10. Homer (8 SM)

Homer   terkenal dengan dua puisi epik Iliad dan Odyssey. Iliad umumnya  dianggap  sebagai karya sastera tertua dari dunia Barat. Malah  orang-orang Yunani  sendiri mengakui pengaruh Homer dan tidak menganggap  diri mereka  berpendidikan kecuali jika mereka telah membaca  karya-karyanya.

Masalah   yang diperdebatkan adalah, apakah Homer memang pernah hidup atau  tidak.  Sama sekali tidak ada yang diketahui tentang dirinya ataupun   kehidupannya, dan beberapa ahli percaya bahawa Iliad dan Odyssey   merupakan karya beberapa penulis bukan hanya seorang.
Tidak peduli siapa  yang menulis kedua-dua karya besar tersebut,   baik Illiad maupun Odyssey mempunyai pengaruh besar pada dunia  sastera. Hakikatnya,  Shakespeare mengasaskan salah satu karyanya  dari  kisah Iliad.
9. Sophocles (496-406 SM)
Sophocles adalah seorang penulis cerita sedih yang telah menulis 123 karya sepanjang hidupnya. Hanya tujuh karyanya yang masih bertahan hingga sekarang , termasuk karya klasik seperti Antigone, Oedipus Sang Raja dan Electra.

Ia  mengembangkan  seni teater dengan menambahkan aktor ketiga, mengurangi  pentingnya  paduan suara, dan memperkenalkan scenography. Sophocles juga   menghapuskan bentuk trilogi karya tragedi tradisional dan membuat  setiap  pementasan menjadi lengkap, ini menambah nilai dramatik dalam   pementasan.
8. Herodotus (484-425 SM)
Herodotus dianggap sebagai bapa sejarah dunia Barat. Dia mengkaji sejarah sebagai ilmu dengan mengumpulkan faktanya secara sistematik dan melakukan pengujian akurasinya.
8. Herodotus (484-425 SM)

Herodotus dianggap sebagai bapa sejarah dunia Barat. Dia mengkaji sejarah sebagai ilmu dengan mengumpulkan faktanya secara sistematik dan melakukan pengujian akurasinya.
Herodotus  juga seorang narator berbakat. Maksud sejarah sendiri berasal dari buku  Herodotus “The Histories”, yang  bererti "penyelidikan" dalam bahasa  Yunani. Buku ini juga dianggap karya  pertama sejarah dalam sastera  Barat.
7. Euripides (480-406 SM)
Euripides adalah seorang lagi penulis cerita sedih dari Yunani. Dia menulis kira-kira 95 drama, 18 masih bertahan sepenuhnya dan banyak lagi bakinya hanya sebagai fragmen-fragmen. Karya yang paling dikenal adalah Alcestis, Medea dan The Bacchus.

Karyanya  sangat moden pada masanya, di mana watak menggambarkan karakter yang  sangat realistik dan termasuk peranan  wanita yang bertambah dan seorang  budak yang bijaksana (sesuatu yang sangat  tidak konvensional pada masa  itu). Euripides adalah penulis lakonan sedih  Yunani yang mempunyai  pengaruh terbesar pada lakonan tragedi Eropah.
6. Hippocrates (460-370 SM)
Hippocrates adalah seorang doktor dan bapa kedoktoran. Corpus Hippocrates merupakan kumpulan 70 karya pada topik perubatan yang berbeza. Sebahagian besar karya itu merupakan hasil dari kajiannya. Karyanya yang paling terkenal adalah Sumpah Hippocrates yang mengandungi etika kedoktoran. Ilmu dari buku ini masih diguna pakai oleh para doktor pada masa ini.

Hippocrates   juga telah membuat kontribusi terus dalam dunia perubatan kerana  beliau  adalah orang pertama yang menjelaskan sejumlah penyakit. Apakah   Hippocrates adalah penulis sebenarnya Corpus Hippocrates masih   diperdebatkan,  dan nampaknya sebahagian besar para ilmuan setuju bahawa  sekurang-kurangnya sebahagian dari buku itu ditulis juga oleh murid dan  pengikutnya.
5. Aristophanes (446-386 SM)

Aristophanes adalah seorang penulis drama yang menulis komedi. Dia menulis 40 drama, 11 masih bertahan dalam bentuk manuskrip lengkap dan beberapa yang lain selamat dalam beberapa fragmen.

Pena  Aristophanes ditakuti kerana ia  mengkritik orang Athen yang terkenal.  Karya-karyanya tidak hanya mempunyai  pengaruh artistik pada seni teater  , tetapi juga merupakan  dokumen sejarah tentang kehidupan di Athen.
4. Plato (424-348 SM)
Plato adalah murid Socrates. Apabila Socrates tidak menulis sendiri dan karya apapun, falsafahnya dikenali melalui karya-karya Plato. Plato sangat dipengaruhi oleh pemikiran Socrates.

35  dialog dan 13 surat  dianggap merupakan karya Plato, yang paling  terkenal adalah “Republik”  dan “Simposium”. Plato dianggap sebagai  salah seorang bapa falsafah dunia  Barat, dan Teori Bentuk dan gagasan  negara adalah ideanya, yang mana keduanya  diwujudkan dalam “Republik”  dan masih dibahas hingga hari ini.
3. Aristotle (384-322 SM)
Aristoteles adalah murid Plato dan juga orang pertama yang mengkritiknya. 47 dari karya-karyanya masih bertahan. Aristotle adalah yang terakhir dari para ahli falsafah terkenal Yunani (dua yang lainnya adalah Socrates dan Plato) dan dianggap juga sebagai ahli biologi pertama.

  Ia mencipta logik sebagai  ilmu, meletakkan asas-sasa kaedah ilmiah dan  menulis beberapa ilmu  pengetahuan lain. Aristotle juga merupakan guru  Alexander Agung  selama beberapa waktu. Aristotle mempunyai pengaruh  besar pada diri St.  Thomas Aquinas, dan kesannya mempunyai pengaruh  besar dalam  pendidikan Katolik dan teologi pada masa ini.
2. Euclid (sekitar 300 SM)

Euclid adalah seorang ahli matematik dan bapa geometri. Sangat sedikit yang diketahui tentang hidupnya, tetapi ia aktif di Perpustakaan Alexandria. Karya utamanya adalah “The Elements” yang masih digunakan sebagai buku teks matematik . Buku ini mencakupi sistem bukti matematik yang tetap menjadi asas dari matematik pada masa ini.
1. Archimedes (287-212 SM)
Archimedes adalah seorang pakar matematik, jurutera, pengkaji, ahli fizik dan ahli astronomi. Beliau dikenali melalui penemuannya “The Archimedes Screw”, iaitu satu mekanisme untuk memindahkan air yang masih diterapkan sehingga sekarang. Dia juga mengira nilai pi dengan sangat tepat.

Archimedes   menemui cara menentukan volum benda yang tidak teratur dengan   merendam dalam air. Menurut legenda, penemuan ini membuatnya gembira   hingga berlari telanjang di jalan (ia begitu gembira bahawa ia lupa  untuk  berpakaian selepas mandi) dan berseru, "Eureka!, Aku telah menemukannya." unikkeren
 
No comments:
Post a Comment