Banyak orang yang memilih bercuti di tepi laut berbanding di tepi tasik. Sedangkan, banyak tasik yang tidak kalah indah dengan laut. Dari banyak tasik di dunia, inilah 12 tasik yang paling spektakuler.
Tasik ini
terletak di tempat yang tinggi, dalam, jernih, dan menampilkan
pemandangan yang indah. Semuanya boleh dilihat melalui kapal, kereta kabel, pejalan kaki, atau menara kastil.
Merupakan rumah bagi 1.000 spesies ikan, paling banyak di antara tasik lainnya.
Tasik Malawi yang juga disebut Danau Nyasa merupakan tasik ketiga terbesar di Afrika dengan panjang 363 mil dan kedalaman mencapai 50 mil.
Tasik ini terletak di 2.300 kaki di bawah permukaan laut, di antara perbatasan Malawi, Mozambik, dan Tanzania, yang menyokong ratusan penduduk tempatan dengan kekayaan sumber mata airnya, yang sayangnya semakin menipis akibat penangkapan ikan berlebihan.
Bahagian selatannya bersempadan dengan daerah yang kaya kehidupan liar. Cape Maclear, yang merupakan taman nasional air tawar pertama dan kawasan warisan dunia UNESCO pada tahun 1984.
Tasik Peyto terletak di bahagian Alberta, di daerah Pergunungan Canadian Rockies.
Airnya berwarna turquoise yang indah dan kadang-kadang dihubungkan dengan keindahan perairan hangat seperti di Antigua dan Bora-Bora.
Tasik Louise, yang juga ada di Alberta, memang merupakan yang paling terkenal dan sering dijadikan foto pada setem pos dan poster.
Namun, Tasik Peytolah, yang terletak 29 mil sebelah utara Icefields Parkway, di antara pergunungan Canadian Rockies, merupakan yang paling indah untuk diabadikan.
Untuk melihat pemandangan yang lebih dramatik dari tasik yang panjangnya 1,7 mil ini berkelilinglah di hutan yang tebal menuju puncak gunung, lalu turun ke arah Bow Summit, puncak tertinggi dari lorong taman kemudian ikuti lorong hiking untuk melihatnya.
Seribu tahun yang lalu, puncak gunung berapi Cascade Range meletus dan meninggalkan lubang besar yang dikenali sebagai Tasik Crater.
Tasik ini merupakan pusat Taman Nasional yang terletak di sebelah utara Oregon yang menampilkan keindahan alam yang indah dan dahsyat.
Hutan yang hijau dan terletak di ketinggian 2.000 kaki di sekitar tasik , menambah keindahan yang ada. Kedalaman tasik yang mencapai 1.943 kaki menjadikan tasik ini sebagai tasik terdalam di daratan AS dengan warna perairan biru batu permata.
Letak tasik ini adalah 37,38 mil di sebelah selatan Manila. Menjadi terkenal kerana dua sebab, iaitu mempunyai kedalaman yang mencapai 564 kaki dan rumah bagi gunung berapi terkecil di dunia yang paling aktif, Gunung Taal.
Gunung Taal ini terletak di dalam perairan yang berdekatan dengan Pulau Luzon. Tasik ini terbentuk kerana ledakan gunung berapi yang meninggalkan lubang besar.
Semasa ini, pakar gempa meluangkan waktu mereka untuk memonitor pusat gempa dan mengirimkan peringatan letusan kepada Jabatan Pelancongan.
Namun, banyak agen perjalanan yang menawarkan pelancung ke sini walaupun daerah ini sudah diwartakan sebagai zon berbahaya. Jalan selamat untuk melihat pemandangan ini adalah dengan melalui jaan Tagaytay-Taal berhampiran Tagaytay City.













Dari
Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda
melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari
apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. 


