Beliau pernah  
 didera, diugut, ditawarkan wang RM50,000 supaya beliau membuat 
pengakuan   palsu di televisyen  memuji dasar-dasar kerajaan pemerintah 
semasa   menjadi tahanan ISA (Akta  Keselamatan Dalam Negeri) ketika era
 Dr.   Mahathir suatu ketika dahulu.
Beliau yang sesekali 
berjenaka,  adalah antara ramai di kalangan ahli  PAS  yang ditahan 
dalam usaha  kerajaan pemerintah mengekang gerakan  pro-Islam yang 
dianggap oleh  Mahathir sebagai ancaman yang cuba  menjatuhkan kerajaan 
pemerintah  kononnya melalui gerakan “revolusi  bersenjata” pada masa 
itu.
Akta  Keselamatan Dalam Negeri digunakan untuk menahan 
orang-orang  yang  disyaki tanpa dibicarakan dan tanpa sebarang bukti 
yang boleh  dikaitkan   dengan tuduhan yang dikenakan.
Selain 
itu, beliau turut didera  dengan dicabut misai, merangkak di  bawah  
meja, dikapit kuku serta  berdiri sebelah kaki hingga peluh  menitis dan
 juga  dilarang  mengerjakan solat. 
Beliau juga menerima  bermacam-macam
 jenis  ugutan  seperti membuatkan isterinya meminta cerai,  ditarik 
balik biasiswa   pengajian, dibuang kerja dan juga ditahan tanpa  
tempoh.
Kebanyakan  masanya, beliau dikenakan hukuman kediaman 
terhad, dengan   anggota  polis sentiasa membuat kawalan ketat di 
hadapan rumahnya 24  jam   sehari, dan setiap aktivitinya dipantau oleh 
pihak berkuasa.
Semua  jenis tawaran, deraan dan ugutan itu tidak
 sedikitpun  melemahkan   imannya untuk terus mempertahankan prinsip 
perjuangan yang  telah sebati   dalam dirinya dan sudah tertanam jauh di
 dalam lubuk  hatinya iaitu  mahu  hidup dan mati bersama-sama Islam, 
agama Tauhid. 
Biar sebesar  mana  sekalipun jumlah wang ditawarkan, 
beliau bukanlah  mengejar  kesenangan dan  kemewahan hidup di dunia 
sebaliknya beliau  hanya  mahukan keredhaan Allah  semata-mata. Biar 
sehebat mana ugutan   diterima, beliau hanya takut kepada  Allah sahaja.
Dasar
    sekularisme meletakkan agama di suatu sudut, memisahkan 
perkara-perkara    ibadah dan kepercayaan kepada Tuhan dari 
amalan-amalan kehidupan,   malah  Islam dibuang jauh-jauh dari 
nilai-nilai kehidupan. 
Apa yang kita   lihat  hari ini, sistem kehidupan
 kita sudahpun diterapkan dengan   unsur-unsur  sekularisme. Sistem 
pinjaman berbentuk riba yang tidak lagi   boleh diamalkan  oleh umat 
Islam kerana hukumnya tetap haram. 
Sistem   pendidikan yang  
mengkesampingkan pendidikan kerohanian sebaliknya   menjurus kepada 
kemajuan  sains ciptaan dan inovasi. Sistem urusniaga   yang berdasarkan
 spekulasi  tidak lagi memandang sesuatu barangan itu   berdasarkan 
nilainya.
Ditambah pula dengan kempen propaganda  melalui media 
cetak dan  elektronik  yang hanya membodek dan menjilat  pemimpin 
pemerintah diserap  ke dalam minda  masyarakat, kebebasan  bersuara 
disekat, pada masa itu  teknologi internet  belum ada, rakyat  tidak 
mempunyai alternatif lain  selain hanya menerima apa  saja yang  
disogokkan di televisyen, radio dan  akhbar yang dikongkong oleh   
kerajaan pemerintah.
Menurut Fisol yang begitu senang sekali  
berbicara, semua tuduhan yang  dikenakan ke atas beliau adalah rekaan  
semata-mata dan tidak pernah   dibuktikan. Malah beliau sendiri tidak  
pernah melihat mahupun memegang   apa-apa jenis senjata yang dikatakan.
Suasana
  politik di negara ini tidak  sama seperti apa yang sedang  berlaku di 
 Afghanistan ketika itu. Negara para  pejuang Mujahid itu  sedang  
menghadapi tentera kafir yang memiliki  kelengkapan senjata moden  dan  
terhebat mengebom kampung halaman mereka,  membunuh wanita,  kanak-kanak
  dan orang-orang tua serta sedang menghancurkan  sebuah  negara yang  
majoritinya adalah orang Islam. Mereka layak dibantu dan   mereka juga  
amat memerlukan bantuan dari saudara seMuslim yang berada  di  seluruh  
dunia. 
Sedih dan kecewa melihat nyawa saudara-saudara Islam  sedang   
melayang di Afghanistan, pemuda-pemuda bangkit untuk menentang   
kezaliman  yang sedang dilakukan oleh orang kafir. 
Pemuda-pemuda PAS   
juga tidak  terkecuali untuk turut menyertai perjuangan mempertahankan  
 kesucian Islam  maka mereka berhijrah ke negara yang sedang dihancurkan
   itu demi  mempertahankan maruah dan kesucian Islam. 
Ini adalah ujian 
  yang terhebat,  berkorban jiwa demi agama adalah pengorbanan yang amat
   besar kerana itu  Allah menjanjikan syurga kepada para syuhada.
Disebabkan
  itu juga, PAS dituduh sedang merancang suatu gerakan  revolusi   
mengangkat senjata untuk menjatuhkan kerajaan pemerintah serta   
melancarkan  operasi assasin untuk membunuh pemimpin yang mengamalkan   
dasar sekularisme. 
Operasi kerajaan pemerintah menangkap   
individu-individu yang disyaki untuk  membendung gerakan yang kononnya  
 membawa negara menuju ke arah revolusi  ini. 
Oleh kerana terlalu takut 
  dengan kemungkinan gerakan revolusi  pro-Islam bertapak di negara ini,
   ISA digunakan dengan tidak perlu mencari  bukti yang nyata untuk   
mendakwa orang-orang ini. 
Tidak cukup dengan tekanan ke atas individu   
yang ditahan, ahli keluarga tahanan turut menjadi mangsa disekat dari   
menikmati kehidupan seperti rakyat biasa, antaranya sukar mendapat   
pekerjaan, tidak berpeluang belajar di universiti, tidak dibenarkan   
lulus dalam peperiksaan dan sebagainya.
“ISA sepatutnya sudah  
lama dihapuskan. Ia adalah undang-undang  ‘draconian’  yang menahan  
individu tanpa bicara. Mereka boleh menuduh  sesuka-hati demi mengekang 
 perkembangan Islam di negara ini,” menurut  Fisol.
“Undang-undang yang  
bercanggah dengan Islam patut diubah, hanya satu  saja  undang-undang  
yang wajib kita laksanakan iaitu undang-undang  Al-Quran.
“Mereka
  yang suka kepada maksiat, suka melakukan jenayah, rasuah,  pecah   
amanah, salah guna kuasa, kerana itu mereka takut kepada Islam.  Mereka 
  terang-terang menolak hukum Allah. Menolak hukum Allah bererti   
berperang  dengan Allah,” jelas Fisol lagi.
Beliau yang masih  
terus bersama PAS sehingga hari ini tetap yakin  dengan perjuangan parti
  itu biarpun senario politik hari ini jauh  berbeza dari dahulu di mana
  PAS kini sudahpun mempunyai sekutu parti  politik bukan Islam iaitu 
DAP  dan parti latar belakang berbilang kaum  PKR. 
“Biarpun PAS kini  
bekerjasama dengan parti-parti lain, apa yang  paling penting, PAS tidak
  berganjak dari dasar perjuangan yang asal  iaitu meletakkan Islam  
sebagai teras dalam perjuangan,” ujarnya.
PAS sebagai sebuah  
parti politik yang memperjuangkan Islam tidak  pernah  menggunakan  
pendekatan keganasan revolusi, sebaliknya  menggunakan  pendekatan aman 
 tanpa senjata, mengembangkan dakwah serta  berpegang kepada  prinsip  
demokrasi yang diamalkan di negara ini.
Walaupun dasar perjuangan
  menegakkan sebuah negara Islam yang  mengamalkan  ajaran-ajaran dari  
Al-Quran dan Hadis, menurut hukum-hukum  yang telah  ditetapkan oleh  
Allah S.W.T, perjuangan parti politik di  negara ini perlu   
diterjemahkan melalui kertas undi. Itu yang telah  diputuskan dan  
disepakati bersama oleh setiap anggota parti.
Ini bercanggah  
sekali dengan tuduhan yang dilemparkan oleh pihak   pemerintah.  
Ketakutan Mahathir ke atas gerakan pro-Islam dengan   membanteras,  
menangkap dan memenjarakan orang-orang yang disyaki tanpa   dibenarkan  
membela diri tidak ubah seperti ketakutan Raja Firaun. 
Firaun  raja  
zalim memerintahkan setiap bayi lelaki yang baru lahir  mesti dibunuh   
kerana menurut kepercayaannya, akan lahir seorang lelaki  dari kalangan 
  rakyatnya yang akan menjadi orang yang menentangnya suatu  hari nanti. 
Akhirnya Allah mengutuskan bayi lelaki yang dipelihara  oleh  
permaisurinya  yang satu-satunya tidak dibunuh oleh Firaun, bayi  itulah
  yang membesar  sehingga apabila dewasa menjadi utusanNya  menyampaikan
  dakwah dan membawa  kebenaran kepada Raja Firaun itu. 
Kerana 
keangkuhan  Firaun, Allah  menenggelamkannya di Laut Merah dan  jasadnya
 sehingga  hari ini menjadi  tatapan dan bukti kebesaran Allah.  Mungkin
 kerana  itulah, Mahathir  dahulunya digelar Mahafiraun – gabungan  
namanya  dengan nama Firaun, kerana  tindak-tanduknya serupa dengan Raja
  Firaun.
Bahawa  sesungguhnya jalan kebenaran itu tetap berada 
pada tempatnya  yang   paling tinggi, ia tidak dapat ditandingi oleh 
kebathilan. Kerana  itu,  setiap  orang Muslim berdoa di setiap rakaat 
dalam sembahyangnya   “ihdinas siratal  mustaqim” – tunjukilah aku ke 
jalan yang benar! 
perakitedaily
 
No comments:
Post a Comment