Hari Jumaat mempunyai kedudukan tersendiri di dalam Islam, baik dari
sisi keutamaan, sejarahnya dan juga disyariatkan amalan-amalan sunnah
yang berlipat ganda pahalanya.
Sangat wajar jika kita
menyambutnya sepenuh hati dan sukacita, malah Rasulullah SAW juga
menyebutnya sebagai hari raya. Jumaat memang hari raya mingguan, yang
kadang-kadang sering kita lupakan.
Agar kita bertambah semangat dalam menyambut hari Jumaat, dan mengisinya
dengan seberapa banyak amalan utama, maka perlu kita sedikit melihat apa
sesungguhnya keistimewaan hari Jumaat.
Berikut adalah sebab kita bergembira di
hari Jumaat, sesuai dengan pengkhabaran hadits dan riwayat sahih
diantaranya sebagai berikut :
Pertama : Hari Jumat sebagai hari terbaik dan bersejarah
Dari Abi Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda: Hari terbaik terbitnya matahari adalah pada hari Jum’at, pada hari itu Adam diciptakan, pada hari itu pula dimasukkan ke dalam syurga dan pada hari itu tersebut dia dikeluarkan dari syurga” (HR. Muslim)
Sebagai hari terbaik, maka layaklah kiranya kita menyambut dengan
segenap kebaikan dalam semangat dan niatan beribadah. Harus ada yang
berbeda pada hari jumat, sebagaimana sejarah dan syariat kita telah
mencontohkannya.
Kedua : Jumaat adalah hari raya mingguan umat Islam
Di antara keutamaan hari Jumaat adalah Allah subhanahu wata’ala menjadikan hari tersebut sebagai hari raya mingguan bagi umat Islam.
Dari Ibnu Abbas ra, Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya hari ini
adalah hari raya, Allah menjadikannya istimewa bagi kaum muslimin, maka
barangsiapa yang akan mendatangi solat Jum’at maka hendaklah dia
mandi”. (Ibnu Majah)
Setiap hari raya memberikan keceriaan dan kebahagiaan, maka mari jadikan hari Jumaat ini sebagai berbagi kebahagiaan, baik kepada orang lain mahu pun keluarga. Pastikan sedekah ditunaikan, dan pastikan menu hari penuh kenangan.
Ketiga : Pada hari Jumaat doa kita lebih mustajab
Kita berbahagia kerana inilah hari terbuka peluang doa kita. Mari mengisinya dengan bermunajat kebaikan sambil melantunkan doa-doa penuh harapan, khususnya pada waktu-waktu yang mustajab sebagaimana diisyaratkan Rasulullah SAW. Diriwayatkan oleh Muslim di dalam kitab shahihnya dari Abi Hurairah radhhiyallahu a’nhu bahwa Nabi Muhammad shalallahu’alaihi wasallam bersabda:
Sesungguhnya pada hari Jum’at
terdapat satu saat tidaklah seorang muslim mendapatkannya dan dia dalam
keadaan berdiri solat dia meminta kepada Allah suatu kebaikan kecuali
Allah memberikannya, dan dia menunjukkan dengan tangannya bahawa saat
tersebut sangat sedikit. ( HR. Muslim no: 852 dan Al-Bukhari no: 5294)
Keempat : Dosa-dosa kecil kita diampuni pada hari Jumaat
Siapa yang tidak mempunyai dosa dalam menjalani hari-harinya ? Sungguh kita bukanlah malaikat yang bebas dari segala dosa. Setiap hari ada sahaja maksiat yang tanpa sengaja mahu pun sengaja kita lakukan. Maka setiap hari tibanya Jumaat, berharaplah ini menjadi momentum penggugur dosa.
Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda : Solat lima waktu, dari Jumaat ke Jumaat, dan Romadhan ke Romadhan, adalah penghapus dosa antara satu dan lainnya selama dijauhi dosa-dosa besar. (HR Muslim dan lainnya)
Selamat mengisi hari Jumat dengan amal penuh semangat.Detik Islam
No comments:
Post a Comment