Report antarabangsa menyebut rating  Najib untuk memenanginya begitu 
tinggi dibandingkan dengan masa sebelumnya, lalu bendera Dacing mula 
dipasang di sana sini.
Tetapi agensi berita antarabangsa mendapati rating Najib jatuh balik 
berikut dengan reaksi kerajaan dan polis terhadap unjuk rasa Bersih 3.0 
Duduk Bantah yang mendapat sokongan rakyat luar biasa pada petang 28 
April lalu.
Orang yang membanjiri Kuala Lumpur dari seluruh Semenanjung 
menggerhanakan kehadirian jelajah Najib  ke seluruh negara menjelang 
Bersih 3.0 itu.
Bagi meningkat rangsangan rakyat terhadap PRU13 Najib berkunjungan ke
 semua negeri termasuk Sabah dan Sarawak dan diikuti dengan lawatan di 
banyak daerah. Semuanya mendapat sambutan besar. Rating Najib dirasakan 
naik mendadak.
Tetapi lautan manusia datang  sendiri ke  Bersih 3.0 Duduk Bantah itu
 mengatasi jumlah semua sambutan yang terhadap Najib di seluruh negara 
beberapa bulan itu.
Sekalian yang hadir menyabut  Najib itu selain dari diangkut percuma,
 masing-masing mendapat habuan. Mereka tidak pulang dengan tangan 
kosong. Tetapi yang ke Bersih 3.0 datang dengan duit dan kenderaan 
sendiri.
Perdana Menteri Najib diketahui seorang yang penakut. Melihat 
sambutan Bersih 3.0 yang luar biasa itu mengecutkan perutnya, 
menyebabkan dia rasa gerun dan kalah sebelum pilihan raya diadakan.
Komennya terhadap kempen himpunan Duduk Bantah itu, kerajaan tidak 
menghalang demonstrasi itu, tetapi Dataran Merdeka pasang pagar berduri,
 semua jalan Dataran  Merdeka  ditutup. Reaksi DBKL dan polis tidak sama
 dengan komen lidah Najib tak bertulang.
Dan apabila bantahan aman itu terganggu dengan aksi memancutkan 
segala senjata cecairnya kepada penunjuk perasaan dan berlaku kejadian 
kejar dan pukul memukul oleh polis serta ada pula tindak balas 
sukarelawan demonstran, menyebabkan darah  tumpah. Ada polis dan 
penunjuk rasa yang dihospitalkan.
Sekali gus kebijaksanaan kerajaan dan polis dibicarakan oleh rakyat. 
Najib menyalah kemalangan itu kepada penganjur tetapi antara yang 
terpukul itu adalah wartawan. Dia dirawat di hospital kerana paluan 
polis. Najib dan menteri mengunjungi wadnya bagi menyatakan, ‘Sorry!’
Najib tidak akan berjaya menyalahkan pembangkang atas semua insiden. 
Tetapi rakyat bebas membicarakan Najib, UMNO dan BN di jalan-jalan dan 
warung-warung. Semua tempat itu menjadi mahkamah rakyat. Hakimnya adalah
 sekalian pengundi.
Bantahan itu ada tuntutannya. Lapan tuntutan Bersih 2.0 tidak 
dipenuhi sekali Najib menubuhkan jawatankuasa parlimen  tentang 
pilihanraya. Satu apa hasil pun  tidak ada. Jawatankuasa itu jadi 
sia-sia. Bersih 3.0 menuntut tuntutan Bersih 2.0 dilaksanakan. Jika 
tidak dipenuhi sudah ada rentang menunggu Bersih 4.0.
Semua perkembangan itu menyebabkan Najib menanggung risiko pilihan 
raya sebulan lagi. Sekencang manapun TV memburukkan pembangkang tetapi 
buruk untuk  Najib dan BN menunggu.
Tambah berat lagi DUN Selangor tidak dibubarkan Mei dan Jun ini sebab
 daftar pengundi  tidak dibersihkan. Pilihan raya Parlimen saja ada di 
Selangor. Selagi tuntutan kerajaan Selangor  tidak dipenuhi DUN hanya 
menunggu bubar sendiri.
Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang menunggu sama ada membubarkan DUN 
masing-masing dengan daftar undi yang kotor itu. Menyertai piliharaya 
yang begitu kotor bererti menyerahkan batang leher untuk disembelih.
Apa pun polis sudah menyusahkan Najib dan DBKL membantu memburukkan 
Najib dengan tindakannya. DBKL tidak menanggung apa-apa dengan memagar 
Dataran Merdeka, tetapi Najib terpaksa membayarnya. Polis tidak masuk 
pilihan raya. Yang masuk UMNO dan Najib.
Kesan 28 April yang ada perbalahan antara demonstaran dan polis 
menyebabkan belum tentu Parlimen bubar antara Mei dan Jun. Jika ditunda,
 masa baru ialah September. Bacaan dunia tentang hati Najib ialah 
pilihan raya ditunda lagi. Ia hanya ada Mei dan Jun ini kerana Najib 
mahu tunjukkan andaian dunia semua tidak betul.
Subky Abdul Latif 
 
No comments:
Post a Comment