Friday, May 20, 2011

Tulahan : Lantiklah pemuda aktifkan kawasan

Salam,

http://lh3.ggpht.com/_DmuD0_si55Q/SVLQvxSR_MI/AAAAAAAAAPY/hgOJBz5DxSA/image%5B10%5D.png

Semasa balik ke Malaysia , penulis sempat menjadi perwakilan pemuda kawasan ke Muktamar Pemuda Negeri. Bila berada di sana, berjumpalah beberapa orang yang bertanya kepada penulis " Eh, anta masih pemuda ". Penulis jawab " Muktamar tahun depan pun kalau ada di Malaysia, saya boleh datang muktamar pemuda"

Kenapa mereka sangka penulis bukan lagi pemuda ? kerana keberadaan penulis yang lama sebagai SU jamaah Kawasan. Di fikiran mereka mungkin SU Kawasan mesti orang bukan pemuda.

Ada betulnya mereka ada fikiran sedemikian kerana semasa penulis jadi SU Kawasan penulis sahaja pemuda , yang lain dah melepasi usia pemuda.

Kesempatan muktamar ini , penulis ambil peluang membahaskan ucapan ketua pemuda, ucapan perasmian, buku muktamar.

Penulis mengulas cadangan pemuda negeri yang mahu 10 orang pemuda menjadi calon pilihanraya mewakili jamaah dalam PRU 13. Penulis kata, cadangan ini tidak akan tercapai jika pemuda tidak bergerak dalam jamaah kawasan masing-masing.



Walaupun pun pemuda mempunyai calon yang hebat mana pun , tidak akan diangkat menjadi calon jika tidak terlibat secara langsung dengan jamaah kawasan. Kenapa begitu ? kerana jamaah kawasan yang menentukan calon di kawasan masing-masing.

Penulis tidak bermaksud mahukan pemuda terlibat dengan jamaah kawasan kerana hendak menjadi calon. Penekanan penulis ialah pemuda mesti dilantik menjadi AJK kawasan supaya jamaah kawasan dapat segar dengan aktiviti dan idea baru.

Tidak bergerakkah kawasan jika pemuda tidak menjadi AJK Kawasan ? Bergerak , tapi perlahan dan ada yang statik tak berubah aktiviti setiap tahun.

Banyak jamaah kawasan yang tidak memandang kepentingan pemuda berada dalam jamaah kawasan. Pemuda hanya berada dalam organisasi pemuda di kawasan. AJK Kawasan hanyalah mereka yang berpengaruh di cawangan atau orang yang dikenali masyarakat setempat.

Malangnya, ramai yang dilantik sebagai AJK Kawasan hanya sekadar memanaskan kerusi AJK. Ramai AJK Kawasan bukanlah pengerak tapi sekadar penumpang. Akibatnya, lujnah tidak bergerak, tidak ada aktiviti, jika ada program yang dibuat hanya menanti bantuan kewangan dari jamaah kawasan.

Penulis bagi contoh , jamaah kawasan penulis yang aktif kerana pengeraknya adalah dikalangan AJK Pemuda yang menjadi AJK Kawasan. Sejak penulis jadi SU Kawasan , setiap tahun 5 hingga 6 daripada AJK Kawasan terdiri daripada AJK Pemuda.

Trend ini berterusan walaupun penulis sudah tidak menjadi SU Kawasan. Tahun ini , 6 AJK Pemuda menjadi AJK Kawasan. Tiga kouta Penolong SU Kawasan yang dilantik, 2 daripadanya diisi AJK Pemuda.

Keadaan ini tidak berlaku di banyak kawasan, malah ada kawasan yang langsung tidak melantik AJK Pemuda menjadi AJK Kawasan.

Apa salahnya, AJK Pemuda diberi peluang menjadi pengerak jamaah Kawasan jika AJK Kawasan yang bukan pemuda tidak mampu menggerakkan jamaah. Perlembagaan parti yang baru diubah memberi tambahan bilangan AJK Kawasan, jadi gunalah peluang ini untuk melantik AJK dikalangan pemuda.

Apabila AJK Pemuda berada lama dalam AJK Kawasan, pengalaman dalam kawasan ini akan mematangkannya kerana tidak sama berada dalam AJK Pemuda dengan AJK Kawasan. Malah , jamaah Kawasan tidak akan kehilangan pelapis kepimpinan kerana mereka sudah berada dalam Kawasan.

Penulis ucap tahniah kepada AJK pemuda negeri yang dipilih menjadi YDP di dua kawasan. Harapan penulis kawasan ini akan lebih aktif dengan kepimpinan yang muda.

Pandangan penulis ini bukan kerana penulis masih pemuda tetapi pengalaman selama beberapa tahun sebagai SU Kawasan menyebabkan penulis memberi pandangan ini. Selamat berjuang....

Wassalam

1 comment:

KISAH SUKSES IBU HERAWATI said...

Assalamu alaikum wr wb,,senang sekali saya bisa menulis dan berbagi kepada teman2 melalui room ini, sebelumnya dulu saya adalah seorang Pengusaha Butik yg Sukses, kini saya gulung tikar akibat di tipu teman sendiri, ditengah tagihan utang yg menumpuk, Suami pun meninggalkan saya, dan ditengah himpitan ekonomi seperti ini, saya coba buka internet untuk cari lowongan kerja dan secara tdk sengaja sy liat situs pesugihan AKI SYEH MAULANA Di Website/situnya Saya pun langsug hubungi beliau dan Semua petunjuk AKI saya ikuti dan hanya 3 hari, Alhamdulilah benar benar terbukti dan semua utang saya lunas dan sisanya buat modal usaha, kata kata beliau yang selalu sy ingat setiap manusia bisa menjadi kaya, hanya saja terkadang mereka tidak tahu atau salah jalan. Banyak orang menganggap bahwa miskin dan kaya merupakan bagian dari takdir Tuhan, Takdir macam apa? Tuhan tidak akan memberikan takdir yang buruk terhadap kita semua, cobaan yang Tuhan berikan merupakan pembuktian seberapa kuat Anda bertahan di dalamnya, Tuhan tidak akan merubah nasib Anda jika Anda tidak berusaha untuk merubahnya. saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui Ritual Penarikan Dana Hibah AKI ZYEH MAULANA saya Bisa sukses, Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, AKI ZYEH MAULANA Banyak Dikenal Oleh Kalangan Pengusaha Dan Artis Ternama Karna Beliau adalah guru spiritual terkenal di indonesia, jika anda ingin seperti saya silahkan Lihat No Tlp Aki Di website/internet ~>KLIK DISINI<~ Wassalam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...