Salam,
Selalunya,    manusia menanam bunga di kawasan perkuburan. Namun kisah ini, bunga    muncul secara tiba-tiba dalam lihang lahad apabila jenazah diturunkan  ke   dalamnya. Ambillah iktibar dari kisah ini.
Kisah ini berlaku di sebuah masjid di selatan ibu Kota Kuala Lumpur. Masa tu, hari Jumaat. Solat Jumaat sudah dimulakan apabila bilal melaungkan azan dan sejurus kemudian imam naik ke mimbar untuk mula membaca khutbah.
Kisah ini berlaku di sebuah masjid di selatan ibu Kota Kuala Lumpur. Masa tu, hari Jumaat. Solat Jumaat sudah dimulakan apabila bilal melaungkan azan dan sejurus kemudian imam naik ke mimbar untuk mula membaca khutbah.
Imam    kali ini ialah seorang pemuda yang berusia 28  tahun. Muda lagi. Dan    sudah berkahwin. Jemaah di situ memang sudah arif  sangat dengan imam    ini. Imam ini memulakan khutbahnya.  
Sampai    pada  perkataan, “Uusikum Bitaqawallah, Waiyaa….. ……… ……… .”.   Tiba-tiba  imam  ini terdiam…. Semua para jemaah diam (memang dengar   khutbah kena  diam  pun) dan hanya memerhati sahaja ke arah imam. 
Semua    mata tertumpu  kepadanya. Imam masih lagi senyap. Matanya terpejam    rapat. Tiba-tiba  tangan imam yang sedang memegang kayu mimbar, melurut    ke bawah, dan  beliau pun jatuh terduduk di atas kerusi khatib.    Kepalanya terlentuk ke  bawah.
Makmum    yang masih tergamam dengan peristiwa ini, segera bangun  untuk  melihat   apa yang terjadi. Bilal menerpa ke arah imam dan ingin   membantu serta   menolong jika sesuatu yang buruk berlaku kepada khatib.  
Imam    (khatib) dipapah turun dan diletak di hadapan para jemaaah di saf     hadapan. Setelah diperiksa oleh bilal, tiada perkataan lain yang boleh     diucapkan selepas itu melainkan, “Innalillahi wainna Ilaihi roojiuun…”  .    , 
Sewaktu    imam itu menghembuskan nafas terakhirnya, jatuhnya  betul-betul di   atas  kerusi yang berada di belakangnya dan terus sahaja  duduk. Tidak   jatuh  tersungkur ke depan, dan tidak juga jatuh sama ada ke  kiri atau   ke  kanan mimbar. 
Elok    sangat duduk atas kerusi khatib, imam  tersebut telah pun meninggal    dunia….Jenazah pun dibawa balik untuk  diuruskan… Ustaz M (bukan nama    sebenar) pun dipanggil untuk menguruskan jenazah ini. 
Sebaik     kain penutup mayat diselak untuk memulakan proses mandian jenazah,    ustaz  M begitu terkejut bercampur terharu yang amat sangat bila  melihat    beberapa kejadian mengkagumkan berlaku pada mayat. 
Badannya    jenazah itu  amat berseri dan masih nampak kelihatan darah masih    mengalir lagi pada  seluruh tubuhnya. Seolah-olah jenazah ini masih    hidup. 
Dan    yang lebih  mengkagumkan keluarnya satu haruman yang semerbak dari    badan jenazah.  Wangi sungguh! Tak pernah ustaz M mencium bau wangian    sebegini rupa  selama dia menguruskan jenazah lain sebelum ini! 
Hebat    mayat ni, fikir  ustaz M… Subhanallah! beliau berdoa ; “Ya Allah!    Engkau Maha Mulia!  Engkau telah memuliakan mayat ini, maka muliakanlah    ia sehingga aku  selesai memandikannya.
    Rupanya-rupanya kemuliaan jenazah imam ini tidak  berakhir di situ.   Doa  ustaz M dimakbul Allah SWT. Menurut ustaz M lagi,  sewaktu jenazah   imam  ini nak ditanam ke dalam liang lahad,  sahabat-sahabat yang   menggali  kubur memberitahu, muncul pula pelbagai  jenis bunga-bungaan   yang datang  entah dari mana, turut berada di  dalamnya . 
Cantik    sungguh liang lahad dengan dihiasi bunga-bungaan  tersebut,   seolah-olah  sedang meraikan dan menanti kedatangan bakal  penghuni   syurga! 
SUBHANALLAH!    SUBHANALLAH!. Ustaz M bertanya pada  isterinya tentang apakah amalan   si  arwah pada masa hidup sehinggakan  jenazahnya mendapat   pengikhtirafan  sebegitu rupa sejak dari alam dunia  lagi. 
Menurut    kata isteri arwah imam tersebut, sepanjang hidup  bersamanya ialah    tidak pernah meninggalkan solat sunat Dhuha dan solat  sunat Witir.    Inilah amalan istiqamahnya.
    Setiap malam, sebelum arwah  menutup dairi kehidupannya hari itu dan    tidur, pasti dia akan menunaikan  solat witir. Setiap hari,  sehinggalah   ke pengakhiran hayatnya, ditambah  pula oleh amalan-amalan  lain yang   dilakukan sebagai seorang yang  menjawat jawatan sebagai  seorang imam   untuk kawasan tersebut.  Wallahua’lam.mypqs
Wassalam
 
1 comment:
komen terdahulu
bard said...
maha suci Allah
Post a Comment