Ternyata
mandi tidak hanya menyegarkan badan, tapi ada manfaat lain di sebalik
itu. Baru-baru ini ada kajian mengenai mandi dimana selain
untuk membersihkan tubuh badan ternyata mandi juga mempunyai peranan dalam
meningkatkan sistem ketahanan, mencegah penyakit kulit, malah untuk
menyembuhkan masalah perubatan yang serius.
Beberapa hasil kajian yang menunjukkan bahawa mandi itu berkhasiat antara lain:
1. Pengidap Diabetes
Untuk pengidap diabetes, dengan setengah jam mandi (berendam) dalam tong air panas (suam) dapat menurunkan kandungan gula dalam darah kira-kira 13%.
2. Kesihatan Jantung
Dengan mandi (berendam) selama 10 minit dalam air panas (suam) dapat memperbaiki kesihatan jantung baik lelaki maupun wanita.
3. Eksema
Eksema adalah radang kronik kulit yang kering dan gatal. Untuk pengidap penyakit kulit seperti eksema, ruam, gatal-gatal dapat menambahkan baking soda(serbuk penaik) ke dalam tong mandi kerana berdasarkan kajian baking soda itu bertindak sebagai antiseptik.

Caranya pertama, isi air dengan air panas (suam), tambahkan kira-kira satu senduk baking soda dan kacau sehingga rata. Dianjurkan mandi selama 10-20 minit.
4. Infeksi
Untuk infeksi seperti ulser mulut dapat menambahkan pada air suam iaitu tiga atau empat cuka (perasa masam) dari jus buah epal dan mandi (berendam) selama 15-20 minit. Ini juga baik untuk mengeluarkan racun dari dalam tubuh kerana cuka dapat menseimbangkan kembali asam.
5. Selsema dan Sakit Kepala
Untuk menyembuhkan selsema dan sakit kepala dapat dilakukan dengan merendam kaki dalam air panas (suam). Masukkan air suam secukupnya dalam tong sampai menutup kaki dan pergelangan kaki, tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Setelah selesai bilas dengan air sejuk. Lakukan selama 10-20 minit.
6. Insomnia
Untuk pengidap insomnia atau yang memiliki masalah tidur dapat merendam kaki dalam air sejuk. Masukkan kaki sehingga kaki merasa sejuk. Pengubatan ini juga berguna bagi kaki lemah, pendarahan hidung, dan sembelit.
7. Sirkulasi
Jika anda mengalami masalah sirkulasi maka cubalah dengan mulai merendam kaki selama satu atau dua minit dalam air panas suam, kemudian 30 minit dalam air sejuk. Cubalah lakukan selama 15 minit kemudian diselesaikan dengan air sejuk.
Manfaat dan petunjuk mandi yang sihat
Mandi air panas sekitar 32-35 darjah Celsius dapat membuka rongga kulit yang dapat membantu mengeluarkan racun. Dimana berfungi membantu menurunkan kandungan gula dalam darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan selama 10-20 minit.
Ternyata
mandi air sejuk dapat menghilangkan stress kerana meredakan
ketegangan, dan dianjurkan dengan suhu kira-kira 12-18 darjah Celcius.
No comments:
Post a Comment