SURAH
 As-Sajdah (bererti sujud) adalah surah yang ke 32 dalam Al-Quran 
mengandungi 30 ayat. la dinamakan As-Sajdah kerana terdapat ayat yang 
menerangkan perihal orang-orang yang beriman, apabila mendengar ajaran 
kitab Allah lalu sujud sebagai bersyukur atas segala nikmat Allah. 
Selain dari itu ditegaskan dasar tauhiddan dalil-dalil yang membuktikan 
keesaan Allah, disamping mengurniakan taufiq dan hidayah kepada umat 
Islam.
Surah
 As-Sajdah adalah di antara beberapa surah di dalam Al-Quran yang 
mengandungi ayat Sajdah iaitu ayat yang disunatkan Sujud Tilawah bagi 
seseorang yang sedang membacanya, sama ada ketika solat atau tidak.
Terdapat
 beberapa Hadis Rasulullah SAW yang menerangkan fadhilat, faedah dan 
hikmah untuk mereka yang mengamalkan membaca Surah As-Sajdah ini.
1. Baginda tidak akan tidur sebelum membaca Surah ini dan Surah Al-Mulk.
2. Melindungi pembacanya dari seksa kubur.
3. Mendapat pahala yang besar seperti pahala mereka tetap solatnya pada malam lailatul-qadar.
4. Mendapat hidayah ilmu yang yakin.
5. Dikurniakan cahaya (nur) pada dirinya semasa ia mati.
Surah
 ini dibaca oleh imam di kebanyakan surau dan masjid pada pagi Jumaat di
 dalam solat subuh. Dengan menghadiri solat subuh tersebut, insyallah, 
hikmah dan fadhilat akan diperolehi.
** Sentiasalah Berusaha Untuk Mendekatkan Diri kita kepada Allah S.W.T. **
I Luv Islam
I Luv Islam

 
No comments:
Post a Comment