Tuesday, October 13, 2009

Tulahan : PAS dan Umno sama saja?

Salam,

Selesai sudah prk Bagan Pinang, keputusannya memihak kepada Isa Samad. Setelah empat prk yang ditandingi telah dimenangi PAS, kali ini PAS kecundang.

PAS masih gagal menembusi kubu Umno. Walaupun Kuala Terengganu dikatakan kubu Umno tetapi jika dilihat dari segi undi ikut DUN, sebenarnya PAS dah patut menang semasa pru 2008.

Kekalahan PAS bukan kalah tipis tetapi kalah besar. Kenapa kalah besar? sebab PAS bukan kalah kerana undi pos tetapi kalah juga walaupun tak ada undi pos.

Tak boleh nak salahkan YB Salahuddin sebagai Pengarah kerana beliau sudah lakukan yang terbaik. Tak perlu salahkan Sdr. Zul kerana beliau dah beri sepenuh komitmen sebagai calon.

Penulis nak bawa perbincangan ini menjurus kepada faktor2 orang India kembali menolak PAS di Bagan Pinang. Semasa pru 2008 orang India beri undi kepada PAS sehingga mencapai 60% tetapi kali ini turun sehingga hanya 25 - 30 % sahaja. Kenapa orang India menolak PAS?

Bukankah Samy Vellu yang dibenci masih memimpin MIC? Kes kepala lembu tak beri kesankah? Kes Kugan dah dilupakan kah? atau orang India mula sokong BN bila ada parti makhal sakhti?. Bagi penulis, bukan itu sebabnya.

Umum tahu semasa pru 2008 orang India di seluruh negara menolak BN. Lebih 60% orang India memberi undi kepada pembangkang. Sebelum pru 2008, undi orang India kepada pembangkang sekitar 15 - 20 % sahaja.

Orang India meletakkan harapan yang tinggi kepada PKR, PAS dan DAP untuk membela nasib mereka. Setahun pertama pemerintahan PR di PP, Selangor, Perak, Kedah dan Kelantan, ada perubahan yang dilakukan kerajaan PR untuk membantu orang India.

Sungguhpun begitu, sudah kedengaran rasa tidak puas hati orang India terhadap kerajaan PR di Kedah yang diketuai PAS. Namun, perasaan tidak puas hati diimbangi oleh usaha kerajaan PR di Perak yang diketuai DS Nizar menampakkan pembelaan terhadap kaum India. DS Nizar menjadi sandaran harapan orang India.

Selepas kerajaan PR di Perak jatuh, orang India kehilangan pemimpin harapan dalam PAS. Isu-isu yang timbul dan mendapat perhatian media menampakkan bahawa pimpinan PAS lebih mengutamakan orang Melayu dan kurang memberi perhatian kepada orang India.

Kepercayaan orang India kepada PAS semakin hari semakin tergugat. Walaupun PAS ada kelab penyokong di kalangan Orang India, kelab ini dilihat tidak ada suara dalam PAS. Orang India dalam kelab sendiri tertunggu-tunggu bilakah mereka boleh menjadi ahli PAS.

Walaupun pimpinan PAS menafikan mereka tidak memberi perhatian kepada orang India, namun tindakan pemimpin PAS di beberapa negeri telah mengukuhkan persepsi buruk orang India kepada PAS.

Semasa kes kuil dan perarakan kepala lembu yang menghina orang India, pimpinan PAS Selangor misalnya membiarkan Ahli Parlimen Shah Alam keseorangan membela hak orang India. Sedangkan pimpinan PAS Selangor bersungguh2 membela pegawai kerajaan yang membantu Umno dalam kes Selcat.

Pada waktu yang sama orang India melihat pimpinan PKR dan DAP lebih ke hadapan membela nasib orang India.

Perlu diinggat bahawa, orang India bukan seperti dahulu boleh dipermain-mainkan. Mereka juga mampu mendapat maklumat melalui internet selain akhbar. Mereka menilai kenyataan media pimpinan PAS.

Tanpa disedari orang India sudah mula menyamakan PAS dengan Umno. Apabila PAS sudah disamakan dengan Umno, bila berlaku prk Bagan Pinang faktor calon menjadi penentu. Orang India lebih kenal dengan Isa Samad dibanding dengan Sdr. Zul. Maka Isa Samadlah yang dipilih.

PAS juga dilihat kurang mendekati orang India selepas pru 2008. Masih banyak kawasan yang tidak menubuhkan kelab penyokong. Penulis dapat tak tahu, di Bagan Pinang pun tidak ada lagi kelab penyokong.

Orang India akan memberi undi kepada parti mana yang selalu bertanya dan menyelesaikan masalah mereka. Dalam kes Bagan Pinang, walaupun orang India memberi undi kepada PAS semasa pru 2008. Selepas pru 2008, adakah mereka diziarahi oleh PAS, bertanya khabar?.

Jika ini tidak dilakukan, tentulah orang India memberi undi kepada parti MIC/ BN yang dekat dengan mereka walaupun dibenci.

Penulis melihat dua faktor ini perlu diberi perhatian oleh PAS. Orang India perlu didekati dan dibela. PAS Kawasan yang mempunyai ramai pengundi India perlu wujudkan kelab penyokong. Kena ada wakil PAS dikalangan orang India dalam komuniti India.

Adakan program bersama orang India. Khidmat kesihatan, sumbangan semasa Deepavali, gotong royong dan bermacam2 program boleh diadakan. Pulihkan kembali kepercayaan orang India kepada PAS.

Pengakhirannya, penulis cerita perbualan dengan seorang India semasa penulis tumpangnya balik ke Parit Buntar.

Orang India tanya penulis " Cikgu tahu ka, L _ _ _ (pemimpin PAS) angkat balak (komisyen)" Penulis jawab tidak tahu.

Orang India kata " Saya tahu Cikgu, bukan sikit Cikgu banyak" . Penulis tanya orang India ini, dia ada bukti ka.

Orang India jawab " Cikgu tanya _ _ _ _ _ (pemimpin PAS negeri) la, dia yang lulus". Penulis kata kalau pemimpin PAS yang dimaksudkan betul2 makan komisyen balak dia sepatutnya diambil tindakan.

Orang India jawab " Sama saja Cikgu PAS dengan Umno, semua kasi simpan bawah". Penulis jawab, tak sama PAS dengan Umno. Pemimpin PAS tu pasti diambil tindakan kalau betul dia makan komisyen balak.

Penulis bagi tahu kepada orang India tu, kalau betul pemimpin PAS tu makan komisyen balak tapi tak diambil tindakan barulah dia boleh kata sama saja PAS dengan Umno

Wassalam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...