Salam,
Sejak semalam penulis mahu  mengulas tuduhan Kickdafella terhadap jamaah di Kelantan. Tapi tak da  kesempatan. Tok Guru dah menafikan tuduhan berkenaan, tapi Kickdafella  masih meneruskan tuduhan dalam blognya dengan gaya bahasa yang  mengambarkan seolah-olah tuduhan beliau benar. Apakah tuduhan  Kickdafella?
Antaranya, sebuah  syarikat  yang diberikan konsesi balak oleh Kerajaan Negeri memberi  derma kepada  organisasi di bawah naungan jamaah yang didakwa sebagai  balasan  daripada pemberian konsesi itu. Organisasi itu mungkin PASTI, mungkin  Unit Amal, mungkin Nisa'. 
Bila Tok  Guru sudah menafikan maknanya tuduhan itu tak betul, namun jika  Kickdafella masih tak puas hati beliau boleh membuat laporan kepada  SPRM.
Kemukakan bukti yang beliau ada, jangan hanya mengunakan blog yang boleh mengelirukan ramai pembaca yang tak tahu cerita.
Kemukakan bukti yang beliau ada, jangan hanya mengunakan blog yang boleh mengelirukan ramai pembaca yang tak tahu cerita.
Persoalan  yang mahu penulis timbulkan, salahkah derma atau komisen balak kepada  PASTI, atau Unit Amal atau Nisa' yang sudah dimaklumi digunakan untuk  program kebajikan dan pendidikan Islam?
Sekiranya dibolehkan oleh Islam, kenapa tidak ada pemimpin jamaah yang menyanggah kenyataan Abang Mat Sabu di sini
Sekiranya dibolehkan oleh Islam, kenapa tidak ada pemimpin jamaah yang menyanggah kenyataan Abang Mat Sabu di sini
Dewan  Ulama perlu menjelaskan persoalan ini secara terbuka. Jika dibolehkan,  jangan dibuat senyap2 supaya musuh tidak tahu, tak mahu jadi macam kes  'baiah'.
Jika tak boleh, buat kenyataan rasmi supaya semua ahli dan pemimpin jamaah semua peringkat tahu.
Jika tak boleh, buat kenyataan rasmi supaya semua ahli dan pemimpin jamaah semua peringkat tahu.
Penulis  memuji langkah kerajaan Kedah yang membuat penawaran tender terbuka  kepada syarikat balak.
Tindakan ini bukan sahaja menghalang unsur2 rasuah komisen balak malah meningkatkan pendapatan kerajaan negeri berbeza jauh dibanding semasa kerajaan Ubn.
Tindakan ini bukan sahaja menghalang unsur2 rasuah komisen balak malah meningkatkan pendapatan kerajaan negeri berbeza jauh dibanding semasa kerajaan Ubn.
Bagaimana  pula komisen balak kepada pemimpin kerajaan negeri, boleh atau tidak.  Yang ni tak perlulah minta Dewan Ulama jelaskan kerana dah jelas  haramnya.
Jika ada pemimpin yang menggunakan kesempatan mengambil komisen balak untuk peribadi daripada syarikat balak yang diberi kawasan balak, pemimpin inilah yang rasuah.
Jika ada pemimpin yang menggunakan kesempatan mengambil komisen balak untuk peribadi daripada syarikat balak yang diberi kawasan balak, pemimpin inilah yang rasuah.
Adakah  pemimpin jamaah yang rasuah macam ini ? kalau ada, jamaah kena ambil  tindakan disiplin supaya menjadi pengajaran kepada pemimpin jamaah lain.
Namun, jika disimpan untuk mengelak musuh tahu. Tunggulah masanya, jika terbongkar kredibiliti jamaah akan dipertikaikan oleh rakyat. Malah rakyat akan menghukum jamaah sama macam mereka menghukum Ubn.

Penulis  menyeru supaya ahli2 jamaah berdoa semoga Allah menghindarkan jamaah  dari dipimpin oleh pemimpin rasuah.
Wassalam.
 
No comments:
Post a Comment