Sejak
dahulu manusia berlumba-lumba membina bangunan yang megah yang
memiliki nilai seni bina yang tinggi. Tidak mahu kalah dengan manusia,
binatang pun mempunya nilaiseni bina yang tinggi dalam membina sarangnya, malah keindahannya sering tidak dapat kita bayangkan bagaimana cara binatang ini membinanya.
Berikut
ini adalah senarai sarang binatang yang indah dan menakjubkan.
Antaranya sarang burung, semut, anai-anai, katak, memerang, dan katak
dan sebagainya. Sarang-sarang ini dibina dengan “tangan” mereka
sendiri, tanpa bantuan arkitek mahupun kontraktor.
1. Sarang Burung Penenun
Burung
penenun membina sarang kekal pada pokok dan objek lainnya yang
tinggi. Sarang ini akan cukup besar untuk rumah puluhan keluarga burung,
berisi beberapa generasi sekaligus.
Sarang
yang sangat terstruktur memberikan burung rasa yang lebih nyaman
dibanding keadaan di luar. Pusat bilik tetap panas dan digunakan untuk
malam hari dan mengeram telur. Luar ruangan yang digunakan untuk
berteduh di siang hari.
2. Sarang Semut
Komplek
sarang semut dibina oleh banyak anggota koloni. Sarang semut
dibina di bawah tanah atau di atas pokok. Sarang semut ini dapat
ditemui di dalam tanah, di bawah batu atau kayu dan di dalam batu
berongga.
Bahan yang digunakan untuk pembinaa adalah tanah dan
tanaman.Sarang semut selalu dikawal ketat dari penganggu.
3. Sarang Memerang
Sarang empangan memerang dibuat sebagai perlindungan terhadap pemangsa, seperti Koyot, serigala dan beruang, dan untuk memberikan kemudahan menyimpan
makanan sepanjang musim sejuk.
Memerang selalu bekerja di malam hari
dan produktif membina, membawa lumpur dan batu dengan bahagian depan
dipagar dengan kayu yang dipotong dengan gigi.
Oleh sebab itu, menghancurkan sebuah sarang empangan memerang tanpa mengeluarkan memerang adalah sukar, terutama jika empangan hilir adalah sebuah
penginapan aktif. Memerang dapat membina dasar seperti empangan dalam masa satu malam.
4. Sarang Lebah Madu
Lebah
madu adalah salah satu spesies dari lebah yang membina sarangnya
dari lilin yang berasal dari nektar bunga yang lalu diproses menjadi
lilin oleh tubuh lebah sendiri. Sarang lebah sendiri selalu memberikan
banyak manfaat bagi kehidupan manusia.
5. Sarang Anai-Anao
Anai-anai pekerja membina dan mempertahankan sarang koloni seperti
rumah. Ini adalah struktur rumit yang dibuat dengan menggunakan kombinasi
dari tanah, lumpur, kayu yang dikunyah/selulosa, dan air liur.
Sarang anai-anai terdiri dari terowong seperti galeri yang efektif memberikan
udara dan mengawal keseimbangan CO2/O2, serta membolehkan untuk
memindahkan anai-anai melalui sarang.
Sarang
biasanya dibina di bawah tanah, dalam potongan-potongan kayu besar,
pokok-pokok tumbang di dalam atau tinggal di puncak pokok. Beberapa
spesies membina di atas tanah, dan dapat berkembang menjadi busut
yang menakjubkan.
6. Katak Pokok
Seperti
namanya, katak ini biasanya ditemuidi sangat tinggi atau pokok dan
tumbuh-tumbuhan yang tinggi. Katak ini biasanya tidak turun ke tanah,
ketika bertelur katak pokok membina busa pada daun dan sepanjang hidup
hingga dewasa jarang sekali meninggalkan pokok.
woamu.mangaku
No comments:
Post a Comment