Wednesday, July 20, 2011

Doa Rasulullah yang tidak popular di zaman ini


Tidak ada orang mahu miskin. Semua mahu kaya, mahu rezekinya murah, mahu hidupnya mewah, mahu urusan duniawinya dipermudahkan. Tidak ada yang mahu miskin, kekurangan, apalagi melarat.

Semua mahu hidup senang di dunia, mewah dan berlebihan tanpa memikirkan apa yang menimpa terhadap dirinya dari kekayaan yang diberikan kepadanya. 


Malah sebahagian dari mereka berusaha agar boleh kaya dengan cara apapun. Dengan cara halal atau dengan cara haram. Semua cara dilakukan, yang penting boleh kaya dan mendapat duit.

Banyak sekali do'a-do'a yang diajarkan Nabi kita Muhammad saw agar boleh dapat kekayaan, murah rezeki dan hidup senang, diantaranya yang diriwayatkan oleh Abu Abdullah Muhammad al Qurtubi dalam tafsirnya yang menulis bahawa kebaikan di dunia sangat luas mencakupi diantaranya: 


kesihatan, isteri yang soleh, anak dan keturunan, ilmu, ibadah dan pula harta benda dan kekayaan. Ini semua termasuk dalam kategori kenikmatan duniawi.

Di lain ayat Allah berfirman "dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari kenikmatan duniawi". Alqashash 77

Di samping do'a-do'a yang diajarkan untuk rezeki murah, ada pula do'a-do'a yang tidak popular di zaman ini yang diajarkan Rasulullah SAW agar meminta kepada Allah kemiskinan

"Ya Allah, hidupkan aku miskin. Matikan aku miskin. Dan kumpulkan aku kelak di Padang Mahsyar ke dalam kelompok kaum miskin".


Doa diatas tadi jarang sekali dibaca tapi memang itu kenyataan doa yang diajarkan Rasulullah SAW agar meminta kepada Allah kemiskinan.

Suatu ketika Rasulullah pernah ditanya tentang syurga dan ahlinya, beliau menjelaskan bahAwa penghuni yang paling ramai di syurga adalah orang miskin. Yang dimaksud di sini tentu bukan semua orang miskin masuk syurga. akan tetapi kebanyakan penghuni surga adalah orang miskin yang sabar, soleh, taat kepada Allah dan banyak beribadah.

Miskin. Siapa suka miskin? Semua lari dari kemiskinan dan takut miskin. Ini kenyataan hidup sekarang ini. Tidak ada orang ingin hidup miskin. Bercadang ingin jadi miskin, bermimpi jadi orang miskin atau bertemu dengan kemiskinan atau kesusahan sahaja sama sekali tidak dibayangkan.

Tapi kalau kita teliti dengan saksama memang itulah kenyataan sebahagian falsafah hidup yang diajarkan Rasulullah SAW kepada kita. Dan baginda sendiri ternyata hidup dalam keadaan miskin. Ketika beliau wafat, tidak ada harta yang diwariskan untuk keluarganya dan diketahui baju besinya masih tergadai pula. Rahsia apa sebenarnya yang terkandung dalam gaya hidup seperti baginda itu ?

Begitu pula para sahabat Nabi kebanyakannya mereka hidup dalam kekurangan dan kemiskinan. Hidup berlebihan atau kaya sangat jarang kita dapatkan dalam kisah kehidupan para sahabat Rasulullah. Ada diantara mereka yang kaya seperti Usman bin Affan dan Abdurahman bin Auf, tapi mereka pun berusaha menginfa'kan dan rela mengeluarkan hartanya ke jalan Allah agar jadi miskin.

Imam besar Ali RA hidup miskin dan serba kekurangan. Malah setelah berkahwin dengan Fatimah binti Rasullah beliau tidak mampu mengambil seorang pembantu. 


Ketika isterinya, Fatimah, datang kepada ayahnya minta kepada beliau seorang pembantu. Rasulullah pun berkata "Wahai anakku bersabarlah. Sesungguhnya sebaik baiknya wanita adalah yang bermanfaat bagi keluarganya"

Contoh lainnya, pernah satu ketika Rasulallah SAW datang menziarahi ke rumah anaknya, Fatimah. Ketika beliau melihat anaknya mengenakan subang dan rantai diperbuat dari perak, begitu pula beliau melihat selak pintu rumahnya diperbuat dari bahan sejenis perak, Rasulullah segera keluar dari rumahnya dan kelihatan tanda tanda kemarahan di wajah beliau. Beliau naik ke atas mimbar.

Fatimah pun mengetahui maksud kemarahan ayahnya. Maka ditanggalkan subang, rantai dan selak pintu yang terbuat dari perak dan segera diserahkannya kepada Nabi di atas mimbar seraya berkata "Jadikanlah semua ini di jalan Allah, ya abati".

Ya Allah Ya Robb, adakah lagi perempuan perempuan sehebat Fatimah RA di zaman ini ??

Wahai kaum muslimin, seandainya dunia ini bernilai di sisi Allah sebesar sayap nyamuk, maka tidak ada seorang orang kafir diberi minum setitis pun"

Jadi, mengapa Rasulullah SAW mengajarkan doa jadi miskin? Rahsia apa sebenarnya yang terkandung dalam doa dan contoh yang beliau berikan ?

Orang kaya yang hanya memikirkan diri sendiri, serakah, tamak, dan kedekut, orang semacam ini dikategorikan orang kaya tapi berjiwa miskin. Sebaliknya orang miskin yang menerima nasib, bersabar, tabah dengan segala musibah yang menimpah dirinya, dan redha serta bersyukur dengan apa yang telah diberikan Allah, ia adalah orang miskin berjiwa kaya .sayaberitahu

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...