Wednesday, June 1, 2011

Tulahan : Naib Presiden - Peluang Husam, Nizar dan Salahuddin lebih besar

Salam,

http://2.bp.blogspot.com/-jXURrQ8Y6H0/Td8Ua-oBzaI/AAAAAAAAkeU/KtX4ckXLAcw/s200/muktamar%2Bpas.jpg

Persaingan untuk jawatan Naib Presiden PAS nampak sengit melibatkan enam calon yang masing-masing ada kewibawaannya. Penyandang Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub akan bersaing dengan bekas penyandang Husam Musa, pencabar pemilihan lalu Ust. Nik Amar dan dua pencabar baru Haji Nizar dan Ust. Idris.

Mahfuz dari Kedah lama juga di Pulau Pinang, Salahuddin dari Johor jadi Ahli Parlimen di Kelantan, Husam dan Ust. Nik Amar kedua-dua dari Kelantan, Haji Nizar dan Ust. Idris kedua-dua dari Perak. Ust. Idris juga pernah pegang jawatan parti di Melaka.

Pemilihan lepas calon yang popular Husam bersama Abang Mat Sabu selaku penyandang tidak bertanding kerana bertanding jawatan lebih tinggi. Kekosongan ini membolehkan Salahuddin dan Mahfuz mendapat undi dari perwakilan disamping Ust. Tuan.

Kali ini, Ust Tuan pula tidak bertanding Naib Presiden. Jadi ada kekosongan , siapa yang akan mengisi kekosongan ini?

Penulis menjangkakan Salahuddin dan Mahfuz akan menghadapi persaingan yang sengit untuk mempertahankan jawatan. Husam dan Haji Nizar adalah calon popular di kalangan perwakilan. Husam sejak dulu mendapat tempat di hati perwakilan untuk memegang jawatan Naib Presiden. Malah ada yang mencalonkannya sebagai Presiden dan Timbalan Presiden.


Haji Nizar jika bertanding untuk pemilihan lepas pun boleh menang jawatan Naib Presiden. Beliau tidak mahu tergesa-gesa dan mendapat undi tertinggi jawatan AJK PAS Pusat. Kali ini, beliau mengambil peluang bertanding dan penulis yakin popularnya masih ada walaupun tidak sehebat pemilihan lepas.

Jika Husam dan Haji Nizar mengisi dua tempat, siapa yang akan menang satu lagi tempat ? . Ust. Nik Amar yang pernah mencuba pemilihan lepas adalah calon yang kurang dikenali di peringkat nasional kecuali di Kelantan. Jadi , Ust. Nik Amar akan terkeluar dari saingan.

Mahfuz pernah bertanding untuk beberapa kali pemilihan bagi jawatan Naib Presiden, beliau gagal dalam percubaan dulu apabila Husam, Abang Mat Sabu dan Ust. Ahmad Awang menang. Pemilihan lepas beliau berjaya kerana ketiga-tiga penyandang ini tak bertanding. Beliau di kedudukan ke tiga, di belakang Salahuddin dan Ust. Tuan.

Bila Husam dan Haji Nizar masuk bertanding pemilihan kali ini, Mahfuz jadi terkebelakang dan beliau dijangka tidak mampu menyaingi Salahuddin dan Ust. Idris untuk mengisi satu lagi tempat.

Ramai yang menjangkakan Ust. Idris akan mengisi satu lagi tempat kerana beliau mewakili ulama dan beliau kerap membuat kenyataan akhbar sebagai Ketua Penerangan. Namun, bagi penulis ulama dan kenyataan akhbar yang dibuat bukanlah faktor utama bagi perwakilan.

Jika pendapat ulama mesti mengisi satu tempat, pernah berlaku semua pemegang jawatan Naib Presiden bukan ulama. Tak silap penulis semasa, Dato' Hasan Ali salah seorang yang memegang jawatan Naib Presiden. Kenyataan akhbar juga tidak membantu kerana bukan semua perwakilan membaca blog.Kenyataan Ust. Idris banyak diterbitkan Harakahdaily.

Bercakap berkenaan kenyataan akhbar, ramai yang bertanding AJK PAS Pusat kerap buat kenyataan akhbar. Dengar cerita sejak sebulan dua ni, ada yang sanggup gajikan individu buat kenyataan akhbar setiap isu malah setiap hari supaya keluar blog Harakahdaily dan berlegar di blog-blog lain. Kenapa? sebab bila keluar hari-hari Harakahdaily , barulah popular boleh menang jawatan.

Bagi penulis popular la, tapi hanya di kalangan pembaca blog dan bukan perwakilan. Bagi penulis, Salahuddin lebih berpeluang untuk mengisi satu lagi tempat kerana perwakilan pemuda dan dulu perwakilan mewakili pemuda di zamannya sangat mengenali beliau sebagai bekas Ketua Pemuda PAS Pusat.

Jasa Salahuddin sebagai Ketua Pemuda PAS Pusat cukup besar dan beliau banyak membawa banyak perubahan yang cemerlangkan pemuda. Ramai yang masih mahu memberi peluang kepada beliau kerana nampak ketokohan beliau sebagai pemimpin masa depan PAS.

Ust. Idris juga ada ketokohan tapi beliau baru memegang jawatan Ketua Penerangan , jadi masih belum dapat memberi keyakinan kepada perwakilan.

Sekali lagi penulis tekankan pengaruh 'Geng Ulama' dan'Erdogan' tidak banyak mempengaruhi pemilihan Naib Presiden kerana perwakilan lebih mengenali calon-calon yang bertanding. Mereka bukan mudah dipengaruhi dengan 'chai-chai' kerana sudah di dalam kepala mereka kepada siapa yang akan diundi.

Jangkaan penulis untuk jawatan Naib Presiden PAS Pusat.

1. Dato' Paduka Haji Husam Musa

2. Dato' Seri Ir. Haji Nizar Jamaluddin

3. Haji Salahuddin Ayub

4. AF Ust. Haji Idris Haji Ahmad

5. Dato' Haji Mahfuz Haji Omar

6. AF Ust. Haji Nik Amar Haji Nik Abdullah

Ini hanya jangkaan penulis, penyokong calon jangan marah. Ikuti N3 seterusnya untuk jangkaan jawatan AJK PAS Pusat

Wassalam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...