Monday, January 31, 2011

Tulahan : PAS kalah kerana salah PAS Kawasan Labis?

Salam,

http://abushahid.files.wordpress.com/2011/01/cikgu-mala.jpg?w=400&h=266

PRK Tenang baru berlabuh dengan catatan kemenangan BN bertambah majoriti. Kemenangan ini sebenarnya bukanlah boleh dibanggakan kerana hampir 50 % pengundi Tionghua tidak dapat keluar mengundi akibat bantuan pengangkutan ke tempat mengundi lebih bertumpu ke kawasan majoriti pengundi BN.

Walaupun begitu, majoriti BN tetap gagal melepasi 4000 undi jauh sekali 5000 undi. Positifnya, pengundi Tionghua tetap menolak BN walaupun Presiden MCA menghina Islam secara terbuka. Maksudnya, masyarakat Tionghua lebih memahami budaya Islam sejak DAP berkawan dengan PAS.

Menang tetap BN menang , PAS perlu membuat bedah siasat faktor-faktor kekalahan terutama kegagalan menambah undi di kawasan Melayu.

Walaupun ada tunding menunding tetapi penulis harap semua itu akan membawa impak positif kepada perjuangan PAS menghadapi PRU 13. Penulis tidak akan menghalakan tundingan kepada Pengarah Pilihanraya, jentera pilihanraya dan calonnya Cikgu Mala.

Penulis lebih menghalakan tundingan ini kepada PAS Kawasan Labis, bukan untuk memperkecilkan tetapi lebih kepada penambahbaikan sebagai persediaan menghadapi PRU 13. Malah , tulisan ini juga sesuai untuk semua PAS Kawasan yang ada di Malaysia yang teruja untuk bertanding dalam PRU 13.

Apabila PAS masuk bertanding untuk PRK Tenang, asas pemilihan PAS adalah kerusi itu adalah kerusi yang ditandingi PAS semasa PRU 12. Sebagaimana juga di Bagan Pinang, Galas, Kuala Terengganu, Manek Urai, Permatang Pasir dan Bukit Gantang.

Tahukah kita mengapa PAS boleh menang di Permatang Pasir dan Bukit Gantang ? kerana undi orang Melayu kepada PAS disitu melebihi 40%. Apabila ditambah undi bukan Melayu , PAS menang.


Bagi kawasan majoriti Melayu di Kuala Terengganu dan Manek Urai undi yang PAS terima lebih 50% jadi PAS menang. PAS kalah di Galas kerana undi orang Melayu kepada PAS kurang 50%.

Berapakah undi orang Melayu yang diterima oleh PAS di Bagan Pinang dan Tenang ? kurang 35 % malah di Tenang kurang 25 % . Penulis terima hakikat bahawa kawasan ini kubu kuat Umno sejak merdeka tetapi apakah persediaan dan usaha yang telah dilakukan PAS Kawasan berkenaan untuk menembusi kubu kuat Umno ini.

Cawangan

Berapa cawangan PAS di Bagan Pinang ? 3, Berapa cawangan PAS di Tenang ? 6. Maaf jika angka itu salah. Sejak PRU 12, berapa cawangan yang ditambah oleh PAS Kawasan. Jika akar umbi tidak kuat bagaimana PAS boleh masuk ke kawasan kubu kuat Umno.

Bila berlaku pilihanraya, sukarnya petugas untuk berkempen kerana tiada bantuan orang tempatan. Mungkin ada tetapi takut sebab tidak ada cawangan dan tak biasa bersama dalam aktiviti PAS.

YDP PAS di mana-mana kawasan perlu jadikan usaha penambahan cawangan ini sebagai agenda dalam mesyuarat kawasan. Jangan tunggu bubar parlimen baru kelam kabut cari orang tempatan di kampung atau felda yang dikenali untuk bantu. Sepatutnya , sekaranglah masa kumpulkan orang tempatan yang sokong PAS dan usahakan penubuhan cawangan.

Pengundi baru

Berapa pengundi baru dikalangan anak ahli dan penyokong PAS yang didaftar sebagai pengundi di Bagan Pinang dan Tenang? mengecewakan, buktinya rujuk jumlah pengundi baru yang didaftarkan oleh PAS NS dan Johor.

Tidak adakah pengundi baru dikalangan anak ahli dan penyokong ? ada tetapi PAS Kawasan tak ambil berat untuk daftarkan. Bila sampai pilihanraya, tengoklah betapa ramainya anak ahli dan penyokong yang dah lebih umur 21 tahun tak boleh mengundi.

Sudah ada arahan supaya agenda penambahan pengundi baru dibincang dalam mesyuarat kawasan. Malah PAS dah pinda perlembagaan membolehkan seorang Pengarah Pilihanraya duduk dalam Jawatankuasa Harian Kawasan. Namun , sudah berjalankah usaha penambahan pengundi baru?

Kebajikan dan kemasyarakatan

PAS dah lama menjadikan usaha memasyarakatkan PAS untuk mendekati masyarakat. Semasa PRU 12, PAS telah menggunakan slogan ke arah negara berkebajikan bagi membuktikan bahawa PAS benar-benar parti yang memperjuangkan kebajikan rakyat.

Persoalannya, adakah PAS Kawasan sudah merealisasikannnya secara bersungguh-sungguh atau sekadar melepaskan batuk ditangga. Hendak tahu bersungguh atau tidak, tengok jumlah derma kebajikan yang telah diberikan kepada penduduk.

Tengok berapa kali aktiviti berbentuk kebajikan yang telah di buat kepada penduduk.Tengok berapa dana kebajikan dalam akaun. Nilailah sendiri usaha PAS Kawasan dalam bidang kebajikan.

Apabila tiba pilihanraya, baru turun nak bagi sumbangan sudah terlambat sebenarnya kerana tak termampu menandingi bantuan musuh. Malah akan ramai pengundi yang akan berkata, " bila pilihanraya baru nak bagi bantuan"

PAS Kawasan perlu menjadikan usaha kebajikan sebagai usaha dakwah dan bukan hanya bertujuan untuk pilihanraya. Oleh kerana , kebajikan hanya semasa pilihanrayalah kurang usaha menambah dana kebajikan membantu rakyat.

Rakyat perlu didampingi, dibantu dan didekati tidak kira semasa pilihanraya atau tidak. Jika PAS Kawasan sudah menjalankan usaha kebajikan sebagai rutin bukan hanya pilihanraya. PAS Kawasan tidak akan merasa hampa walaupun kalah pilihanraya kerana usaha membantu rakyat tetap diteruskan.

Jika PAS Kawasan menang pun, wakil rakyat tidaklah pening kepala membantu rakyat kerana PAS Kawasan boleh membantu. Malah , PAS Kawasan juga tidak pening kepala apabila rakyat tidak puas hati dengan wakil rakyat PAS yang tidak membantu rakyat kerana PAS Kawasan tetap ada membantu rakyat.

Penulis cuma berikan tiga perkara penting ini untuk diambil perhatian oleh mana-mana PAS Kawasan di Malaysia. Jika PAS Kawasan dah laksanakan , syukur dan tahniah. Bagi yang belum laksana buatlah kerana semua kerja ini bertujuan untuk menegakkan perjuangan Islam.

PAS mungkin bertanding di Merlimau, sebelum bertanding PAS Kawasan di sana kena tengok tiga perkara penting ini. Jika cawangan banyak, pengundi baru ramai, usaha kebajikan aktif . Percayalah PAS ada harapan besar menang, namun jika belum laksanakan jangan sekali - kali mengalah tak mahu bertanding. Bertanding tetap bertanding kerana itu kerusi PAS.

Kesempatan ini, penulis ucap tahniah kepada seluruh pimpinan dan petugas PAS yang menabur bakti di Tenang. PAS Kawasan Labis mempunyai pimpinan yang berkualiti seperti Cikgu Mala dan beberapa pimpinan lain. Cikgu Mala boleh mulakan dari sekarang usaha mendekati rakyat melalui Pusat Aduan Rakyat di Tenang. PAS Kawasan perlu bersama Cikgu Mala mengaktifkan Pusat Aduan berkenaan.

Janganlah anggap penulis ni hanya boleh berteori, hanya boleh menulis tidak di medan sebenar. Penulis sudah berada di medan sebab itulah penulis menulis berdasarkan pengalaman. Penulis dah banyak menulis berkenaan perkara di atas N3 yang lepas. Boleh baca semula paparan di bawah:

Sebulan terakhir jika PAS nak menang PRU 13

Bukan mudah nak urus cawangan

Wassalam

3 comments:

Tulahan said...

Komen-komen terdahulu :

tungkaran hati.blogspot said...

Saya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....! juga jauh dihati saya.
Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, janganlah diperbodohkan oleh mereka...! kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat keberkatan daripada perjuangan PAS.
Kembalilah kepada perjuangan asal....sebuah negara Islam yang berdaulat!
January 30, 2011 6:00 PM

magn said...

ada lagi mangkak tungkaran,ingat dah hilang.
January 30, 2011 6:57 PM

Kharis Saleh said...

tungkaran ni bukan sokong PAS pun... ketika PAS berseorangan dulu pun bukan dia pernah sokong... sudahlah naik jelak aku dgn org hipokrit mcm ni...
January 30, 2011 7:25 PM

Cikgu Din said...

Kerja kebajikan berterusan. Penguasaan masjid dan surau disamping perbanyak aktiviti masyarakat .Pasti perlu banyak di setiap taman /kampung. Kemudian PAS perlu mesra rakyat.PAS Duta masyaraKAT.Namun tahniah PAS Labis hidup di negeri DARUL UMNO. Minda mereka sudah tertanam undi parti selain UMNO haram.
January 30, 2011 8:06 PM

NUR ALEEYA said...

Tahniah Kepada BEnd atas kemenangan...
Buat PAS / PR Tenang...kemenangan akan tiba sekiranya jentera parti dari awal awal lagi mengerakkan xtvt spt daftar pengundi baru...culaan dsb. Lupakan pasal kemenangan sekiranya jentera akan berfungsi ketika menjelang PRU / PRK...ayuh mulakan dari sekarang..insyaallah
January 30, 2011 8:42 PM

tungkaran hati.blogspot said...

terima kaseh kepada magn , kharis saleh dan yang lainnya kerana respon terhadap luahan hati saya terhadp PAS!

January 30, 2011 9:58 PM

cikgu said...

Assalamualaikum. Nur Aleeya orang Labis ke? Saya setuju dengan pendekatan NA tu, ayuh buat kerja.
Buat cikgu Mala, jika cikgu masih tinggal di Tenang atau dekat-dekat situ, teruskan usaha cikgu. Jalankan jihad, korbankan masa, rancang. Mulai sekarang, cuba buat gerakan bawah tanah, dari rumah ke rumah. Objektif utama ialah menarik minat orang-orang Melayu di Felda dsb tu ke arah mendekati komputer. Jadikan berita internet sebagai alternatif kepada TV. Harus ada kertaskerja kurikulumnya, agar tidak menjadi kejutan buat mereka. Orang2 kg sebelah sana tu, ramai yang tak faham pun, kerajaan tu apa bendanya. Menteri kabinet tu sape, dsb. Tukar kerajaan bagi mereka adalah tidak betul sebab mereka berfikiran jangan lawan kerajaan. Kalau diterangkan bahawa menteri kabinet tu macam ajk yang mentadbir masjid, kampung, persatuan, sampai mereka faham bagaimana mengurus duit negara, mereka akan berubah sedikit. Ini satu contoh je. insyaAllah mereka yang telah faham akan menyambung lidah secara tidak langsung. Mesti ada jalan. Mulakan sekarang. Jihad.
January 31, 2011 12:21 AM

goodlistener said...

Apa yg perlu dilihat oleh PAS didalam PRK DUN Tenang adalah penerimaan pengundi terutama orang melayu kepada BN, ini menunjukkan bahawa BN telkah berjaya untuk mendekati pengundi.Jgn PAS ambil pusang tentang gula2 yg ditawarkan oleh BN kepada pengundi sebab dlm PRU 12 telah terbukti bahawa gula2 memainkan peranan kecil dapat menarik undi. PAS perlu melihat secara mendalam dari bebera sudut terutama kedudukan PAS didalam Pakatan. Sebenarnya kedudukan PAS dlm Pakatan telah menyebabkan kesedihan yg besar kpd kebanyakan org melayu, persoalannya , Apa keuntungan politik yg diperolehi oleh PAS sepanjang gabungan mereka, orang melayu telah mulai sedih sentiman anti melayu yg disembvunyi oleh semua pemimpin DAP.Org melayu sedar DAP hanya berpura-pura menunjukkan keprihatinan mereka kpd kaum melayu tetapi hakikatnya sekiranya mereka mendpt peluang , baru belangnya akan dipamerkan. Kedua, setiap penceramah seharusnya jgn memain isu yg tidak mendatang feadah kpd calon seperti memaki hamun, menfitnah, mendoakan keburukan kpd sesama Islam sepatutnya penceramah atau pemimpin yg berceramah memberikan penekannan dlm aspek kewangan negara, pelaburan , pembangunan negara dan perancangan jangka panjang untuk menjadi Malaysia sebuah negara yg maju dari segi metarial dan fizikal serta membangunkan modal insan yg labih berkesan untuk di manafaatkan oleh jenarasi semasa dan akan datang. sebaik baiknya jgn sesiapa penceramah termsk musjidul PAS mengeluarkan sebarang fatwa dan sebarang fatwa mesti dikeluarkan secara kolektif setelah perbahasan dijalankan.ini tidak bermacam fatwa dikeluarkan seperti yg diucapkan oleh Nizar Derhaka dan Pok Najis. Ini semua melahirkan kemarahan kpd orang Islam iaitu org Melayu. Sebaik baik , PAS balik ke pangkal jln di mana perjuangan asal diteruskan. Sekarang PAS menjadi parti Islam yg amat dibenci oleh 75% penduduk Melayu yg berugama Islam. Fikir-fikirlah

anoy88 said...

Kalau nak cari orang/parti yg benci orang melayu kenapa tuduh DAP saja habis selama ini MCA/MIC/BN/PPP memuja orang melayu hoii..bangun la.itu saja kah isu korang DAP benci orang melayu.MCA hina islam korang tuduh DAP,MIC komplen orang melayu korang tuduh DAP ,UMNO/BN hina islam/melayu/Raja2 melayu korang masih tuduh DAP.bilalah fanatik UMNO/APCO ni akan sedar.
"Sekarang PAS menjadi parti Islam yg amat dibenci oleh 75% penduduk Melayu yg berugama Islam. Fikir-fikirlah" 75% ni ISLAM kah atau islam UMNO kalau islam kenapa diam ja masa MCA hina ISLAM di Tenang ,PAS dah cuba perlihatkan amalan wanita Islam menjaga auratnya MCA boleh persendakan pula, mana tu 75% islam melayu pegi.patut korang dah halau/bantah tindakan MCA tu ni tidak masih salahkan PAS &DAP &PKR...ni tengah tunggu MIC pula hina melayu/islam pastu salahkan DAP/PAS/PKR lagi..orang bukan islam pun hormat/sokong perjuangan islam TG Nik Aziz (PAS) cuma UMNO ja yg dengki.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...