
Warga Tebing Barat, Palestin, menunggu untuk melepasi pos sempadan Qalandia dalam perjalanan menuju Masjid Al Aqsa untuk beribadah, Jumaat (5/8). Pos Qalandia, yang dijaga Israel, berada di sempadan Ramallah di Tebing Barat dan Jerusalem.

Anak-anak Palestin membaca al-Quran di bulan Ramadhan di Salem, berhampiran bandar Nablus di Tebing Barat.

Seorang pekerja menyiapkan roti yang akan diedarkan sebagai tajil di Gaza City, Rabu (3/8).

Beberapa orang kanak-kanak tertidur, sementara lainnya membaca al -Quran, di Masjid Al-Furqan di Gaza City, Selasa (2/8).

Sebuah lampu Ramadhan raksasa berdiri di sudut Gaza City. Merupakan tradisi di sini untuk menghiasi bulan Ramadhan dengan lampu-lampu hiasan yang digantung di rumah. Setiap Ramadhan, warga Gaza berlumba-lumba membina lampu Ramadhan raksasa.

Kanak-kanak Palestin bermain dengan bunga api untuk merayakan bulan Ramadhan di Gaza City, Isnin (1/8).

Wanita Palestin dan anaknya menjalani pemeriksaan oleh askar Israel di pos sempadan Qalandia, Jumaat (5/8). Warga Palestina berasal dari Tebing Barat berbondong-bondong menuju Masjid Al Aqsa di Jerussalem pada Jumaat pertama Ramadhan untuk melakukan ibadah.
No comments:
Post a Comment