Thursday, May 19, 2011

Tulahan : Sebulan rasa tak cukup

Salam,

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiOI6KxA26fGWOdvYp4ttvBPq2TLdGKI_YWAFMUr8GC5fe70cmd4MO0Tu7L7Vrh0aZmP56ZZwC8l4RcjSSVHQ1esNys530W-N6Ua2bA9P4CwQ7Ytr34ob-Z5sfwFE3atXXtBfdiDeYpwADq/s400/demi+masa.jpg

Balik Malaysia sebulan rasa tak cukup hari untuk selesaikan kerja-kerja jamaah. Ada Mat Saleh tempat kerja tanya " How was your holidays" , penulis senyum je. Mat Saleh ni ingat penulis balik sebulan untuk bercuti.

Walaupun tak cukup hari , penulis dapat selesaikan banyak perkara penting berkaitan cawangan. Minit, penyata, borang 9 dan senarai jawatankuasa bagi tahun 2011 untuk 38 Cawangan sudah dihantar ke Pejabat Agung untuk dihantar ke Pendaftar Pertubuhan.

Tinggal 11 Cawangan yang belum hantar, 5 kerana tak buat mesyuarat agung . 6 kerana lambat hantar kepada penulis. Penulis harap Penolong SU Kawasan terus berhubung dengan cawangan yang belum hantar ini supaya kesemua 11 Cawangan ini dapat hantar.

5 Cawangan yang tak buat mesyuarat agung, bila balik penulis hubungi dan berjumpa dengan orang cawangan ini. Memang depa bagi macam-macam alasan tak dapat buat, tapi bila penulis minta buat semua sanggup buat.



2 daripadanya buat mesyuarat agung semasa penulis di Malaysia. 3 lagi penulis tak sempat kerana kena balik ke negara orang putih. Penulis dah maklum kepada SU dan PSU kawasan agar usahakan 3 cawangan ini buat mesyuarat agung kerana penulis dah jumpa orang cawangan ini.

Penulis juga tak sempat untuk habiskan pertemuan penulis dengan kesemua cawangan ikut 8 zon yang penulis tetapkan. Hanya 7 zon penulis dapat turun dan buat pembentangan kepada AJK Cawangan tentang bagaimana cara mengaktifkan cawangan.

Syukurlah, semua cawangan dapat berkumpul mendengar taklimat dari penulis. Hanya satu zon yang penulis tak sempat turun kerana tak cukup masa sebab dah penuh. Penulis dah minta SU Kawasan buat pembentangan untuk baki satu zon ini, bahan pun dah diberi.

Ada yang tanya, kenapa penulis tak minta AJK Kawasan turun sekali. Penulis cakap bagilah peluang kepada mereka sebab penulis hanya sebulan tapi mereka setahun kena buat kerja jamaah. Walaupun begitu, YDP ada turun juga 2 zon, TYDP ada bersama 4 zon, SU pun ada turun satu zon.

Penulis juga dapat bersama dalam mesyuarat lujnah kebajikan yang TYDP jadi pengerusi barunya. Bincang cara nak dapat dana kebajikan selain yang rutin, bincang mengenai program cakna rakyat yang sudah jadi program tetap lujnah dibantu pemuda dan muslimat.

Hadir juga mesyuarat lujnah memperkasa parti yang SU jadi pengerusi. Bagi kerja yang perlu di buat PSU berkaitan cawangan dan keahlian. Harap mereka dapat laksana dengan baik. kerja keahlian perlu teliti sebab tu serah kepada muslimat sebagai PSU. Kerja dengan cawangan perlukan psikologi dan kena banyak bersabar dengan karenah cawangan.

Unit Amal pun buat mesyuarat minta penulis hadir bagi idea untuk aktif dan menarik lebih ramai ahli. Semasa mesyuarat penulis bagi tahu, boleh bagi idea tapi jika tidak ada pengerak idea hanya jadi idea tak dilaksana. Malam tu , mesyuarat putuskan bekas Ketua Pemuda jadi penasihat untuk gerakkan Unit Amal untuk ganti penulis. Harap Unit Amal aktif kembali, penulis yakin dengan bekas Ketua Pemuda sebab dia rajin dan boleh bersama Unit Amal.

Duduk juga dalam mesyuarat lujnah tarbiyah, bentang program liqa' ikut zon dengan AJK Harian Kawasan sebagai pembentang kertas kerja. Dulu buat Usrah gabungan ikut zon tapi tak jadi kerana Naqib tak aktif. Kali ini harap liqa' ikut zon ini berjalan kerana AJK Harian Kawasan yang jadi Naqibnya.

Bila dah balik maka, kerja update blog Tulahan dan blog jamaah bukan lagi keutamaan. Memang tak sempat masa untuk update blog. Talian internet pula slow, memang sakitkan hati tak sama macam negara orang putih.

Kalau ada masa penulis akan pergi CC yang taliannya laju untuk update blog. Bila dah tak ada masa maka N3 dalam blog Tulahan copy terus dari blog bahasa Indonesia tanpa alih ke bahasa Melayu. Blog jamaah pun , ikut mana sempat sahaja.

Akibatnya, bila balik negara orang putih tengok rank dalam blog Cenangau, blog Tulahan dah tak ada dalam senarai maksudnya dah teruk jatuh, Blog jamaah pun jatuh juga tapi masih ada dalam carta Cenangau. Tak kisah lah, bukan ranking yang diburu.

Penulis puas hati kerana balik sebulan banyak kerja jamaah yang dapat dibuat. Namun , masih banyak yang perlu dibuat oleh AJK Kawasan, Pemuda dan Muslimat. Selamat berjuang......

Wassalam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...