Anda
yang gemar membaca komik Asterix dan anda yang pernah menonton filem
‘Pirates of The Carribean’, tentu ingat karakter jahat ‘Barbarossa’? Sejak zaman pertengahan, aneka macam karya fiksen Eropah dan
Amerika biasa menggunakan nama Barbarossa untuk menamakan karakter seorang
penjahat (biasanya seorang lanun laut jahat).
Kebiasaan para penulis
fiksen Eropah dan Amerika yang selalu menyudutkan ini tiba masanya kita
selesaikan sehingga di sini.
The Barbarosa Brothers
Pada
abad ke-15 masehi, di Laut Mediteranean ada dua lanun laut bersaudara
yang disebut The Barbarossa Brothers. Kedua tokoh ini menjadi legenda
dalam dunia ‘perlanunan’ dan merupakan tokoh pelaut yang sangat
ditakuti orang-orang Eropah pada zamannya.
Kebiasaannya
ialah merompak barang-barang berharga yang diangkut oleh kapal-kapal
milik kerajaan-kerajaan Eropah yang melintasi Laut Mediteranean.
Anak
kapal yang dilanun biasanya diberi dua pilihan; mati kerana melawan atau
hidup dengan menyerah secara sukarela.
Siapakah
sebenarnya Barbarossa yang sangat ditakuti oleh orang-orang Eropah
selama berabad-abad itu? Mengapa hingga zaman sekarang nama itu terus
menghantui benak dan fikiran mereka?
Barbarossa bukanlah sebuah nama. Barbarossa merupakan kata dalam bahasa Latin –gabungan dari kata barber (janggut) dan rossa
(merah). Jadi Barbarrossa bererti janggut merah.
Barbarossa merupakan
julukan yang diberikan oleh para pelaut Eropah kepada adik-beradik Aruj dan Khairuddin dari Turki. Kedua adik beradik ini hanyalah pelaut-pelaut biasa yang rutin berlayar di wilayah perairan Yunani dan Turki.
Pada
suatu hari, tanpa sebab yang jelas, kapal milik keluarga mereka
diserang secara ganas oleh kapal tentera Knight of Rhodes. Dalam
peristiwa ini, adik bungsu Aruj dan Khairuddin mati terbunuh. Aruj dan
Khairuddin sangat terpukul dengan kematian adik bungsu mereka.
Sejak
hari itu, mereka melakukan gerakan lanun laut kepada semua kapal-kapal tentera milik kerajaan-kerajaan Kristian. Gerakan mereka sangat
menggemparkan dan membuat mereka ditakuti tentera Kristian.
Aruj dan
Khairuddin pun kemudian dikenali sebagai The Barbarossa Brothers Pirates
kerana keduanya berjanggut merah.
Kaum
Eropah menyebut Barbarossa sebagai lanun laut, walaupun tidak ada
bendera hitam dan tengkorak yang menjadi simbol lanun laut.
Bendera yang
dipasang Aruj dan Khairuddin di kapal mereka adalah sebuah bendera
berwarna hijau berisi kaligrafi doa Nashrun minallaah wa fathun qariib
wa basysyiril mu’miniin, ya Muhammad, empat nama khulafa ur rasyidin,
pedang Zulfikar dan bintang segi enam Yahudi (Bintang David) kerana anak
kapal yang dipimpin kedua bersaudara ini terdiri daripada orang-orang Islam
dari bangsa Moor, Turki, dan Sepanyol, serta beberapa orang Yahudi.
Pada
tahun 1492 M, Andalusia yang sejak tahun 756 M dikuasai oleh Daulah
Khilafah Islamiyah, jatuh ke tangan Pasukan Salib yang terdiri atas
pasukan Gabungan Aragon dan Sepanyol. Dalam peristiwa penaklukan
Andalusia ini, jutaan orang Islam dan Yahudi mati diserang pasukan yang
dipimpin Raja Ferdinand II dari Aragon.
Perjuangan Jihad Barbarosa
Peristiwa
itu mengubah haluan misi dendam Aruj dan Khairuddin menjadi misi Jihad
Islam. Bantu membantu bersama sekumpulan parajurit bangsa Moor, mereka
kemudian menyelamatkan puluhan ribu Umat Islam dari Sepanyol ke Afrika
utara (Maghribi, Tunisia dan Aljazair).
Kemudian mereka membina asas
pertahanan laut di Aljazair untuk menghadang gelombang serangan Pasukan
Salib dari jalur Afrika Utara menuju Tanah Suci Palestin.
Khalifah
Islam pada masa itu, Sulaiman I, mendengar cerita-cerita kepahlawanan Barbarossa
bersaudara. Sulaiman I sangat kagum pada kepahlawanan mereka.
Memandangkan prestasi mereka di lautan, akhirnya Sulaiman I mengangkat Aruj dan
Khairuddin sebagai Kapudan Pasha (Panglima Angkatan Laut) Khilafah
Islamiyyah untuk memperkemaskan Angkatan Laut Daulah Khilafah Islamiyah yang porak peranda.
Adu Domba Pihak Sepanyol
Pada
tahun 1518 Sepanyol berjaya menghasut Amir kota Tlemcen (Tilmisan)
untuk melancarkan pemberontakan kepada kepemimpinan Aruj. Aruj kemudian
menyerahkan pemerintahan Aljazair kepada Khairuddin untuk sementara.
Lalu ia memimpin pasukan untuk berangkat ke Tlemcen. Hati Aruj sangat
pilu karana ia terpaksa berperang dengan saudara sendiri sesama Muslim.
Akibatnya ia kurang berkonsentrasi dan pasukannya kucar-kacir.
Aruj
sempat melepaskan diri, namun banyak pasukannya yang tertangkap. Kerana hubungan
emosionalnya dengan anak buahnya, Aruj kembali ke Tlemcen untuk
bertempur dan ia gugur dalam pertempuran tersebut.
Dengan
gugurnya Aruj, kepemimpinan Angkatan Laut Daulah Khilafah Islamiyah
beralih ke tangan Khairuddin. Sepanyol mengira bahawa era kejayaan
Barbarossa di Laut Tengah telah berakhir.
Lalu, dengan percaya dirinya,
Sepanyol mengirim 20.000 tenteranya ke Aljazair. Pertempuran hebat pun
terjadi, namun Khairuddin berhasil mengalahkan pasukan laut tersebut.
Sejarah dan Kehebatan Pasukan Janissary
Bagi mengurangkan ancaman dari negeri sekitar Aljazair, selain ancaman
utama Sepanyol, Khairuddin kemudian meminta kepada Khalifah Sulaiman I
agar kekuasaan Amir Tunisia dan Tlemcen dialihkan kepadanya. Sulaiman I
pun setuju.
Pada 1519, Khalifah mengangkat Khairuddin sebagai beylerbey
(Bakhlair Baik) atau wakil Khalifah untuk wilayah Aljazair dan
sekitarnya. Kemudian Khairuddin juga ditugasi memimpin pasukan pasukan
elit Daulah Khilafah Islamiyah, Pasukan Janissary.
Dalam
masa kepemimpinan Khairuddin, Pasukan Janissary berhasil melakukan
banyak penyelamatan Umat Islam di Andalusia. Tercatat mereka melakukan 7
kali pelayaran dengan 36 buah kapal untuk mengangkut Umat Islam Sepanyol
yang diburu bagai haiwan oleh Ferdinand II dan Pasukan Salibnya.
Pertengahan
dekad 1520-an, Pasukan Darat Janissary yang dipimpin terus Khalifah
Sulaiman I berjaya memenangi semua pertempuran darat.
Pada masa yang sama , Pasukan Laut Janissary di bawah pimpinan Khairuddin juga
berhasil mengawal lalu lintas pelayaran di Laut Tengah sepenuhnya.
Keadaan ini menjadikan Pasukan Salib Kristian Eropah menjadi pusing tujuh
keliling.
Akhir Gemilang Barbarosa Sebelum Tutup Usia
Tahun
1538, Pasukan Salib Gabungan Itali-Sepanyol menyerang Preveza yang pada masa
itu merupakan pelabuhan penting di Laut Tengah. Andrea Doria memimpin
40 kapal dan Barbarossa hanya memimpin 20 kapal.
Namun dengan
kecerdikannya, Barbarossa memecah armadanya ke tiga arah dan memerangkap
Pasukan Andrea Doria di tengah untuk kemudian mengebom armada Andrea
Doria habis-habisan.
Andrea
Doria dan armada lautnya pun lari dari pertempuran. Walau begitu,
Khairuddin tidak mengejarnya kerana ia tidak ingin berperang di tengah lautan,
mengingatkan kapal-kapal armada laut Sepanyol mempunyai peralatan yang lebih
canggih. Apalagi ia hanya memimpin 20 kapal.
Tiga
tahun kemudian, Pasukan Salib Gabungan Spanyol-Genoa kembali menyerang
Aljazair dengan kekuatan 200 kapal. Mereka sengaja melancarkan serangan
di luar musim berlayar, untuk menghindari pertemuan dengan Pasukan
Barbarossa.
Rakyat Aljazair di bawah komando Hasan Agha berjuang sekuat
tenaga untuk mempertahankan Aljazair. Charles V dan Andrea Doria yang
memimpin serangan tidak mengira bahawa pertahanan dan strategi perang Hasan
Agha sangat matang, sehingga armadanya pun kacau-bilau.
Ketika
itu pula tiba-tiba taufan laut dahsyat menghentam Laut Mediteranean.
Andrea Doria dan Charles V berjaya selamat, dan kembali ke negerinya
dengan kekalahan pahit.
Tahun
1565, dalam usia senja, Khairuddin Barbarossa memimpin pasukan untuk
merebut Malta dari tangan Knight of St. John. Namun dalam pertempuran
itu, Khairuddin gugur. Kemudian Khairuddin dimakamkan di Istanbul.
Berhampiran kuburnya didirikan masjid dan madrasah untuk mengenangnya.
Hingga kini makam tersebut masih terawat untuk menjadi bukti
kepahlawanan Khairuddin atau Barbarossa yang namanya masih ditakuti
bangsa Eropah hingga zaman sekarang.
Persoalannya,
mungkinkah sejarah barbarossa brother yang amat ditakuti oleh
orang Eropah hingga sekarang itu akan kembali berulang.
No comments:
Post a Comment