Satu penyelidikan yang dilakukan selama 5 tahun terhadap gagak-gagak yang tinggal di kawasan Seattle, Washington, Amerika Syarikat menunjukkan bahawa burung gagak boleh mengingat mana ‘manusia yang berbahaya’ bagi keselamatannya.
Hebatnya, burung ini boleh memberitahukan informasi ini pada anak-anaknya serta gagak-gagak lain.
Menurut John Marzluff, profesor dari University of Washington, kemampuan ini telah membantu spesies itu beradaptasi dengan berjaya serta berkembang biak bersama dengan manusia.
“Perilaku
setiap individu manusia terhadap haiwan sangat berbeza dan
berubah-ubah,” kata Marzluff, seperti dipetik dari ABC, 30 Jun 2011.
“Berhubung manusia sering hadirkan ancaman bagi haiwan, kemampuan
mempelajari perilaku sosial ini sangat berguna bagi haiwan,” katanya.
Pada
percubaan, penyelidik menggunakan topeng lalu menangkap, mengikat kemudian
melepas 7 sehingga 15 ekor burung di 5 kawasan yang berbeza di Seattle.
Untuk mengetahui kesan penangkapan tersebut, selama 5 tahun kemudian,
dilakukan pengkajian terhadap perilaku burung itu terhadap orang-orang yang melintas di kawasan lokasi penangkapan.
Penyelidik menggunakan topeng ‘penjahat’
atau topeng yang mereka pakai semasa menangkap para burung. Setelah itu
mereka membandingkannya dengan menggunakan topeng lain yang tidak ada
kaitannya dengan penangkapan tersebut.
Dalam 2 minggu setelah penangkapan, rata-rata 26 peratus gagak ‘memarahi’ orang yang menggunakan topeng penjahat. Gagak ini mengganggu orang
itu dengan mengepakkan sayap dan mengibaskan ekornya. Kadang, tindakan
gagak yang pernah disakiti itu dibantu oleh gagak-gagak lain yang
bergabung dan mengerumuni ‘penjahat’ tersebut.
Setelah lebih dari setahun, lebih dari 30 peratus menyerang orang
yang memakai topeng penjahat. Angkanya malah meningkat lebih dari dua
kali ganda, iaitu mencapai 66 peratus setelah tiga tahun dari waktu
penangkapan terhadap gagak.
Marzluff
menyebutkan, kawasan di mana gagak menyerang manusia yang menggunakan
topeng ‘penjahat’ juga semakin meluas. Namun demikian, tidak ada
perubahan pada perilaku gagak terhadap manusia yang menggunakan topeng
‘baik-baik’.
No comments:
Post a Comment