Prof Leopold Werner von Ehrenfels, seorang psikiater dan sekaligus neurology dari Austria, menemui sesuatu yang menakjubkan terhadap
wudhu. Ia mengemukakan satu fakta yang sangat mengejutkan.
Bahawa pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di sebelah dahi, tangan, dan kaki.
Pusat-pusat saraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar. Dari
sini ia menemui hikmah di sebalik wudhu yang membasuh pusat-pusat saraf
tersebut. Malah ia mencadangkan agar wudhu bukan hanya milik dan
kebiasaan umat Islam, tetapi untuk umat manusia secara keseluruhan.
Dengan
sentiasa membasuh air segar pada pusat-pusat saraf tersebut, maka
bererti orang akan memelihara kesihatan dan keselarasan pusat sarafnya.
Pada akhirnya Leopold memeluk agama Islam dan mengganti nama menjadi Baron Omar Rolf Ehrenfels.
Ulama Fekah
juga menjelaskan hikmah wudhu sebagai bahagian dari usaha untuk
memelihara kebersihan fizikal dan rohani. Anggota badan yang dibasuh dalam air
wudhu, seperti tangan, kawasan muka termasuk mulut, dan kaki memang
paling banyak bersentuhan dengan benda-benda asing termasuk kotoran.
Kerana itu, wajar kalau anggota badan itu yang harus dibasuh.
Ulama tasawuf
menjelaskan hikmah wudhu dengan menjelaskan bahawa anggota badan yang
dibasuh air wudhu memang daerah yang paling sering berdosa. Kita tidak
tahu apa yang pernah diraba, dipegang, dan dilakukan tangan kita. Banyak
pancaindera tersimpul di bagian muka.
Berapa orang
yang jadi korban setiap hari dari mulut kita, berapa kali berbohong,
memaki, dan membicarakan aib orang lain. Apa saja yang dimakan dan
diminum. Apa saja yang baru diintip mata ini, apa yang didengar oleh
telinga ini, dan apa saja yang baru dicium hidung ini? Ke mana sahaja kaki
ini berjalan setiap hari?
Tegasnya, anggota badan yang dibasuh dalam wudhu ialah anggota yang paling berisiko untuk melakukan dosa.
Organ
tubuh yang menjadi anggota wudhu disebutkan dalam ayat al-Maidah [5]:6,
adalah wajah, tangan sehingga siku, dan kaki sehingga hujung kaki.
Dalam hadis
riwayat Muslim juga dijelaskan bahawa, air wudhu mampu mengalirkan
dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh mata, hidung, telinga,
tangan, dan kakinya, sehingga yang berkaitan bersih dari dosa.
Kalangan
ulama melarang mengeringkan air wudhu dengan kain kerana dalam redaksi
hadis itu dikatakan bahawa proses pembersihan itu sampai titisan terakhir
dari air wudhu itu (ma’a akhir qathr al-ma’).
Wudhu dalam Islam masuk di dalam Bab al-Thaharah (penyucian rohani), seperti halnya tayammum, syarth, dan mandi junub. Tidak disebutkan Bab al-Nadhafah (pembersihan secara fisik). Rasulullah SAW selalu berusaha mempertahankan keabsahan wudhunya.
Yang
paling penting dari wudhu ialah kekuatan simboliknya, yakni memberikan
rasa percaya diri sebagai orang yang ‘bersih’ dan setiap waktu dapat
menjalankan ketaatannya kepada Tuhan, seperti mendirikan solat,
menyentuh atau membaca mushaf Al-Quran.
Wudhu sendiri akan menghalang
diri untuk menghindari apa yang secara spiritual merosak citra wudhu.
Dosa dan kemaksiatan berkontradiksi dengan wudhu.
1 comment:
Pada para 9, penulis tulis "Organ tubuh yang menjadi anggota wudhu disebutkan dalam ayat al-Maidah [5]:6, adalah wajah, tangan sehingga siku, dan kaki sehingga hujung kaki". Penulis tertinggal "sapulah kepala' yg juga anggota wudhu.
Post a Comment