Monday, January 31, 2011

Tulahan : Wacana Ilmu buku ' Menuju PAS Baru' - Dewan Ulama PAS Kedah jangan tak hadir

Salam,

http://3.bp.blogspot.com/_3xEED-rdgKw/TS-I0mtevJI/AAAAAAAAAv8/Jviyi58-gA8/s1600/Diskusi+Buku+%2527Menuju+Pas+Baru%2527%2528Dr.+Mujahid+Rawa%2529+bersama+DRMAZA+%2528IQ.JPG

Apabila buku ' Menuju PAS Baru' karangan Ust. Mujahid Yusuf Rawa ditolak oleh Dewan Ulama PAS Kedah, penulis dah bercadang nak menulis untuk beri sikit ulasan. Namun, penulis tangguh sampai habis PRK Tenang.

Penulis ada dengar beberapa sahabat memberitahu penulis bahawa semasa program Ijtima' Tarbawi pemuda di Terengganu . Ada seorang ustaz yang beri pengisian menyentuh mengenai buku ini dalam bentuk kritikan.

Ada sahabat yang tidak puas hati kerana program yang baik itu tidak sepatutnya digunakan untuk memperkecilkan tulisan pimpinan sendiri tanpa penjelasan pimpinan berkenaan bukunya.

Penulis tidak boleh nak ulas program pemuda tersebut sebab penulis tidak dapat hadir. Tidak lama kemudian ada pula perbincangan mengenai buku ini tanpa memangil penulisnya memberi penjelasan. Malah ada kesimpulan pula dari penganjur mengenai buku ini.


Terakhir, Dewan Ulama PAS Kedah secara terbuka diberitahu kepada media bukan parti menolak buku berkenaan.

Hatta, bekas Ketua Pemuda PAS Penang Hafiz Nordin seorang individu yang bermasalah yang kerap menggunakan media mengkritik kerajaan PR Pulau Pinang juga mendesak PAS Pusat ambil tindakan terhadap Ust. Mujahid.

Penulis bukan hendak membela Ust. Mujahid tetapi bersikap adillah kepada beliau. Beliau pasti tertekan kerana tidak dapat memberi penjelasan mengenai bukunya yang dikritik.

Memandangkan belum ada organisasi dalam parti mengadakan wacana mengenai buku ini dengan melibatkan Ust. Mujahid. Sesuai sangat badan bukan kerajaan (NGO) yang dikuasai ahli parti mengadakan wacana mengenai buku ini.

Penulis nak hebahkan sebuah NGO SEMARAK Parit Buntar akan mengadakan Program Wacana Ilmu Buku "Menuju PAS Baru" karya Dr Mujahid Yusof Rawa Secara Eksklusif di Conference Room Hotel Melor Inn pada 4 Februari (Jumaat) Jam 9.00 Malam.. Tokoh Panelis - Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Mantan Mufti Perlis), Ust Hj Ahmad Awang (Syura Ulama' PAS), Wakil Dewan Ulama PAS Kedah. Peserta ahli parti sahaja.

Penulis harap Dewan Ulama PAS Kedah dapat hadir memberi penjelasan terperinci mengenai penolakan buku ini. Ust. Mujahid pun ada untuk menjelaskan buku yang ditulisnya. Dewan Ulama PAS Kedah harus bertanggungjawab terhadap kenyataan penolakan yang dikeluarkan kepada media bukan parti.

Ahli parti yang berminat untuk menyertai wacana ini, tempatnya terhad namun boleh telefon no ( 013-5813634-Bob) jika masih ada tempat.

Penulisan ini juga bukan untuk menyokong buku ' Menuju PAS Baru' tetapi lebih kepada menyokong prinsip keterbukaan, ketelusan dan keadilan. Mungkin Dewan Ulama PAS Kedah ada hujannya, Ust. Mujahid juga ada hujahnya tersendiri sebab itulah perlu diwacanakan.

Sebelum menutup penulisan , penulis harap mana-mana yang duduk dalam Dewan Ulama PAS membaca dan mungkin boleh beri ulasan mengenai kekuatiran penulis mengenai kepimpinan Ulama dalam PAS. Baca di bawah :

2 comments:

Mohd Shubhi said...

dalam 9 yang menolak buku ini hanya seorang darinya yang telah membaca....yang lain hanya mendengar penjelasan dari yang baca dan bersepakat menolaknya...

Tin said...

Rasa nya elok dapatkan penerangan dan hazam kandungan buku ni betui-betui sebelum mengkritik tak tentu punca. Dalam Islam ada adab tegur menegur dan dalam jemaah ada adab untuk tegur dan jaga disiplin dalam jemaah supaya musuh tak ambik kesempatan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...