Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat
diterima seseorang itu selepas matinya.
1. Sesiapa yang mendirikan masjid
maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk
beramal ibadat di dalamnya
2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi
ada orang yang minum daripadanya.
3. Sesiapa yang menulis mushaf ia
akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
4. Orang yang
menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
5.Sesiapa yang
menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau
burung.
6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia
diamalkan oleh orang yang mempelajarinya. Orang yang meninggalkan anak
yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan
beristighfar baginya
7. yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an
maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu
mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.
Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila
telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :
1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah) 2. Ilmu yang
berguna dan diamalkan 3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.I Luv Islam
No comments:
Post a Comment