Saturday, December 24, 2011

10 cara mengerikan haiwan membunuh manusia

Alam memang indah, tetapi juga dapat membahayakan dan kadang-kadang, benar-benar buruk. Berikut adalah daftar 10 cara paling mengerikan di mana haiwan dapat membunuh anda.

10. Disambar elektrik

oleh belut elektrik
Belut elektrik adalah salah ssatu jenis penghuni bahaya di sungai Amerika Selatan. Bukan hanya satu, tapi tiga organ khusus untuk menghasilkan arus elektrik cukup kuat (600 volt, kadang-kadang lebih) cukup untuk menjadikan pengsan atau membunuh manusia dewasa. 

Perkara ini diyakini sebagai penjelasan bahawa banyaknya orang hilang yang sedang berenang di sungai Amazon dan Orinoco, disebabkan kerana mereka menjadi terkejut oleh belut elektrik lalu tenggelam. Banyak dari kematian ini sering disalahkan pada serangan oleh haiwan pemangsa seperti piranha atau caiman.

9. Tercekik

oleh python / anaconda
Phyton dan anaconda tidak berbisa. Haiwan ini mempunyai gigi yang sangat tajam untuk mencengkam mangsanya, tetapi bergantung pada pembelitan untuk membunuh. 

Ini bererti, haiwan ini melilit mangsa dan melemaskan sehingga mangsa yang malang tidak mempunyai ruang untuk bernafas. Setiap kali mangsa cuba menarik nafas, ular mencengkam lebih kuat.. Lilitan mematikan ini begitu kuat sehingga darah tidak boleh mengalir.

8. Ditenggelamkan dan dikoyak

oleh buaya
Di antara haiwan pemangsa besar, buaya adalah yang membunuh sejumlah besar orang setiap tahun. Haiwan ini sering dikatakan beberapa binatang yang melihat manusia masih sebagai mangsanya. 

Buaya mempunyai teknik membunuh yang terkenal, iaitu “putaran maut”. Buaya memegang mangsanya dengan rahangnya (biasanya leher), menyeretnya ke dalam air dan memutarkan tubuhnya, ini biasanya cukup untuk memotong-motong tubuh mangsa yang malang.

Bahagian yang paling menakutkan adalah bahawa buaya benar-benar tidak peduli jika mangsa masih hidup atau mati ketika mulai memakannya.

7. Digigit menembus otak

oleh jaguar
Cara membunuh jaguar berbeza dengan keluarga lainnya sesama kucing ataupun singa, yang biasanya menggigit leher mangsa sehingga mematahkannya , melainkan menggigit melalui tengkorak dan menembus otak, menyebabkan kematian mangsa . 

Ini kerana taring panjang dan tebal, dan rahang sangat kuat untuk melakukan tindakan ini (sebenarnya, gigitannya lebih kuat dari pada singa atau harimau itu, relatif terhadap ukurannya). 
 
Jaguar tidak menggigit melalui bahagian atas tengkorak, melainkan menusuk taringnya ke telinga mangsa! Dapatkah anda membayangkan taring kucing raksasa menusuk melalui telinga anda dan masuk ke otak anda?

6. Dikoyak burung raksasa

oleh kasuari
Kasuari dimasukkan oleh Guinness World Records sebagai burung di dunia yang paling berbahaya, Kasuari mempunyai cakar, seperti pisau belati -besar di hujung kedua kakinya. 

Ketika berhadapan dengannya, ia akan melompat ke udara dan menendang musuh, menggunakan cakar membunuh menyebabkan cedera serius. 

Tendangan ini cukup kuat untuk memecahkan organ dalaman anda dan menyebabkan pendarahan serius dan berakhir dengan kematian.

5. Wajah yang dirobek-robek

oleh beruang sloth
Beruang Sloth kebanyakan ditemuidi India dan Sri Lanka, di mana penduduk asli takut padanya melebihi harimau atau ular. Dikatakan bahawa haiwan ino membunuh sekurang-kurangnya satu orang /minggu di India, dan haiwan ini nampaknya sering menyerang tanpa provokasi. 

Jika berhadapan dengannya, beruang sloth sangat berkemungkinan untuk menyerang anda. Dibunuh oleh Beruang Sloth sangatlah mengerikan kerana cara haiwan ini menggunakan gigi yang sangat panjang dan cakar tajam untuk merobek wajah mangsanya. 

Mangsa yang cukup beruntung jika terlepas dari kematian setelah serangan beruang sloth, biasanya telah kehilangan salah satu dari kedua mata, hidung, bibir, dan lain-lain.

4. Tersedak Semut

oleh semut siafu
Spesies ini merupakan satu-satunya serangga Afrika yang diketahui benar-benar menyerang dan memakan manusia. Serangan biasanya terhadap orang tidur, bayi ditinggalkan, dan setidaknya seorang  mabuk yang patah kaki dan tidak boleh melarikan diri dari pasukan semut, semuanya telah dilaporkan menemui maut.

Apa yang membuat serangga ini begitu menakutkan, adalah bahawa semut ini boleh menggigit dan menyengat, tapi itu bukan caranya membunuh anda. 

Sepanjang serangan itu, semut ini akan cuba untuk pergi ke rongga yang dapat mereka temui, termasuk mulut dan hidung, dan mangsa dikatakan meninggal kerana asphyxia setelah semut merangkak ke dalam paru-paru mangsa!

3. Infeksi yang Menyakitkan

oleh candiru
Candiru akan berenang ke dalam uretra atau anus (kemaluan) manusia, baik lelaki dan perempuan, dan terlekat di sana dengan duri yang menusuk. 

Keadaan ini sangat menyakitkan dan berpotensi membawa maut, kerana ketika mangsa meninggalkan air, ikan akan mati dan ikan ini mulai membusuk. 

Infeksi yang dihasilkan telah menyebabkan banyak kematian di daerah terpencil di Amerika Selatan di mana tidak ada hospital, kerana prosedur bedah sangat diperlukan untuk mencabut ikan dari bahagian-bahagian peribadi anda.

2. Dimakan hidup-hidup

oleh hyena
Memang, tidak umum bagi haiwan untuk mengunyah usus mangsanya selagi masih hidup. Tetapi tidak untuk hyena. 

Kematian mangsa biasanya kerana terkejut atau kehilangan darah, tapi tetap sahaja, menjadi hidup sementara kumpulan pemangsa rakus meratah pada isi perut anda sangatlah menyeramkan untuk kebanyakan orang.

1. Mati kelaparan

oleh cacing pita
Cacing pita dapat berpindah pada anda melalui makan daging mentah atau kurang matang. Setelah tertelan, makhluk itu akan melekatkan dirinya ke dinding usus dan menyerap semua nutrisi makanan. 

Jika tidak diubati, infeksi cacing pita pada akhirnya dapat menyebabkan kematian kerana kelaparan, kadang-kadang larva cacing pita dapat menemui jalan ke dalam otak anda, menyebabkan kejang, dan segala macam masalah neurologis. 

Jadi, kejang memiliki kemungkinan ada cacing di dalam otak anda sebelum anda mati kelaparan karena cacing dewasa di usus besar anda.Kaskus

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...