Thursday, December 16, 2010

Suruh anak orang, anak sendiri simpan kat rumah

Salam,



Penulis memang berhajat menulis isu anak pimpinan jamaah yang tak sertai jamaah. Anak pimpinan jamaah yang tak ikut program jamaah malah ada yang menjadi penentang kepada jamaah.

Semasa penulis di kampus, isu ini menjadi persoalan kepada pimpinan jamaah kampus. Mana tidaknya ada ja anak usrah yang baru2 dok tanya " apasal anak ustaz........... tak join kita, kan ayah dia AJK ................"
Apabila nak menulis teringat anak-anak yang masih kecil, nanti ada yang kata " hang boleh la, anak kecik lagi" . Tak jadi nak menulis. Syukurlah ada sahabat yang menulis isu ini.

Penulis ambil tulisan sahabat agar sama2 kita memikirkannya. Bacalah........
Sehari dua dalam minggu ini teman nak suluh ke dalam diri dan organisasi teman….dan teman tak mahu dianggap sebagai cakap tak serba bikin.

Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)?Maka tidakkah kamu berfikir?
(Al-Baqarah, ayat 44 }.

Nasib baik kamu umNO kerana teman lupakan kamu seketika….selepas ini teman belasah kamu jika kamu terus menyeleweng dari landasan melayu dan Islam itu sendiri.

Teman bercakap mengenai pewaris kepimpinan Islam.

Terkadang – kadang amat asyik berpolitik kita lupa siapakah bakal pewaris kesinambungan perjuangan yang kita dokong ini…..kita fobia mengata orang itu dan ini tapi bahkata orang Perak ` tak ngombeng ` atau tak mahu berubah tapi suruh orang berubah ….kelicikan umNO dulu, kini dan selamanya memang ada selagi adanya bulan dan matahari.

Kita lupakan isu negara, kita lupakan isu barang naik, kita lupakan isu wikileap, kita lupakan menteri suruh rakyat bercucuk tanam di depan dan belakang rumah untuk tangani harga barang naik.

Bab suruh bercucuk tanam ni teman sokong menteri tu sebab memang dasar orang melayu baik dikampung apatah di pekan…..kawasan tanah luas untuk cucuk tanam ada tapi malas….nak makan cabai, daun kunyit, kangkung yang mudah tanam tu pun beli kat kedai `Ah Chong `.

Tajuk posting kali ini ialah `` Anak orang disuruh berjuang anak sendiri ``.

Memang tidak dinafikan bahawa proses iman dan amal tidak boleh diwarisi. Sesuai dengan lagu nasyid kumpulan Raihan telah membayangkan sinonim ini.

Jiwa kita kita perhatikan ramai dikalangan anak – anak pimpinan sekular umNO dapat melahirkan generasi dan pewaris mereka dalam perjuangan yang diwarisi oleh keluarganya.
Bermula dengan Dato` Onn dengan adanya Tun Hussein Onn dan Hishamuddin Hussein, Tun Abdul Razak melahirkan Najib dan ramai tokoh – tokoh lain yang melahirkan galang ganti kesekularan mereka.

Dalam konteks kepimpinan Islam pula tidak ramai menonjolkan anak – anak mereka didalam organisasi jamaah ataupun kepartaian Islam.

Kenapa dan mengapa ?.

Teman kecewa ada terdapat kepimpinan PAS [ maaf dengan izin ] hanya lunak mengingatkan ahli – ahli bawahan, generasi muda, pelajar di kampus dan program – program tertentu bahawa wajib mereka menyertai jamaah Islam dan organisasi Islam dan pon pang.... pon pang, tetapi diwaktu yang sama mereka meletakkan anak – anak mereka berada di zon selesa yang bermaksud tidak mengheret bersama anak - anak mereka dengan urusan jamaah dan sebagainya.

Ini terbukti berapa banyak anak pimpinan yang berada dikampus hanya menjadi penonton yang setia sahaja. Ramai pimpinan berjaya memiliki ramai pengikut setia, tetapi pengikut dirumahnya tidak berjaya dibentuk sebagai pewarisnya.

Malah ada diantara anak – anak mereka bersama dengan berbagai – bagai fikrah, dan yang lebih malang ada terdapat kes – kes anak – anak mereka tidak tahu langsung ` zero `akan dasar perjuangan Islam yang didokongi oleh ayah atau ibu mereka.

Malah ada juga pimpinan dan ahli – ahli menghantar anak – anak mereka ke tadika yang bukan milik jamaah….lebih mengecewakan meletakkan tadika milik jamaah [ PASTI ] pilihan ranking ke 3 sahaja. Ada diantara kita menganggap perkara ini suatu yang remeh temeh

Pada suatu seorang ibu menangis….lalu baginda Rasulullah bertanya `` kenapa engkau menangis `` ibu itu berkata bukanlah ku menangis kerana anak – anak ku telah syahid di medan perang, tetapi aku kini tiada anak untuk di syahidkan dalam perjuangan Islam ini ``.

Jikalah parti atau organisasi ini mensyaratkan bahawa pemilihan kepimpinan mesti mengambil akan mithali keluarga bersama jamaah atau organisasi Islam, maka ramainya yang terkandas dalam urusan kelayakan tersebut.

Sebelum ini teman pernah dedahkan sikap masyarakat melayu selalu menyaksikan kebiasaan mencalonkan tokoh – tokoh ` Ibu Mithali ` berdasarkan anak – anak mereka ramai lulusan universiti, berjaya memegang jawatan tertinggi dan sebagainya.

Tetapi sepatutnya ciri – ciri mithali yang sebenar ialah anak – anak mereka berjaya sebagai muslim yang sejati, mentaati tuhan dan wajib bersama menongkah arus dan mendokong perjuangan Islam.


Mempunyai anak merupakan salah satu kurniaan terindah dalam kehidupan rumah tangga. Anak adalah anugerah Allah swt. Semua pasangan secara fitrahnya sangat mendambakan anugerah dan kunia ini.
Sebab itu, kita sebagai orang tua seharusnya tahu dan menyedari nilai kurnia Allah swt. Kita yang tidak memahami hakikat nilai ini bukan tidak mungkin akan menganggap bahwa menjaga dan mendidik anak sekadar hal yang remeh.

Anak-anak yang soleh akan menjadi sumber sedekah jariyah bagi orang tua. Hal itu akan tercapai manakala anak dididik, diasuh dan dijaga diri serta jiwa mereka dengan syariat Islam hingga menjadi mukmin yang benar.
Hanya anak soleh yang mampu menjadi amalan abadi yang terus mengalir pahalanya untuk kedua orang tua.
Sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW :

“ jika anak Adam meninggal dunia, maka putuslah (pahala) amal perbuatannya kecuali tiga perkara yaitu : sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang selalu mendoakan kedua orang tuanya.” (Riwayat Bukhari-Muslim)

Rasulullah SAW juga pernah bersabda,

“ Tidak ada suatu pemberian yang lebih baik dari pada seorang ayah kepada anaknya daripada budipekerti yang baik”. (Riwayat at-Tirmidzi)

Disamping itu, kasih sayang ayah dan ibu juga harus diperhatikan. Itu hak mereka. Perhatian dan kasih sayang mereka perlukan untuk menjadi insan yang tunduk kepada tuntunan Alloh SWT. 
Meskipun dirasa sukar, namun sejatinya kehadiran anak ditengah keluarga adalah rezeki dari Allah SWT. Lalu apa yang harus kita berikan kepada anak ?

Suatu yang baik itu, sebenarnya tidak perlu kata – kata indah....ianya tetap indah walaupun tidak diucapkan.

Dunia dilanda krisis hanya Islam jalan penyelesaiaan dan anak – anak inilah pewaris mempertahankan kesuciaan Islam . Ingatlah bahawa bukan kita yang mulakan perjuangan ini dan bukan pula kita yang mengakhiri perjuangan ini.

Teman selalu terfikir.."Selama ini aku asyik tegur orang je....tapi aku sendiri masih banyak kekurangan,….cakap berdegor – degor, malas hadir program, rajin cipta alasan, suka buang masa, dan takut - takut ada dosa-dosa yang masih dilakukan..Macam mana ya?"

Lepas tu teman terjumpa pula ayat ini..

Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamumengetahui.
(Al-Baqarah ayat 42)

Menyedari kepentingan ini, teman akan bangkitkan dan kibarkan panji - panji Islam kepada anak - anakku.

Ingatlah kita jangan jadi seperti ` ketam mengajar anaknya berjalan betul `.dengantenang

Wassalam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...