boleh tolong uruskan permohonan keahlian untuk hantar ke pusat .

Pun begitu penulis bersyukur kerana dapat juga bantu jamaah kawasan . Masa untuk penulis di negara orang putih sepatutnya dah tamat awal Oktober, tapi penulis minta sambung 6 bulan lagi kerana keperluan penulis membantu jamaah di negara orang putih ini.

Memang hati nak balik bantu jamaah kawasan tapi awlawiyatnya penulis kena berada di sini. Jamaah di kawasan boleh digerakkan ramai pengerak lain walaupun penulis tiada. Jamaah di sini terlalu baru perlukan penulis untuk membimbing adik-adik yang baru belajar menjadi pengerak.

Bagi yang tak faham jamaah, penulis bagi tahu penulis sambung 6 bulan lagi kerana nak kerja cari duit . Penulis tak bohong kerana memang penulis kerja di sini cari duit. Bagi yang faham , penulis jelaskan keperluan penulis di sini bukan tak mahu bantu jamaah kawasan terutama dekat dengan pilihanraya.

Tak semua faham bahawa perjuangan penulis dalam jamaah di sini berbeza dengan perjuangan dalam jamaah di kawasan walaupun jamaahnya sama. Jamaah di kawasan ramai yang boleh mengerakkan tapi di sini penulis hanya berdua dengan bekas aktivis jamaah kampus di U tempatan.

Hanya kami berdua merancang dan mengerakkan jamaah yang baru ditubuh. Melatih dan membimbing adik-adik baru yang baru memahami gerakan jamaah. Pulak tu kena berhadapan dengan saingan yang juga menggelarkan mereka sebagai jamaah di kampus.

Kebetulan semasa pulang ke Malaysia baru ini,  penulis dipanggil untuk beri taklimat penubuhan penaja cawangan sebuah taman baru di kawasan. Penulis bagi tahu sepatutnya dekat-dekat dengan pilihanraya inilah jamaah di mana-mana kawasan ambil peluang untuk menarik seramai mungkin ahli baru dan menubuhkan sebanyak mungkin cawangan penaja baru.


Kerana apa? Kerana pada masa inilah ramai yang bersemangat untuk berkerja membantu jamaah dalam pilihanraya. Kadang-kadang mereka belum pun menjadi ahli, tempat mereka sendiri tiada cawangan. Namun, adakah peluang ini diambil? atau dibiarkan berlalu begitu sahaja.

Penulis berkata begitu kerana penulis merasai betapa sukarnya hendak menubuhkan jamaah di sini. Betapa payahnya nak memahamkan madu’ yang daya inteleknya tinggi tapi kosong kefahaman berjamaah. 

Berbanding dengan ahli jamaah di cawangan yang dah faham . Tugas jamaah kawasan cuma perlu cari beberapa orang pengerak. Kumpulkan ahli di cawangan dan tubuhkan cawangan.

Rugilah jika peluang ini tidak diambil sebaik mungkin. Nak tunggu suasana sebegini bukan senang kerana selepas pilihanraya semuanya sengap kembali, lesu dan kurang ada motivasi.

Bila balik ke Malaysia, timbul keinginan nak bantu jamaah kawasan memperbaiki ruang-ruang yang boleh diperbaiki. Namun, bila teringatkan jamaah yang di negara orang putih yang baru nak merangkak. Penulis padamkan keinginan itu untuk membantu jamaah di sini.

Boleh saja penulis, tidak sambung cuti dan tinggalkan adik-adik yang baru mengerakkan jamaah di sini. Namun , adilkah penulis terhadap mereka ? sedangkan mereka masih perlukan bimbingan penulis. 

Penulis korbankan keinginan kerana awlawiyat perlu berada di sini. Penulis yakin dengan kemampuan pengerak jamaah kawasan berbanding adik-adik yang masih baru di sini. 

Inilah hakikat perjuangan yang penulis kena terima. Kena sanggup berkorban , kena buang keinginan hati, kena ikhlas dalam perjuangan. 

Dalam kita cuba sedaya upaya membantu jamaah. Bila balik ke Malaysia, penulis masih mendengar ada yang sengaja menjadi penghalang kepada gerakan jamaah. Kita boleh tidak bersetuju dengan keputusan jamaah tapi kita tidak boleh menjadi beban yang menghalang gerakan jamaah.

Mereka kena faham perjuangan ini bukan untuk kepentingan diri. Sentiasa membantu jamaah bukan membebankan jamaah.

Ingatlah berdosa jika kita sengaja menjadi penghalang kepada gerakan jamaah. Berdosa jika kita ada jawatan dalam jamaah, tapi dengan jawatan itu kita gunakan untuk menghalang jamaah bergerak. Selamat berjuang…

Wassalam

1 comment:

Anonymous said...

this is very grat site of tulahan.this site is very helpuful.i also glad to visit this place.people are attractive to join this site.

Moving Container to Panama
Shipments to Panama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...