Sunday, January 30, 2011

Hujan di Tenang, mari baca kisah katak dan hujan

http://www.istockphoto.com/file_thumbview_approve/6316997/2/istockphoto_6316997-frog-in-the-rain.jpg

Hujan di Tenang begitu mengusarkan sesetengah pihak. Bagi kita umat Islam, hujan adalah rahmat dari Allah. Ada hikmah disebalik hujan di Tenang.

Bagi pejuang yang terus berjuang meredah air banjir, mengigil dibasahi hujan sehingga basah kuyup. Teruskan perjuangan hingga tamat pengundian. Memang ada dugaan kesukaran tetapi percayalah ada rahmat hujan lebat di Tenang.

Penulis akan paparkan sebuah cerita tentang anak katak dan hujan. Bacalah dan ambillah iktibar .

Ada kegelisahan tersendiri yang dirasakan seekor anak katak ketika langit tiba-tiba gelap.


“Bu, apa kita akan binasa. Kenapa langit tiba-tiba gelap?” ucap anak katak sambil merangkul erat lengan ibunya.

Sang ibu menyambut rangkulan itu dengan belaian lembut.
“Anakku,” ucap sang ibu kemudian. “Itu bukan pertanda kebinasaan kita.
Justeru, itu tanda baik.” jelas induk katak sambil terus membelai. Dan anak katak itu pun mulai tenang. Namun, ketenangan itu tak berlangsung lama. Tiba-tiba angin bertiup kencang. Daun dan tangkai kering yang berserakan mulai berterbangan.

Pepohonan meliuk-liuk dipermainkan angin. Lagi-lagi, suatu pemandangan menakutkan buat si katak kecil.

“Ibu, itu apa lagi? Apa itu yang kita tunggu-tunggu? ” tanya si anak katak sambil bersembunyi di balik tubuh ibunya.

“Anakku. Itu cuma angin,” ucap sang ibu tak terpengaruh keadaan. “Itu juga pertanda kalau yang kita tunggu pasti datang!” tambahnya begitu menenangkan.
Dan anak katak itu pun mulai tenang. Ia mulai menikmati tiupan angin kencang yang tampak menakutkan. “Blarrr!!!” suara petir menyambar-nyambar. Kilatan cahaya putih pun kian menjadikan suasana begitu menakutkan.

Kali ini, si anak katak tak lagi boleh berkata apa-apa. Ia bukan saja merangkul dan sembunyi di balik tubuh ibunya. Tapi juga gemetar.

“Buuu, aku sangat takut. Takut sekali!” ucapnya sambil terus memejamkan mata. “Sabar, anakku!” ucapnya sambil terus membelai.

“Itu cuma petir. Itu tanda ketiga kalau yang kita tunggu tak lama lagi datang! Keluarlah. Pandangi tanda-tanda yang tampak menakutkan itu. Bersyukurlah, kerana hujan tak lama lagi datang,” ungkap sang ibu katak begitu tenang. Anak katak itu mulai keluar dari balik tubuh induknya.


Ia cuba mendongak, memandangi langit yang hitam, angin yang meliuk-liukkan dahan, dan sambaran petir yang begitu menyilaukan.

Tiba-tiba, ia berteriak kencang, “Ibu, hujan datang. Hujan datang! Horeeee Anugerah hidup kadang tampil melalui rutin yang tidak diinginkan. Ia tidak datang diiringi dengan tiupan seruling merdu.

Tidak dihantar oleh dayang-dayang nan rupawan. Tidak disegarkan dengan wewangian harum. Saat itulah, tidak sedikit manusia yang akhirnya dipermainkan keadaan. Sebagaimana seperti anak katak yang takut cuma kerana langit hitam, angin yang bertiup kencang, dan kilatan petir yang menyilaukan.

Padahal, itulah sebenarnya tanda-tanda hujan. Benar apa yang diucapkan ibu katak: jangan takut melangkah, jangan sembunyi dari kenyataan, sabar dan hadapi.


Kerana hujan yang ditunggu, jika TUHAN berkehendak pasti akan datang. Bersama kesukaran ada kemudahan. Sekali lagi, bersama kesukaran ada kemudahan.

1 comment:

Sunlike Radiator said...

http://www.heating-radiators.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...