Salam,

 Gambar hiasan 
Kebiasaan       penulis tunaikan solat Jumaat di sebuah dewan berhampiran rumah.       Memandangkan anak-anak masih cuti sekolah, penulis ambil peluang       bersolat di masjid yang agak jauh dengan rumah.
Sampai       di masjid, seorang penceramah berbangsa Arab sedang menyampaikan       ceramah menggunakan bahasa Inggeris. Biasalah di negara orang putih,       guna bahasa Inggeris. 
Menjelang       tahun baru 2011 , maka penceramah menyentuh isu tahun baru. Beliau       memperingatkan jemaah solat Jumaat yang hadir supaya tidak  melakukan      perkara-perkara yang dilarang Allah kerana menyambut  tahun baru. 
Penceramah       mengambil kisah Nabi Daud dan kisah azab Allah ke atas bani Israel      yang  melanggar larangan Allah menangkap ikan pada hari Sabtu. 
Penulis       tidak akan menceritakan kisah azab Allah ke atas bani Israel sebab       ramai yang tahu kisah ini. Penulis akan ceritakan kembali kisah   benar     yang diceritakan oleh penceramah sebelum beliau menutup   ceramahnya.
Penceramah       berkata, seorang komando tentera Turki beragama Islam memceritakan       kepadanya satu peristiwa yang dialami pada tahun 1999 semasa malam       menyambut tahun baru.
Pada      masa itu, mereka berada di suatu tempat untuk latihan  ketenteraan.     Pada  malam berkenaan, seorang jeneral beragama Islam  telah membawa     penari  perempuan untuk membuat persembahan kepada  tentera yang  membuat    latihan  sebagai hiburan menyambut tahun baru.
Terdapat       tentera Islam termasuk komando berkenaan tidak bersetuju dengan       tindakan jeneral berkenaan dan memberi amaran tentang azab Allah.       Komando berkenaan berkata kepada jeneral berkenaan lebih baik mati       menentang Israel daripada mati ditimpa azab Allah kerana melakukan       perkara maksiat.
Jeneral       berkenaan angkuh memandangkan beliau adalah ketua dan berkuasa.     Beliau   mempersendakan tentera Islam yang membantah malah lebih teruk     lagi   beliau telah mengambil al-Quran lalu meletakkannya ke lantai. 
Jeneral       itu kemudiannya, menyuruh penari perempuan menari di atas al-Quran       berkenaan. Semasa penari berkenaan memijak dan menari di atas al    Quran,    komando itu menyatakan terasa ketakutan yang amat sangat akan    berlaku    azab Allah di kalangan tentera yang membantah.
Perasaan       takut itu menyebabkan mereka melarikan diri dari tempat berkenaan.       Semasa mereka melarikan diri terdengar satu letupan yang amat kuat    dari    tempat maksiat berkenaan. 
Apabila       memandang ke tempat berkenaan , sungguh mengejutkan mereka tempat    itu    sudah tengelam ke bawah dan membentuk kawasan seperti kolam.    Seramai  37   orang telah lenyap tengelam sekelip mata.
Tidak lama selepas kejadian , pasukan tentera penyelam telah datang untuk mengambil mayat di dalam kolam berkenaan. 
Amat       mengejutkan lagi, apabila pasukan penyelam berkenaan menceritakan       semasa mereka menyelam ke dalam kolam berkenaan. Kesemua mayat    berkenaan    sudah bertukar wajah menjadi wajah monyet dan babi.
Inilah yang kisah benar yang diceritakan penceramah berkenaan. Cumanya, beliau tidak memberitahu di manakah tempat berkenaan. 
Anggaplah       kisah benar ini sebagai peringatan kepada kita umat Islam supaya     tidak   melakukan perkara yang dilarang Allah, perkara yang boleh     mendatangkan   kemurkaan Allah. 
9 comments:
Salam ziarah.... Bukan untuk disebarkan..... pastikan blog-blog pro PAS membuat pautan pada laman Top Ranking Online kerana laman tersebut adalah dimiliki oleh pro PAS. Pro Kerajaan menyangka laman tersebut adalah milik Umno. Sebaran ini hanya untuk blog pro PAS sahaja.
salam, kecelakaan apabila menghina agama...risau jg negara kita ni
benda tu berlaku kat Izmit
Salam Tuan. Blog tuan telah hamba linkkan di dalam bloglist2 hamba. Terima kasih kerna bertukar2 link. Semoga diberkati Allah hendaknya.
saya minta izin copy...
Mohon share dan copy. moga dgn tersebar kisah pengajaran buat saya dan teman yang sering lupa. tqvm.
mohon copy tq.
mohon share artikel ini
mohon copy...tq..
Post a Comment