Saturday, August 13, 2011

Air Ramadhan yang dinanti

0diggsdigg
0
email
Air adalah asal berasal dari segala macam bentuk kehidupan. Dari air bermula kehidupan dan kerana air peradaban tumbuh dan berkembang. 70% bumi terdiri dari air, dan tubuh kita sebaagian besar terdiri dari air.

Tanpa air peradaban akan surut dan malah kehidupan akan musnah kerana bumi akan menjadi sebuah bola batu dan pasir raksasa yang luar biasa panas, kukuh, dan merintangi di alam raya menuju kemusnahan.

Demikian juga dengan asal berasal dan maksud penciptaan manusia adalah untuk beribadah dan ketaatan kepada RabbNya, pengingkarannya akan mendapatkan balasan sebagaimana umat-umat terdahulu, seperti kisah nabi kaum nabi Nuh As yang ditenggelamkan oleh air banjir, kaum nabi Luth As yang di azab dengan gunung berapi, dsb. Ketiadaan ketaatan dan ibadah kepada RabbNya, akan mendatangkan azab dan kemusnahan kehidupan manusia


Allah SWT berfirman :

Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku” (QS. Adz-Dzariyaat: 56)

Dan berapalah banyaknya kota yang Aku tangguhkan (azab-Ku) kepadanya, yang penduduknya berbuat zalim, kemudian Aku azab mereka, dan hanya kepada-Kulah kembalinya (segala sesuatu).”
(QS. Al-Hajj: 48)

Hadits Nabi SAW :

Dari Abu Dzar bin Junadah dan Abu Abdurrahman Muadz bin Jabal RA., dari Rasulullah saw., beliau bersabda : “Bertaqwalah kepada Allah di mana saja engkau berada. Sertailah (tutuplah) keburukan itu dengan kebaikan, niscaya kebaikan tadi akan menghapus keburukan, dan pergaulilah manusia dengan akhlaq yang baik.” (HR. Turmudzi)

Di antara waktu kehidupan manusia dalam melakukan ibadah dan ketaatan kepadaNya dalam 12 bulan, ada satu bulan yang sangat istimewa iaitu Ramadhan. Bulan yang penuh keampunan, bulan dibelenggunya syaitan. 

Bulan lebih baik dari seribu bulan, bulan amalan ibadah dilipatgandakan oleh Allah SWT. Ibarat kitaran air (hidrologi), Ramadhan adalah puncak kitaran ketaatan dan ibadah kepada RabbNya.

Air Ramadhan adalah keperluan dasar hidup manusia


Satu penyelidikan menunjukkan bahawa manusia dapat bertahan hidup lebih lama tanpa makanan dari pada tanpa air. Tidak ada satu makhluk hidup pun yang tidak memerlukan air. Ibadah dan ketaatan kepada Rabbnya adalah keperluan dasar manusia, dan Ramadhan adalah waktu puncak ibadah dan ketaatan.


Air Ramadhan yang dinantikan


Ibarat kita melakukan perjalanan panjang kehidupan selama satu tahun perjalanan, maka dahaga itu sangatlah kuat, dan Allah SWT telah menyediakan air menghilangkan dahaga itu iaitu Ramadhan. Kekeringan ruhiyah , kegersangan jiwa harusnya disirami oleh amalan Ramadhan kita, dan ia juga menjadi bekal menghadapi perjalanan kehidupan seterusnya.


Air Ramadhan yang menyejukkan


Jika persekitaran kita banyak terdapat air maka suasana menjadi sejuk, tumbuhan yang mengandungi dan menyerap air, akan membuat rumah nampak asli dan indah. Amalan-amalan Ramadhan yang salah satu ibrahnya adalah ibadah sosial, harusnya menjadikan menjadi keperibadian yang indah kerana keindahan akhlaqnya orang yang berpuasa dan dapat menyejukkan persekitaran sosialnya.


Air Ramadhan yang menyegarkan


Di suatu hari yang sangat terik, terkadang kita sangat menginginkan minum sesuatu yang sangat melegakan dan menyegarkan tubuh kita, seperti ais cendol, kelapa muda,ais pisang ijo, atau yang lainnya. Demikian halnya dalam kehidupan kita yang disibukkan dengan sejuta aktiviti, maka kita memerlukan sesuatu yang dapat merefresh kepenatan fikiran dan rutin, ia adalah amalan Ramadhan kita.


Air Ramadhan menghidupkan kembali


Ketika kemarau panjang, banyak tumbuhan mengering dan malah nampak mati, tapi semasa musim hujan tiba tumbuhan menjadi sangat cepat membesar, nampak hijau dan sangat subur. Pasang surut kehidupan keimanan itu adalah biasa, iman itu kadang bertambah dan kadang-kadang berkurang, namun jangan dibiarkan terlalu lama kekeringan keimanan kita, kerana ia akan menyengsarakan dan mematikannya. Dan Ramadhan adalah masa yang paling tepat untuk menghidupkannya.


Air Ramadhan penghilang debu dan noda


Air adalah bahan utama untuk membersihkan debu dan noda, dan untuk hasil yang lebih maksima dapat ditambahkan pembersih dan pewangi. Manusia adalah tempatnya salah dan dosa, baik disedari ataupun tidak disengaja, dan sebaik-baik orang yang salah dan berdosa adalah mereka segera bertaubat dan tidak mengulanginya lagi. Ramadhan bulan magfirah (pengampunan). Masa yang paling tepat kita menghapus debu dan noda kehidupan, dan disertai dengan amalan-amalan Ramadhan kita
.

Wallahu A’lam bishshawab.

dakwatuna.com  

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...