Seorang pengkaji pernah diperintahkan raja Faisal menyelidiki telaga air zam-zam untuk menjawab tuduhan kotor seorang doktor dari Mesir.
Berapa Juta Liter air zamzam?
Berapa
banyak air zam-zam yang di ambil setiap musim haji? Mari kita kira
secara sederhana. Jamaah haji yang datang dari seluruh pelusok
dunia pada setiap musim haji dewasa ini berjumlah kira-kira dua juta
orang.
Semua jemaah diberi 5 liter air zam-zam ketika pulang ke
tanah airnya. Kalau 2 juta orang membawa pulang masing-masing 5 liter
zam-zam ke negaranya, itu sahaja sudah 10 juta liter.
Disamping itu sepanjang
di Mekah, jika kebanyakan jamaah tinggal 25 hari, dan setiap orang
menghabiskan 1 liter sehari, maka jumlahnya sudah 50 juta liter !!.
Keanehan air Zamzam
Pada
tahun 1971, seorang doktor dari negeri Mesir mengatakan kepada akhbar di
Eropah bahawa air Zamzam itu tidak sihat untuk diminum.
Perkiraannya
didasarkan bahawa kota Mekah itu ada di bawah garis permukaan laut. Air
Zamzam itu berasal dari air sisa buangan penduduk kota Mekah yang
meresap, kemudian mendap terbawa bersama-sama air hujan dan keluar
dari telaga air Zamzam. Masya Allah.
Berita
ini sampai ke telinga Raja Faisal yang kemudian memerintahkan Menteri
Pertanian dan Sumber Air untuk menyelidiki masalah ini, dan mengirimkan
sampel air Zamzam ke Laboratorium-laboratorium di Eropah untuk diuji.
Tariq Hussain, jurutera kimia
yang bekerja di Institut Pemurnian Air Laut untuk diminum, di
Jedah, mendapat tugas menyelidikinya.
Pada masa memulai tugasnya, Tariq
belum ada gambaran, bagaimana telaga air Zam Zam boleh menyimpan air yang
begitu banyak seperti tidak ada hadnya.
Ketika sampai di dalam sumur, Tariq amat terkejut ketika menyaksikan bahawa ukuran “kolam” telaga itu hanya 18 x 14 feet saja (Kira-kira 5 x 4 meter).
Tidak terbayang, bagaimana caranya telaga sekecil ini boleh mengeluarkan jutaan galen air setiap musim hajinya. Dan itu berlaku sejak ribuan tahun yang lalu, sejak zaman Nabi Ibrahim AS.
Penyelidikan
menunjukkan, mata air zamzam boleh mengeluarkan air sebanyak 11-18 liter
air persaat. Dengan demikian, setiap minit akan dihasilkan 660 liter
air. Itulah yang mengejutkan.
Tariq
mulai mengukur kedalaman air telaga. Dia minta pembantunya masuk ke dalam
air. Ternyata air telaga itu hanya mencapai sedikit di atas bahu
pembantunya yang tinggi tubuhnya 5 feet 8 inci.
Lalu dia menyuruh pembantunya untuk memeriksa, apakah mungkin ada cerukan atau saluran paip
di dalamnya. Setelah memeriksa dari satu tempat ke tempat lainnya, ternyata tak ditemukan apapun!.
Dia
berfikir, mungkin sahaja air telaga ini diambil dari luar melalui saluran
pam berkapisiti besar. Bila seperti itu kejadiannya, maka dia boleh melihat turun-naiknya permukaan air secara tiba-tiba.
Tetapi dugaan ini pun tidak terbukti. Tidak ditemui gerakan air yang mencurigakan, juga tidak ditemuiada alat yang boleh mendatangkan air dalam jumlah besar.
Seterusnya, dia minta pembantunya masuk lagi ke dalam telaga. Lalu menyuruh berdiri,
dan diam ditempat sambil mengamati sekelilingnya.
Perhatikan dengan
sangat cermat, dan laporkan apa yang terjadi, sekecil apapun. Setelah
melakukan proses ini dengan cermat, pembantunya tiba-tiba mengangkat
kedua tangannya sambil berteriak:
“Alhamdulillah, Saya temuinya !
Pasir halus menari-nari di bawah telapak kakiku. Dan air itu keluar dari
dasar telaga”.
Lalu pembantunya diminta berpusing mengelilingi telaga ketika tiba masa pengepaman air (untuk dialirkan ke tempat pendistribusian air)
berlaku. Dia merasakan bahawa air yang keluar dari dasar telaga sama
besarnya seperti sebelum tempoh pengepaman.
Aliran air yang keluar,
besarnya sama di setiap titik, di semua kawasan. Ini menyebabkan permukaan telaga itu relatif stabil, tidak ada goncangan yang besar.
Mengandungi zat Anti Kuman
Hasil
penyelidikansampel air di Eropah dan Arab Saudi menunjukkan bahawa
air Zam zam mengandungi zat fluorida yang ada daya efektif membunuh kuman, sama seperti sudah mengandungi ubat.
Lalu perbezaan air Zam zam
dibandingkan dengan air telaga lain di Mekah dan sekitar Arab
adalah dalam hal kuantiti kalsium dan garam magnesium.
Kandungan
kedua mineral itu sedikit lebih banyak pada air zamzam. Itu mungkin
sebabnya air zamzam memberi kesan menyegarkan bagi jamaah yang keletihan.
Keistimewaan
lain, komposisi dan rasa kandungan garamnya sentiasa stabil, sentiasa sama
dari sejak terbentuknya telaga ini. “Rasanya” selalu terjaga, diakui oleh
semua jemaah haji dan umrah yang selalu datang tiap tahun.
Boleh Menyembuhkan Penyakit
Nabi saw menjelaskan: ”Sesungguhnya, air Zam zam ini air yang sangat diberkahi, ia adalah makanan yang mengandung gizi”.
Nabi
saw menambahkan: “Air zamzam bermanfaat untuk apa saja yang diniatkan
ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh dari
penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan maksud
supaya merasa kenyang, maka Allah mengenyangkan engkau. Jika engkau
meminumnya agar hilang rasa hausmu, maka Allah akan menghilangkan
dahagamu itu. Ia adalah air tekanan tumit Jibril, minuman dari Allah untuk Ismail”. (HR Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari Ibnu Abbas).
Rasulullah
saw pernah mengambil air zamzam dalam sebuah kendi dan tempat air dari
kulit, kemudian membawanya kembali ke Madinah. Air zamzam itu digunakan
Rasulullah saw untuk memercikkan kepada orang sakit dan kemudian disuruh
meminumnya.
Dalam
penyelidikan ilmiah yang dilakukan di laboratorium Eropah, terbukti bahawa air
zamzam memang lain. Kandungan airnya berbeza dengan telaga-telaga yang ada
di sekitar Makah.
1. Kadar
Kalsium dan garam Magnesiumnya lebih tinggi dibanding telaga lainnya,
berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan kesan penyembuhan.
2. Air Zam zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.
3. Yang juga menakjubkan adalah, tidak ada sedikit pun lumut di telaga ini. Air Zam zam sentiasa bebas dari kontaminasi kuman.
4.
Anehnya lagi, pada masa semua telaga air di sekitar Mekah dalam keadaan
kering, telaga air zam zam tetap berair. Dan air zam zam memang tidak pernah kering
sepanjang zaman.
Beberapa
ulama fiqah merncadangkan agar jamaah haji membawa air zamzam ketika
pulang ke negaranya sebab air zamzam itu boleh sebagai ubat untuk suatu
penyembuhan.
Ini terbukti, banyak jamaah dari negara umat Islam mahupun
negara lain yang pernah merasakan keajaiban air zamzam.
2 comments:
Jual Beli Air Zam Zam disini www.berkahherbal.com/?id=friend18
Jual Beli Air Zam Zam disini www.berkahherbal.com/?id=friend18
Post a Comment