Monday, November 10, 2008

Tulahan : Duit orang duit aku

Salam,

Go to fullsize image

Jawatan yang penulis paling tak mahu pegang dalam apa2 organisasi ialah bendahari. Kalau orang lain boleh pegang, peganglah. Kenapa macam tu? kerana penulis tak mahu pegang duit orang banyak2.

Jawatan bendahari perlukan ketelusan dan amanah. Bila pegang duit banyak2 terutama masa diri sendiri perlukan duit, apa pun boleh berlaku. Setengah orang yang pegang jawatan ini, guna duit amanah ini untuk peribadi. Dalam hatinya akan ganti balik duit tu, jadi tak timbul masalah tak telus.

Tak telus la tu, bila guna duit orang senyap2 walaupun janji dalam hati nak bayar balik. Bayangkanlah mati tak sempat bayar, tak berdosakah?. Ramai bendahari yang tak mampu untuk amanah.

Inggatlah! sapa2 yang jadi bendahari tambah2 lagi yang jaga duit jamaah, duit zakat, duit derma dan sedekah. Bila guna duit tu untuk peribadi walau janji dalam hati nak bayar balik, inggatlah kita tak tahu bila nak mati.


Itu yang dalam hati nak bayar. Yang memang seleweng duit orang, yang memang niat dalam hati nak bantai duit orang lagi la teruk.

Jadi bendahari kena ada buku untuk catat keluar masuk duit, jangan terima begitu sahaja duit orang tak catat apa2. Resit kena bagi kat orang yang bagi duit tu, kalau tak sempat hari tu, hari lain bagi resit tu.

Bila duit ditangan banyak apa pun boleh jadi. Boleh guna ikut suka hati, dah tak inggat duit tu duit orang.

Ramai orang tak amanah termasuk pemimpin politik yang menguruskan duit rakyat. Duit untuk rakyat diguna untuk kegunaan peribadi, tak inggat diperhati Yang Maha Kuasa. Duit untuk rakyat diguna sesuka hati.

Namun pemimpin politik yang macam ni banyak yang jatuh masa PRU ke 12 lalu. Naik pemimpin politik baru yang diharap akan telus.

Wasalam.

2 comments:

Cenangau said...

Aku kenai sgt bendahari PAS Kawasan kat PB nu, aku cukup respek Hj ni. Tak pernah dia guna duit jamaan untuk peribadi tapi dia guna duit peribadi untuk jamaah selalu sangat.

Kalau sapa-sapa sanggup ambik jawatan dia sila laaa, memang dia seronok sangat.

gopenghagen said...

salam. tq sbb ziarah blog ana. ni nama tulahan ni, banjar ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...