Sunday, December 4, 2011

Tulahan : Hempap, Lawatan DHPP dan Cakna Rakyat

Salam,

Sepuluh hari tiada internet menyebabkan banyak maklumat tentang program di kawasan penulis tak diketahui. Tiada internet bukan kerana talian di negara orang putih ini teruk tapi kerana penulis pindah rumah jadi ambil masa untuk dapat sambungan internet kembali.


Blog ini serta blog, web dan facebook jamaah kawasan  juga tak diupdate selama 10 hari. Sebelum tu penulis tahu akan ada program Hempap pemuda negeri di kawasan penulis , akan ada program lujnah kebajikan di kawasan orang Tionghua dan akan ada lawatan anjuran DHPP kawasan ke Kelantan.


Bila dah ada internet baru dapat maklumat program-program ini. Bila tengok gambar dan berita di SINI, program Hempap memang berjaya kumpulkan ribuan pemuda. Cumanya, keadaan cuaca yang hujan pada dua malam ceramah menyebabkan ceramah kurang sambutan.


Namun , himpunan pemuda pada siang hari memang berjaya. Rasa ruginya penulis tak dapat bersama buat kerja dengan pemuda kawasan untuk jayakan program itu. Memang patut pemuda kawasan diberi ucapan tahniah kerana bukan senang nak anjur program besar itu. Target 1000 anak muda dari kawasan penulis juga dikatakan berjaya dicapai.


Unit Amal kawasan juga mainkan peranan besar , separuh dari petugas Unit Amal adalah dari kawasan penulis. Syukurlah, Unit Amal masih ada komitmen dan semangat yang tinggi. Sekurang-kurangnya kurangkan rasa risau penulis kepada Unit Amal kawasan. 


Walaupun tidak semua anggota Unit Amal turun bertugas macam dulu , masih ada separuh anggota yang masih bertahan dan boleh aktif untuk bertugas. Ini juga hasil kesungguhan dan rajin bekerja Penyelaras Unit Amal Kawasan. 


Semasa penulis balik pertama kali ke Malaysia dari negara orang putih, penulis ada buat mesyuarat dan cadangkan Unit Amal lantik penasihat bagi aktifkan semula Unit Amal.  Sudah pun dilantik tapi mungkin penasihat juga banyak tugas jamaah lain maka harapan penulis agar Unit Amal aktif semula masih belum dicapai.


Sebelum itu , penulis pernah cadangkan ada pemuda kawasanyang jadi pembimbing Unit Amal seperti dalam N3 sebelum ini. Tapi masih belum ada pemuda kawasan yang educated  yang mampu bersama Unit Amal . 

Betullah kata seorang anggota Unit Amal kepada penulis sebelum penulis balik semula ke negara orang putih. Tak sama penulis dengan orang lain, mereka masih harapkan penulis bersama Unit Amal apabila balik terus dari negara orang putih. 


Sekali lagi, jamaah kawasan melalui DHPP Kawasan anjur  lawatan orang Tionghua ke Kelantan. Kali ini dapat liputan agak besar dalam media berikutan kenyataan TGNA seperti di SINI . Lawatan kali ini lebih menarik kerana sebahagian besar peserta lawatan adalah anggota MCA dan GERAKAN. 



TGNA dah banyak kali sebut di mana-mana tentang kerapnya jamaah kawasan buat lawatan orang Tionghua ke Kelantan. Penulis pun pernah menulis mengenainya di SINI. Kali ini Kerajaan Kelantan  bagi satu anugerah kepada DHPP Kawasan kerana aktif anjur lawatan orang Tionghua ke Kelantan.


Semua ini juga hasil usaha bekas Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional Kawasan. Macam lawatan lepas-lepas, semua gerak kerja dibuatnya bersama AJK DHPP. 


Beliau minta tak mahu pegang jawatan Pengerusi Lujnah kerana nak bagi orang muda supaya ada kesinambungan bila dia tiada. Jamaah kawasan terima dan lantik orang baru, namun tak semua orang boleh buat kerja macam bekas Pengerusi Lujnah. Setakat ini, pengantinya masih belum mampu gerakkan Lujnah jika bekas pengerusi tak gerakkan.


Program cakna rakyat Lujnah Kebajikan terus dilaksanakan , kali ini di komuniti orang Tionghua. Ramai yang hadir dan gembira kerana jamaah prihatin dengan mereka. Tambah seronok orang Tionghua bila Pusat Khidmat Parlimen ada sediakan teh tarik dan roti canai . Wakil Rakyat parlimen juga hadir raikan mereka.


Semua program dalam seminggu ini, banyak kerja yang perlu dibuat. Penulis rasa simpati tapi tak dapat bantu Ajk Kawasan, Pemuda , Muslimat yang bersungguh-sungguh jayakan program. Pun begitu, penulis harap janganlah dibebankan tugas hanya kepada beberapa orang Ajk.


Sama-samalah membantu, perhatikan Ajk mana yang banyak tugas. Ajk yang kurang tugas , jangan nanti disuruh bantulah sama supaya tidak ada yang rasa terbeban. 


Masih ada komen dari OCS (Orang Cari Salah) bahawa jentera pilihanraya kawasan tidak bergerak. Semua program dalam seminggu memang namanya tidak ditulis pilihanraya tapi semuanya menjurus ke arah itu. 


Jika ceramah 12 ceramah kelompok dalam masa dua minggu pun dikatakan jentera pilihanraya tak bergerak. Tak tahu la nak kata apa lagi, mungkin boleh suruh OCS ini namakan jamaah kawasan lain yang boleh buat program macam jamaah kawasan. 


Wassalam

1 comment:

Art Pokon said...

welcome back ... teruskan menulis ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...