Pulut kuning makanan tradisi orang Melayu, nama pun pulut kuning macam mana nak ubah jadi pulut biru pekat 
 
Nasi kuning masakan enak orang Melayu, dah nasi kuning mana boleh tukar jadi nasi merah perkasa 
Ros kuning adalah ciptaan Allah, ada ka yang rasa hebat boleh tukar jadi Ros biru ? 
Bunga Matahari banyak Malaysia, ini ciptaan Allah warnanya kuning bukan warna merah patriot
Rumah Kuning adalah rumah sukan di 
sekolah, selain merah, biru dan hijau. Tak kan kerana tak boleh warna 
kuning nak tukar jadi rumah hitam . Cikgu mana yang setuju ? 
Kuning telur memang la kuning , mana ada
 kuning telur boleh tukar jadi merah telur. Telur tiruan pun dalamnya 
kuning bukan merah perkasa 
 
Gulai kuning masak lemak ni memang sedap, boleh kah tukar jadi gulai biru masak lemak?
 
Yellow pages di mana-mana dalam dunia warna kuning, tak tahu lah kalau ada yang nak tukar kat Malaysia warna merah perkasa 
 
Lampu isyarat warna kuning tandanya bersedia, lepas ni mungkin tukar jadi biru pekat tanda bersedia. 
 
Pisang dah masak warna kuning la, tak 
kan nak biar pisang tu muda sentiasa. Pisang muda warna hijau, pun tak 
boleh juga. Agak - agak lepas ni , mereka yang tak suka warna kuning 
tukar pisang masak dari kuning jadi merah perkasa
Toy Rubber Duck ni dah dikenali 
anak-anak kecil, mak ayah beli kat anak sebab lembut sesuai untuk bayi .
 Kalau tukar warnanya jadi biru pekat, agak-agak anak-anak kecil ni nak 
main lagi ka dengan toy ni?
 
Jersey Harimau Malaya ni baju rasmi, 
main di venue sendiri pakai jersey ini. Setuju ka peminat bolasepak 
negara jika ada pihak nak tukar jadi jersey warna merah perkasa. Harimau
 pun tukar jadi Katak Malaya.

 Warna DIGI kuning semua dah tahu. DIGI mahu ka tukar jadi warna merah patriot.

 Burung kunyit ini ciptaan Allah , warnanya kuning sebab tu dipanggil burung kunyit. 
Spagebob kartun warna kuning. Kanak-kanak mesti terkejut jika warnanya bertukar jadi merah perkasa.
 Sesame Street diminati kanak-kanak 
kerana rancangan berunsur pengetahuan sesuai untuk kanak-kanak. 
Bayangkan kalau ditukar jadi Katak Perkasa tentu kanak-kanak tak mahu 
tengok dah.
Emas kuning sangat berharga dan dijadikan perhiasan wanita. Mahukah wanita memakai emas berwarna merah perkasa?
 
Kad Kuning sebagai tanda amaran 
dikeluarkan pengadil dalam permainan bolasepak. Dua kad kuning dikenakan
 , pemain akan kena keluar padang. Lepas ni mungkin ada pihak syor tukar
 kat Malaysia guna kad biru. Siapa setuju? Mungkin perlawanan antara 
Perkasa Vs Patriot kad biru boleh digunakan.
Kuning warna diraja, zaman dulu-dulu 
rakyat biasa dilarang pakai pakaian warna kuning. Sekarang sudah boleh 
tapi kebelakangan ini pakaian warna kuning dah dilarang pakai. Bukan 
sebab warna diraja tetapi warna rasmi untuk kempen bersihkan pilihanraya
 yang kotor.
Himpunan BERSIH 2.0 adalah himpunan aman. Orang ramai mempunyai hak untuk berhimpun dan menyuarakan pandangan 
secara aman, sepertimana yang termaktub ddalam Perkara 10(1)(b) 
Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi 
Manusia Sejagat.
2 comments:
Cik Rose Cute said...
hahaha semua kuning....kuning lambang Di raja...
July 8, 2011 5:34 PM
iQapiQa said...
Tulahan terbaik..cayalah kau!!
July 8, 2011 6:35 PM
wakaka idea ko mmg bernas dan berfakta aku suka10x
Post a Comment