Thursday, June 20, 2013

Tulahan : Dulu PAS tegas, sekarang ?

Salam,


Pada hari kedua selepas penamaan calon, terdengar sembang seorang aktivis kawasan dengan seorang adik dari jamaah kampus yang datang membantu kempen. Adik ini melahirkan rasa tak puas hati terhadap calon PKR dun Sg Acheh yang katanya mungkir janji. Adik ini bersungguh sokong PAS masuk bertanding di dun Sg Acheh kerana calon PAS layak sebab Ketua Pemuda Negeri.

Semua hujah adik ini sama sahaja dengan hujah PAS tempat lain yang berkrisis pasal calon dengan PKR. PKR tiada petugas, PKR tiada jentera, PAS yang buat kerja , PAS dah buat kerja lama. Jika dengar hujah itu , memang ahli dan petugas PAS di bawah yang dah dok rasa pengalaman dengan PKR akan setuju sangat-sangat. Memang tidak dapat dinafikan.

Penulis pada mulanya senyum mendengar rasa tidak puas hati adik ini. Senyum kerana penulis juga pernah merasai pengalaman kerusi yang PAS dah buat kerja, dah buat daftar pemilih beribu, dah habis puluhan ribu buat program tiba-tiba diserah kepada PKR kerana mahukan gelombang Anwar.

Walaupun dah ditunjukkan bukti kerja buat jentera PAS, yang dun lain di Perak pun tak boleh nak tandingi usaha jentera PAS di dun ini. Kerusi ini tetap juga diserah kepada PKR yang tiada jentera, tiada petugas. 

Bila dah berhenti adik ini meluahkan rasa tak puas hati, penulis tanya adik ini. Siapa yang mungkir janji? Bukankah kerusi dun Sg Acheh diputuskan pada peringkat akhirnya oleh Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat diserahkan kepada PKR. Kenapa calon PAS tetap masuk bertanding sedangkan sudah tahu kerusi itu diputuskan milik PKR?

Adik ini bagi tahu calon PAS dapat watikah dari Presiden. Penulis bagi tahu dia, walaupun ada watikah dari Presiden tapi watikah itu diberi sebelum mesyuarat terakhir Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat memutuskan kerusi itu milik PKR. Bila dah dibuat keputusan bersama watikah ini outomatiknya batal.(Pada masa itu, penulis tidak tahu watikah ini dikeluarkan selepas mesyuarat akhir)

Penulis bagi tahu adik ini, tak kira siapa calon PAS . Ketua Pemuda Negeri ka, Pesuruhjaya PAS ka kena patuh kepada keputusan bersama Pakatan Rakyat yang Presiden PAS turut menandatangani sebagai ketua parti. 

Adik ini bagi tahu , calon PAS dun Sg Acheh dah berkempen lama, dah banyak buat kerja. Penulis tanya adik ini, berapa jumlah pemilih baru yang didaftar oleh Pemuda PAS Penang , oleh PAS Penang sejak berakhir PRU 12? Dia tak dapat jawab. 

Penulis minta dia semak dari dapatan jumlah pemilih yang SPR keluarkan setiap kali berakhir setiap suku dari berakhir PRU 12 hingga PRU 13. Bila semak baru akan tahu , Pemuda PAS Penang dan PAS Penang buat kerja atau tidak ?


Penulis tidak salahkan adik ini kerana masih belum dapat faham tentang persefahaman Pakatan Rakyat. Tarbiyahnya di kampus oleh naqib dan murabinya mungkin lebih menjurus kepada jamaah PAS itu sendiri. 

Adik ini juga amat mengkagumi pimpinan Pemuda PAS yang mungkin sering turun memberi pengisian tarbiyah di kampus. Jadi apa sahaja yang dibuat pimpinan Pemuda PAS walaupun menyalahi persefahaman Pakatan Rakyat tetap disokong kerana baginya tindakan calon PAS dun Sg Acheh ini adalah tindakan untuk PAS.

Riak-riak perebutan kerusi antara PAS dan PKR ini sudah kelihatan sejak sebelum pilihanraya lagi. Masing-masing menunjukkan kesungguhan untuk bertanding di kerusi yang menjadi perebutan. 

Sudah ada PAS kawasan yang secara terbuka membuat kenyataan dalam akhbar harian menyatakan mereka pemilik sebenar kerusi yang direbut. Peliknya, tiada pula amaran tindakan disiplin akan diambil ke atas PAS kawasan yang terlibat. 

Penulis masih ingat semasa PRU 12, PAS Kawasan penulis berusaha mempertahankan kerusi dun dari diserah kepada PKR. PAS kawasan membuat bantahan secara dalaman sehingga ahli akar umbi di cawangan pun tak tahu yang PAS Kawasan sedang berkefrontasi dengan PAS Negeri. 

PAS Kawasan hanya menggunakan saluran parti dengan menghantar memorandum kepada PAS Pusat dan Negeri, Kelab Penyokong pergi dengan satu bas orang Cina hantar memorandum kepada PAS Pusat minta PAS bertanding. 

Dalam keadaan macam itu pun, keluar kenyataan media Pengarah JPN Perak dalam Harakah akan mengambil tindakan disiplin kepada sesiapa ahli PAS yang melakukan tindakan menyalahi peraturan parti kerana tidak setuju kerusi diserah kepada PKR. 

Kenyataan ini sebenarnya ditujukan kepada PAS kawasan penulis. Ramai yang tidak tahu kerana PAS Kawasan penulis membantah secara dalaman. Ada juga kedengaran tindakan disiplin terhadap beberapa pimpinan PAS Kawasan penulis yang kuat membantah keputusan PAS Negeri serah kerusi kepada PKR.

Walaupun pada masa itu tiada lagi Pakatan Rakyat , persefahaman hanya antara PAS dan PKR. Namun begitu, tiada pimpinan Pusat yang bersama PAS Kawasan mempertahankan kerusi tersebut kerana menjaga persefahaman dengan PKR. PAS Kawasan akur walaupun tidak puas hati. Tiada sabotaj kepada PKR , tiada pertandingan tiga kerusi walaupun ada cubaan ke arah itu.

Calon PKR menang dengan majoriti lebih 400 undi sedangkan calon PAS kerusi Parlimen menang majoriti lebih 4000 undi di dun berkenaan. Apabila analisis dibuat di peti undi campuran yang ramai pengundi Cina. Ramai pengundi Cina tidak memberi undi kepada calon PKR kerana mereka protes calon PAS tidak bertanding kerusi dun tersebut.

Penulis bukan bertujuan mahu membangkitkan lagi tidak puas hati kerusi tersebut diserah kepada PKR kerana peristiwa berkenaan sudah berlalu. Cumanya, penulis kesal dengan apa yang berlaku kepada PAS Kawasan penulis tidak lagi berlaku semasa PRU 13.

Jika dulu PAS begitu teguh mempertahankan kerjasama dalam Barisan Alternatif semasa PRU 1999, kenapa PAS tidak lagi seteguh dulu pada PRU 13. PAS kawasan penulis pernah bertanding tiga penjuru dengan PKR pada PRU 1999. Calon PAS terima watikah , jika tak silap dari Pesuruhjaya ( Pada masa itu, SPR terima watikah dari Pesuruhjaya). 

Setelah diketahui PAS Pusat berlaku pertembungan tiga penjuru itu, Almarhum Ust. Fadzil Nor sendiri yang telefon PAS Kawasan penulis arah tarik diri. PAS Kawasan mana yang tidak kecut bila Presiden sendiri yang telefon suruh tarik. PAS Kawasan akur dan menarik diri.

Pada PRU 13, keadaan yang sama tidak berlaku. Ada calon PAS dan PAS Kawasan yang tetap berkempen walaupun sudah diarah PAS Pusat menarik diri. Mereka tidak akur kepada arahan PAS Pusat , tidak terima arahan Perhubungan PAS Negeri. 

Seolah-olah wakil PAS dalam Jawatankuasa Pembahagian Kerusi Pakatan Rakyat tidak mewakili PAS. Jika Presiden sudah beri watikah maka keputusan Jawatankuasa Pembahagian Kerusi Pakatan Rakyat sudah tidak terpakai lagi.

Malah yang paling sedih mereka gunakan nama Presiden PAS dan Majlis Syura untuk pertahankan tindakan mereka tetap berkempen walaupun sudah diarah PAS Pusat menarik diri. 

Akibat penggunaan nama Presiden dan Majlis Syura ini, rakyat di luar parti melihat tindakan mereka ini mendapat restu Presiden dan Majlis Syura. Sedangkan Presiden dan Majlis Syura tidak pernah memberi restu kepada mereka terus berkempen walaupun sudah diarah menarik diri. 

Pimpinan PAS Kawasan penulis pernah dipecat selepas PRU 1990 kerana menolak kerjasama dengan Semangat 46. Mereka dipecat kerana tidak setuju PAS bekerjasama dengan Semangat 46 sehingga bertanding sebagai calon bebas Islah menentang calon Semangat 46. 

Bukan seorang sahaja yang menjadi calon dipecat, tetapi ramai yang dipecat termasuk pimpinan penting yang menjadi pengerak utama PAS Kawasan pada masa itu. Ada antara mereka yang telah meninggal dunia, ada yang masih ada membantu PAS Kawasan sampai sekarang. Begitu tegas PAS Pusat di bawah pimpinan Almarhum Ust. Fadzil Nor mempertahankan kerjasama dengan parti lain.

Adakah PAS Pusat masih tegas seperti dulu? Kerana sampai hari ini tiada tindakan kepada PAS Kawasan yang secara terbuka membuat sidang media dalam akhbar harian berebut kerusi dengan PKR.  Tiada lagi tindakan disiplin kepada calon PAS dan PAS Kawasan yang sudah diarah menarik diri tetapi masih tetap berkempen. 

Penulis bukan mempertahankan tindakan pimpinan PAS Kawasan yang dipecat. Walaupun pimpinan PAS Kawasan yang dipecat, penulis cukup menghormati mereka terutama almarhum mantan Yang Dipertua PAS Kawasan yang meninggal di Mekah. Namun, penulis akur dengan tindakan disiplin memecat mereka  oleh PAS Pusat.

Apa yang penulis hendak bangkitkan ialah, jika tindakan disiplin kepada mereka kerana melanggar arahan parti menentang kerjasama dengan Semangat 46. Tindakan disiplin juga perlu diambil kepada mereka yang melanggar arahan PAS Pusat tetap berkempen menentang calon PKR walaupun sudah diarah menarik diri. 

Walaupun keadaan dan suasananya tidak sama , tindakan disiplin perlu diambil kerana kedua-duanya menentang kerjasama yang disepakati dengan parti lain. Ingatlah, setiap tindakan PAS sekarang akan dinilai oleh rakyat . 

Sudah 5 tahun pimpinan tertinggi dalam Pakatan Rakyat diberi masa menyelesaikan pembahagian kerusi tetapi peluang itu tidak diguna sehingga hari penamaan calon pun masih berebut kerusi. Selama 5 tahun rakyat menunggu untuk membuat perubahan di Putrajaya, namun harapan rakyat musnah kerana Pakatan Rakyat sendiri tidak sepakat. 

Ya, SPR memang khianati amanah rakyat mengendalikan pilihanraya. Penulis pun tidak redha dengan penipuan SPR. Namun, jangan diletak kesalahan sepenuhnya penyebab kekalahan kepada SPR. Sama-sama ambil tanggungjawab…..

Wassalam

2 comments:

rmj said...

Sebenar nya PAS atau Ahli PAS beragama Islam...tapi ada di kalangan mereka tidak Menghayati Islam..

Itu makanya perkara sebegini berlaku..

Mudah saja Klu mereka menghayati Islam...Al Quraan dan Sunnah Nabi telah memperjelaskan secara terperinci dan mereka tidak akan sesat atau keliru atau bercelaru.

In Sya Allah.

Jgn maree

MOBYDICK said...

Ambo setuju dengan saudara,dasar perjuangan PAS itu bagus tapi segelintir pemimpinnya kurang bagus,jangan salahkan PAS,salahkan individu yang terbabit...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...