Seekor
kaldai milik seorang petani jatuh ke dalam perigi. Sang petani letih
berfikir apa yang harus dilakukannya terhadap kaldai tersebut.
Akhirnya, sang petani memutuskan untuk menanam kaldai itu hidup-hidup
di dalam perigi.
Memandangkan kaldainya sudah tua dan perigi tersebut
harus ditimbus kerana akan membahayakan haiwan dan juga orang lain yang
melintas. Jadi tidak ada gunanya menolong sang kaldai. Ia pun memanggil jirannya untuk membantu menimbus perigi tersebut. Mereka membawa cangkul dan mula memasukkan tanah ke dalam perigi.
Sang
keledai terkejut menyedari kenyataan yang harus dihadapinya. Dengan
spontan ia terus meronta-ronta ketika tanah dijatuhkan ke atas badannya. Tapi kemudian ia terdiam. Setelah beberapa cangkul tanah
dituangkan ke dalam perigi dan tidak lagi terdengar suara kaldai yang
meronta-ronta, sang petani melihat ke dalam perigi. Namun ia tercengang
dengan apa yang dilihatnya.
Walaupun badannya terus ditimpa oleh bercangkul-cangkul tanah dan kotoran, si
kaldai melakukan sesuatu yang menakjubkan. Ia menggoncang-goncangkan
badannya agar tanah yang menimpa badannya jatuh ke bawah, lalu ia pun
menaiki tanah itu.
Si petani terus menuangkan tanah dan kotoran ke atas badan haiwan itu, namun si kaldai juga terus mengguncangkan badannya
dan kemudian melangkah naik. Si kaldai akhirnya berhasil meloncat
keluar dari perigi dan melarikan diri.
Apa
yang boeh kita dapat dari pelajaran ini? Kehidupan terus sahaja
menuangkan segala macam tanah dan kotoran kepada kita. Cara untuk keluar
dari ‘perigi' (kesedihan dan masalah) adalah dengan menggoncangkan
segala tanah dan kotoran dari diri kita (fikiran dan hati kita) dan
melangkah naik dari ‘perigi' dengan menggunakan hal-hal tersebut sebagai
pijakan.
Setiap
masalah kita merupakan satu batu pijakan untuk melangkah. Kita dapat
keluar dari ‘perigi' yang terdalam dengan terus berjuang, jangan pernah
menyerah. Goncangkan hal-hal negatif yang menimpa dan melangkahlah naik.Motivasi Keeboo
No comments:
Post a Comment