Dikisahkan, seorang salaf berkata,
"Dahulu aku adalah seorang yang tenggelam dalam berbagai macam perbuatan
maksiat dan pemabuk.
Pada suatu hari aku menemui seorang anak
yatim yang miskin. Lalu aku ambil anak yatim itu dan aku berbuat baik
kepadanya.
Aku
menyayanginya seperti seorang ayah menyayangi anaknya, bahkan lebih.
Malamnya aku tidur dan bermimpi bahawa kiamat sudah tiba. Aku dipanggil
menuju hisab.
Kemudian aku diperintahkan untuk masuk neraka kerana
banyaknya dosa dan maksiat yang aku kerjakan.
Malaikat
Zabaniyyah menyeretku untuk memasukkanku ke dalam neraka. Semasa itu aku
merasa kecil dan hina di hadapan mereka.
Tiba-tiba anak yatim itu
menghadang di tengah jalan sambil berkata, 'Tinggalkan ia wahai malaikat
Rabb-ku! Biarlah aku memintakan syafaat untuknya kepada Rabb-ku! Dialah
yang dulu telah berbuat baik kepadaku, telah memuliakanku!'
Malaikat
berkata, 'Tetapi aku tidak diperintahkan untuk itu.' Kemudian
terdengar seruan dari Allah, firman-Nya, 'Biarkan dia, sungguh Aku telah
mengampuninya dengan syafaat anak yatim itu dan kebaikannya kepadanya!'
Lalu aku terbangun dan aku pun bertaubat kepada Allah 'azza wa jalla,
dan aku terus berusaha semaksima mungkin untuk mencurahkan kasih
sayang kepada anak-anak yatim."
No comments:
Post a Comment