Friday, June 14, 2013

Tulahan : Sebelah kaki ke Putrajaya ( Akhir )


Salam,


Sebelum PRU 13, sudah dapat diramal kecondongan pengundi Melayu, Cina dan India. Penulis ada membuat analisis ramalan penulis bagi negeri  Johor

Bagi kesemua analisis ini, penulis mengandaikan pengundi Cina akan memberi undi kepada PR sehingga 80 % untuk calon DAP, 60 -70% untuk calon PKR dan PAS.  Pengundi India pula , penulis andaikan akan menurun sokongan kepada PR kepada 50% ke bawah. 

Manakala pengundi Melayu, penulis andaikan sokongan akan menurun sedikit sahaja kepada PR. Kemenangan PR terutamanya PAS , banyak bergantung kepada berapa banyak undi Melayu yang diperolehi. Jika sokongan di atas 40 % , kerusi berkenaan  ada peluang dimenangi jika undi orang Cina tinggi kepada PAS.

Keputusan PRU 13 menunjukkan sokongan orang Cina kepada PR tinggi mencapai 75% ke atas bukan sahaja kepada DAP tetapi untuk PAS dan PKR. Sokongan orang India pula ternyata menurun kepada 55% ke bawah. 

Andaian penulis undi Melayu akan menurun sedikit ternyata tersasar kerana undi Melayu menurun dengan banyak terutama kerusi di luar bandar. Apabila pengundi atas pagar luar bandar telah mengundi BN berlaku lonjakan yang besar pertambahan undi Melayu kepada BN.


Penulis tidak menyentuh pengundi Melayu bandar dalam analisis penulis kerana mengandaikan trend pengundi Melayu sama di bandar dan luar bandar. Namun, keputusan PRU 13 menunjukkan sokongan pengundi Melayu bandar adalah tinggi kepada PR, sehingga menyebabkan BN berputih mata di Selangor.

Banyak kerusi di luar bandar gagal dimenangi oleh PAS dan PKR kerana undi Melayu yang diperolehi di bawah 40%. Kerusi campuran yang mempunyai pengundi Melayu lebih 60% ke atas gagal dimenangi PR, walaupun undi orang Cina tinggi.  

Pada PRU 12 , banyak kerusi gagal di menangi kerana undi orang Cina tidak sepenuhnya kepada PAS dan PKR walaupun undi atas pagar Melayu sudah diperolehi. PRU 13 pula menunjukkan keadaan sebaliknya, di mana undi orang Cina sudah sepenuhnya kepada PR tapi undi atas pagar Melayu pula kembali kepada BN.

Kemenangan PAS dan PKR pada PRU 13 , bergantung kepada undi tegar Melayu PR untuk satu-satu kerusi.  Sekiranya, undi Melayu PR melebihi BN maka kerusi ini dimenangi PR kerana undi orang Cina sudah kepada PR.

Dun
Undi tegar PR
Undi atas pagar Melayu
Undi Cina
Keputusan
Titi Serong (75% M)
PAS
BN
PAS
PAS Menang
Rungkup (66% M)
BN
BN
PAS
BN Menang
Kupang (91% M)
PAS
BN
BN
BN Menang
Selat Klang – bandar ( 63% M)
BN
PAS
PAS
PAS Menang
Kota Lama (64% M)
PAS
PAS
PAS
PAS Menang
Bukit Ibam ( 90% M)
BN
BN
BN
BN Menang

Justeru, kepentingan undi tegar, undi atas pagar dan undi bukan Melayu tidak boleh dinafikan oleh mana-mana parti politik. Setiap parti memerlukan undi dua daripada tiga kelompok undi ini untuk menang.

Misalnya, dun Titi Serong yang menang kerana undi tegar dan undi Cina menyebelahi PAS. Walaupun undi tegar menyebelahi PAS di Dun Kupang, namun PAS tetap tewas kerana undi atas pagar pergi kepada BN dan undi Cina terlalu kecil peratusnya untuk membantu kemenangan.

Undi Cina yang besar di Dun Rungkup juga tidak mampu memenangkan PAS kerana PAS kekurangan undi tegar dan undi atas pagar yang pergi kepada BN. Sekiranya, undi atas pagar dan undi Cina menyebelahi PAS , PAS menang walaupun PAS kurang undi tegar seperti di Dun Selat Klang.

Jika ketiga-tiga kelompok undi dikuasai mana-mana parti , kemenangan dengan majoriti besar akan berpihak kepada parti berkenaan. Contohnya, kemenangan PAS di dun Kota Lama dan BN di Bukit Ibam.

Sedari hakikat ini, kerjasama yang kukuh antara PAS, PKR dan DAP dalam PR memang memberi kesan kepada perolehan undi atas pagar dan undi Cina. Bagi menambah undi tegar, usaha parti itu sendiri yang akan memperkukuhkannya.

Penulis melihat kerjasama dalam PR masih longgar dalam PRU 13 yang lalu. Faktor ini adalah antara faktor yang menghakis keyakinan pengundi atas pagar luar bandar kepada kemampuan pakatan pembangkang membentuk kerajaan. Penulis nampak peluang  PR cukup cerah pada PRU 14 berbanding PRU 13. 

Tambahkan undi tegar, kekalkan undi Cina dan India , yakinkan pengundi atas pagar . Bukan ‘Sebelah Kaki ke Putrajaya’ , dua-dua belah kaki boleh masuk Putrajaya.

Wassalam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...