Cepatnya
perubahan iklim di Kutub Utara serta mencairnya sebahagian ais di
Greenland berpotensi meningkatkan ketinggian air laut hingga 1,6 meter
pada tahun 2100 akan datang.
Kenaikan ini lebih tinggi dibandingkan
sebahagian besar kajian ilmiah sebelumnya.
Kenaikan air laut hingga 1,6 meter akan mengancam sejumlah kawasan, mulai dari Bangladesh sampai Amerika Syarikat dan bandar-bandar mulai dari London hingga Shanghai.

Kenaikan air laut juga akan meningkatkan kos pembiyaan kerajaan,
misalnya pembangunan benteng penahan banjir atau tsunami di Jepun.
“Enam tahun terakhir, sehingga 2010, merupakan tempoh terpanas yang pernah tercatat di Kutub Utara,” demikian laporan yang dibuat oleh Arctic Monitoring and Assessment Programme (AMAP) yang dianggotai oleh lapan negara Arctic Council.
Laporan itu menyebutkan bahawa glesier dan gunung ais di Kutub Utara serta lapisan ais di Greenland mempengaruhi kenaikan permukaan air laut global sebanyak 3 milimeter per tahun semasa diamati antara tahun 2003 dan 2008.
Sebelum ini, pada laporan yang disusun oleh Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC), PBB pada tahun 2007, dianggarkan bahawa kenaikan permukaan air laut hanya antara 18 sehingga 59 sentimeter sahaja di tahun 2100.
“Kenaikan permukaan laut yang pada penyelidikan terbaru diprediksi jauh lebih tinggi dibandingkan dengan perkiraan sebelumnya merupakan perkara yang merisaukan,” kata Connie Hedegaard, seperti dipetik dari Scientific American, 5 Mei 2011.
Penyelidikan ini, kata Hedegaard, merupakan peringatan bagi kita bahawa mengatasi perubahan iklim menjadi sangat penting. Seperti diketahui, usaha PBB dalam memerangi perubahan iklim berjalan sangat perlahan.

Menurut PBB, janji-janji para pemimpin negara untuk membataskan jumlah gas
buangan, khususnya dari bahan bakar berasakan fosil, tidaklah cukup untuk
menghindari perubahan yang sangat berbahaya itu.
Untuk mmbincangkan hasil penyelidikan terbaru itu, menteri luar negeri dari negara-negara Arctic Council iaitu Amerika Syarikat, Russia, Kanada, Sweden, Finland, Denmark, Norway, dan Island bertemu di Greenland pada 12 Mei 2011.

Sebagai informasi, peningkatan
suhu di kawasan Kutub Utara lebih kurang dua kali ganda dibanding dengan
kenaikan kebanyakan suhu di seluruh dunia.teknologi-vivanews
1 comment:
can we exchange link?
Post a Comment