Buku  ‘Menerjang Badai’ yang diforumkan di Kelantan dilihat  seakan difensif  ketika menjawab beberapa persoalan mengenai buku  kontroversi Dr Mujahid  Yusof Rawa, iaitu ‘Menuju PAS Baru’.
Wakil  Jabatan Urusetia Penerangan PAS Kelantan memberitahu, Ustaz  Ridhwan  Mohd Nor dilaporkan langsung tidak menjawab soalan moderator  mengenai  ‘Teori Lekuk’ yang dikemukakan oleh Dr Mujahid.
Sebaliknya, jawapan Ridhwan hanya berkisar mengenai sejarah am pergerakan PAS sahaja.
Justeru  wacana tersebut gagal menolak cadangan Dr Mujahid supaya  kepemimpinan  PAS perlu berubah sekarang selari dengan zaman sekarang  tanpa perlu  regid pada kepemimpinan ulama mahupun profesional.
“Dia  (Ridhwan) tak jawab soal lekuk ketiga (dari buku Menuju PAS  Baru), dia  dok pusing pasal sejarah saja seolah-Olah PAS tidak ada  masalah, tidak  ada masalah UG (kerajaan perpaduan).
“Dia  (Ridhwan) dok pusing keperluan merujuk pada sumber yang betul   seolah-olah sumber sejarah yang relatif itu hanya satu sumber sahaja,   iaitu buku dia.
“Biasa  lah…buku (yang menjelaskan) ‘konflik organisasi’ PAS nak  dijawab  dengan ‘sejarah’, beginilah jadinya,” respons wakil penganjur.
Tindakan  Ridhwan itu katanya lagi bak mencabar pasukan tertentu  bermain bola,  tetapi pemain pasukannya itu masuk ke padang bola memakai  kasut  permainan takraw.
“Orang dok nak main bola tapi dia nak cabar, pastu dok jawab perlunya PAS dipimpin ulama’.
“Bila masuk pasukan (ke padang bola), pakai kasut takraw sebab dia dok kata ulama ‘berkuasa’,” katanya lagi.
Dr  Mujahid ketika menjelaskan teori ‘Lekuk Ketiga’ tidak pernah  menolak  sumbangan ulama terdahulu dalam berdakwah melalui wadah PAS.
Namun katanya, PAS perlu berubah dari konotasi ‘kepemimpinan ulama’ pada ‘kepemimpinan bertaqwa’.
“Dr  Mujahid kata: Yang saya sentuh adalah keperluan perubahan  berdasarkan  ‘teori lekuk’ (iaitu) apabila seseorang sudah sampai ke  kemuncaknya  (maka) orang itu akan menjunam. Jadi, kita (PAS) kene  bersedia untuk  mencipta lekuk yang baru’,” ujarnya.
Tidak  dapat menjawab persoalan wacana tersebut, Ridhwan dilihat cuba   ‘merekrut’ Tuhan pula untuk mempertahan beberapa susuk peribadi Ulama   dalam PAS yang belakangan ini kian dipertikai sejak terlontarnya idea   Kerajaan Perpaduan oleh Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“(Ridhwan berkata) kita merangcang tetapi Allah lah sebagai perancang utama,” ujarnya lagi.
Tidak cukup dengan itu, Ridhwan secara emosional dilihat seakan cuba menafikan unsur konflik nyata berlaku di dalam PAS.
“(Ridhwan) seolah-olah menafikan bahawa di dalam PAS ini banyak konflik…penipu besar kenyataan itu.
“Dia  (Ridhwan) kata punca perubahan disebabkan pengaruh, tekanan dan   penindasan pihak luar (tanpa menjelaskan secara terperinci mengenai   anggapannya itu),” beliau menambah.
Bagaimanapun Ridhwan dalam sesi soal jawab penonton terus dipertikai.
Bahkan, jawapan Ridhwan ketika itu dilihat seakan bercanggah dengan hujah-hujahnya sendiri sebelum ini.
 

4 comments:
pru 13, tok sah cite. muktamar jun ni fokus.
sejak selepas pru12 sampai la ni, perwakilan pas kena hayati kata2 ustaz yahya osman, "ulama pas belawok (menipu)." kalau bukan kerana "perpaduan dalam gelap" dan "kerajaan perpaduan", apa lagi yang mendorong ustaz yahya berkata begitu?
fikir2kanlah pada cawangan2, kawasan2, dewan2 yang sedang/akan bermesyuarat bagi muktamar 2011 - muktamar berstatus muktamar khas!
jangan biarkan "menarajang badai" diperalat sebagai "mempertahankan kepimpinan ulama" bagi menyanggah "menuju pas baru" yang kononnya tersasar dari perjuangan 'kepimpinan ulama'!
jangan biarkan ular mematuk di lubang yang sama dua kali! perkembangan2 selepas pru12 sudah cukup untuk mengenali siapa2 yang khianati 'kepimpinan ulama'. bab menuding jari, berilah kepada pas!!!
pembetulan "pertemuan dalam gelap"
Assalamualaikum Tuan rumah..
Inilah akibat tertelan pil 'wala'.sinonimnya tragedi ini berlaku apabila agenda 'pertemuan dalam gelap' telah berjaya dibongkar oleh blogger Tulang Besi.
Siasatan adil yang telah dijanjikan oleh chegu Pa sehingga kini masih berada dibawah karpet.
Pas tidak berubah,hanya pemimpin tertentu akan hilang sikit demi sedikit dari kancah politik tanah air.
Apabila tiba musim pemilihan ini,maka isu lapok akan timbul kembali untuk mempertahankan calon dari 'Kepimpinan Ulama'.
Tanpa kita sedari 2 tokoh ,Presiden dan Timbalan Presiden sekarang hanya dipandang sebelah mata oleh rakan perjuangan dalam Pakatan Rakyat.
Wassalam
Masaalah nya aktivis pemuda PAS kurang berilmu,pelajaran tak tinggi .sekadar BA.Setengahnya memang takut nak berdepan dengan yang berlainan pandangan.kalau kritik sikit mulalah kata tak wala' dan macam-macam.sesetengahnya bercakap macam PAS dia yg punya lebih pada presiden bahkan lebih pada Mursyidul Am.mereka bukannya mendokong fikrah Tok Guru.
Post a Comment